BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPKT Utamakan PPR Berusia Lebih 10 Tahun Untuk Penyelenggaraan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

KPKT Utamakan PPR Berusia Lebih 10 Tahun Untuk Penyelenggaraan​

8d730884607f1edbcd79fa8bcba35c7c6a5eff94e26ee

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi keutamaan kepada penyelenggaraan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berusia lebih 10 tahun, selain memfokus pada kerosakan kritikal yang menjejaskan keselamatan dan keselesaan penghuni.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata keutamaan itu meliputi isu kerosakan lif, bumbung, tangki air dan sistem retikulasi, paip sanitari, pendawaian elektrik serta kerosakan am yang melibatkan harta bersama.

“Dengan peruntukan yang terhad, kementerian melaksanakan pertimbangan lebih terperinci dan bersasar dengan memberikan tumpuan kepada kerosakan yang lebih kritikal terhadap keselamatan dan keselesaan penghuni,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Sheikh Umar Bagharib Ali mengenai langkah tambahan bagi mempercepat penyelenggaraan rumah kos rendah, PPR dan bangunan strata yang uzur.

Aiman Athirah berkata bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), KPKT telah membelanjakan RM159.1 juta menerusi Rolling Plan Pertama hingga Rolling Plan Kelima bagi tujuan penyelenggaraan PPR strata bertingkat di seluruh negara.

Beliau berkata pada 2026, KPKT menerima 226 permohonan penyelenggaraan membabitkan 10 skop keutamaan dengan nilai keseluruhan RM79.9 juta, namun siling peruntukan yang diterima hanya RM44.6 juta, iaitu 56 peratus daripada keseluruhan kos permohonan.

Dalam pada itu, beliau berkata proses permohonan penyelenggaraan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) perlu melalui Pesuruhjaya Bangunan (COB) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum diangkat ke kementerian.

“Permohonan dibuka pada Ogos hingga Oktober, diikuti mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemilihan Projek pada November, mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemilihan Projek pada Disember dan pertimbangan kelulusan oleh Pegawai Pengawal pada Januari.

“Pemakluman kepada PBT akan dibuat pada Januari, manakala Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan selewat-lewatnya pada April sebelum projek boleh dimulakan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register