BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPKT Serah 301 Surat Tawaran Rumah PPR Di Rembau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141

KPKT Serah 301 Surat Tawaran Rumah PPR Di Rembau​

9cbcbce63eaba6cb5f6601d1e0d25f2a6a313271e33fb

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu (kanan)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menyerahkan 301 surat tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Rembau Fasa 2 di Taman Dato' Undang Haji Muhammad Sharip, Chembong di sini menerusi skim sewa untuk milik (RTO) kepada penerima terpilih.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata sebanyak 2,683 permohonan diterima bagi PPR Rembau, iaitu melebihi lima kali ganda unit disediakan, sekali gus membuktikan permintaan tinggi terhadap perumahan mampu milik di kawasan itu.

Beliau berkata memandangkan permintaan sangat tinggi, kerajaan mengambil pendekatan proaktif dengan memberi keutamaan kepada golongan miskin tegar yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 serta memenuhi syarat kelayakan lain bagi memastikan keadilan sosial dapat direalisasikan.

“Proses pengisian PPR Rembau ini memberi faedah dan nilai tambah amat besar kepada landskap sosioekonomi Negeri Sembilan. Fasa pertama telah berlangsung pada 25 Julai 2025 dengan kadar pengisian semasa sebanyak 151 unit.

“Penyediaan rumah berkualiti pada kadar mampu bayar akan menjadi kunci utama membasmi gejala setinggan dan belenggu kemiskinan di segenap ceruk negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu turut disempurnakan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan J. Arul Kumar.

Beliau berkata agenda perumahan di bawah KPKT bukan sekadar membina kediaman, sebaliknya membina persekitaran yang dilengkapi fasiliti awam bermutu demi menjamin kualiti hidup rakyat.

“Kami mahu kestabilan tempat tinggal ini menjadi pemangkin kepada mobiliti sosial yang cemerlang dan membasmi kemiskinan di Negeri Sembilan,” katanya.

PPR Rembau mula dilaksanakan pada 4 Mac 2020 melibatkan kos RM91.2 juta dengan pembinaan 452 unit rumah teres setingkat, termasuk empat unit khas untuk orang kurang upaya (OKU) di atas tapak seluas 16.06 hektar (39.7 ekar).

 
Back
Top
Log in Register