BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPPM Baca Khutbah Jumaat Di Masjid Negeri Perak Sempena Sambutan Hari Guru

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,710
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,710
Reaction score
97
Points
80

KPPM Baca Khutbah Jumaat Di Masjid Negeri Perak Sempena Sambutan Hari Guru​

01e403c41da190d8a2efa41d2d65d5b46a06ca5325370

a09e5bd31c4659a1e0e18dc0a7ec0f516a06ca9646bc1

Datuk Dr Mohd Azam Ahmad

Buat julung kalinya Ketua Pengarah Pendidikan (KPPM) Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, tampil menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) di sini hari ini, bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.

Khutbah bertajuk “Guru Berhikmah Membina Insan Sejahtera” itu, menekankan peranan guru sebagai penyambung risalah Rasulullah SAW dalam mendidik dan membina insan yang menjadi khazanah berharga kepada agama, bangsa dan negara.

Mohd Azam ketika menyampaikan khutbah Jumaat berkata guru merupakan insan mulia yang memikul tanggungjawab fardu kifayah, untuk mencerahkan minda serta mengasuh anak didik dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan.

Dalam khutbah tersebut beliau menggariskan lima ciri utama yang perlu ada pada seorang guru berhikmah, iaitu kejayaan menggabungkan ilmu dan akhlak; mendidik dengan ikhlas, beramanah, bersifat penyabar, penyayang, ikhlas dan adil; serta prihatin dan peka dengan keperluan murid.

Selain itu seorang guru perlu sentiasa bersedia meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran, serta tidak hanya menyasarkan kecemerlangan pencapaian akademik, tetapi memastikan anak didik cemerlang sahsiah, stabil emosi dan menjadi warga yang memiliki jati diri.

Mohd Azam berkata Islam mengangkat tinggi martabat serta meletakkan guru bertaraf mulia, sesuai dengan kedudukan ilmu dalam memikul amanah untuk mencerahkan minda, menyampaikan ilmu dan membina insan sejahtera.

Beliau turut mengingatkan para jemaah untuk menghargai guru yang begitu besar jasanya dalam kehidupan masing-masing, dengan menunjukkan adab berterima kasih kepada guru, menghormati serta menghargai jasa, selain mendoakan kesejahteraan mereka.

“Ummah (Umat Islam) hendaklah bersama-sama bersedia berganding bahu dan memberi sokongan kepada guru, dalam usaha mewujudkan warga yang berilmu, berpengetahuan, memiliki jati diri dan berketerampilan, lantas berupaya menjadi pelapis kepimpinan negara,” katanya.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa dan Khutbah Jumaat, bersempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026, di sini hari ini.

 
Back
Top
Log in Register