BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Pulau Pinang Ambil Tindakan Ke Atas Stesen Minyak Enggan Jual Diesel

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,774
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,774
Reaction score
289
Points
146
04ca821c56715359dfbd4dec4f39b8106666db62c2cf8


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap pengurusan sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Juru arah utara di sini, kerana enggan menjual diesel kepada pemandu lori seperti yang tular di media sosial hari ini.

Pengarah KPDN negeri S. Jegan berkata tindakan segera diambil susulan aduan awam dengan menggerakkan sepasukan lima pegawai penguat kuasa ke lokasi pada 8 malam tadi, dan hasil pemeriksaan fizikal serta semakan dokumen dan rekod mendapati stok diesel masih terdapat di stesen berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati pembekalan diesel B10 daripada depoh ke stesen itu berkurangan kira-kira 50 peratus sejak Isnin lepas. Susulan itu, pihak pengurusan stesen mengutamakan penjualan kepada pelanggan tetap manakala pelanggan lain dihadkan pembelian kepada 20 liter sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jegan berkata satu notis telah diserahkan kepada pengurusan stesen minyak berkenaan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata KPDN Pulau Pinang akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta melindungi hak pengguna daripada sebarang penyelewengan di pasaran.

Orang ramai diminta menjadi mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat serta aduan melalui saluran rasmi KPDN di portal e-Aduan, iaitu kpdn.gov.my atau WhatsApp di talian 019-848 8000 atau pusat panggilan 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Terdahulu, tular dua rakaman video seorang pemandu lori mendakwa pengurusan sebuah stesen minyak di kawasan R&R Juru tidak membenarkannya mengisi diesel atas alasan kekurangan bekalan.

 
14210489283573645-390155.jpg

14210489283573645-390156.jpg

14210489283573645-390157.jpg

14210489283573645-390158.jpg

14210489283573645-390159.jpg


KPDN Pulau Pinang ambil tindakan ke atas stesen minyak enggan jual diesel


Bukit Mertajam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengambil tindakan segera terhadap sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, di sini yang didakwa enggan menjual diesel kepada pemandu lori kerana mengutamakan pelanggan tetap.

Susulan maklumat awam, lima pegawai penguat kuasa KPDN digerakkan ke stesen terbabit jam 8 malam ini untuk menjalankan siasatan.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan, berkata hasil pemeriksaan mendapati stok diesel masih terdapat di stesen minyak berkenaan.

"Namun, siasatan lanjut mendapati pembekalan diesel B10 daripada depoh ke stesen itu berkurangan kira-kira 50 peratus sejak Isnin lalu.

"Ia menyebabkan pihak pengurusan stesen mengutamakan penjualan kepada pelanggan tetap, manakala pelanggan lain dihadkan pembelian kepada 20 liter sahaja," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, susulan perkara itu satu tindakan kes diambil terhadap stesen minyak terbabit bagi tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu keengganan menjual barang kawalan.

Terdahulu, tular dua rakaman video di platform media sosial memaparkan kekecewaan pemandu lori apabila pengurusan sebuah stesen minyak enggan menjual diesel dengan kadar yang diminta sebaliknya mengehadkan pembelian.

Perkara itu didakwa berlaku disebabkan kekurangan bekalan yang diterima stesen minyak terbabit.


Artikel : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register