BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kotor dan menjijikkan

Mcm2 dh jumpa tp masih lg ramai, power depa hehehe
 

‘Geli mat!’, Tular video pekerja kedai mamak gaul ayam atas jalan tar di Klang​

Oleh NIK KAMAL HUSSIN

11/06/2023

‘Geli mat!’, Tular video pekerja kedai mamak gaul ayam atas jalan tar di Klang.
SEBUAH restoran nasi kandar terkemuka di Klang, Selangor didakwa gagal mengekalkan tahap kebersihan makanan apabila dilihat menyediakan bahan masakan di atas jalan tar baru-baru ini.

View attachment uli.jpg.webp

Tindakan seorang lelaki dipercayai tukang masak yang menggaul adunan ayam di situ mengundang rasa jijik warganet apabila menggunakan bekas masakan kotor selain menyediakan makanan di kawasan yang tidak sesuai.

Tidak dinafikan hidangan ayam goreng sentiasa menjadi tarikan utama di setiap restoran nasi kandar namun, cara penyediaan di kedai mamak terbabit nyata mengundang perhatian warganet yang rata-ratanya sudah serik dengan insiden berkenaan.

Rakaman itu dikongsikan di laman TikTok dan hangat diperkatakan sejak Selasa.
Terdahulu, pada Disember tahun lalu sebuah kedai makan di Pandan Indah, Kuala Lumpur diarah tutup selama 14 hari dan dikenakan kompaun susulan video tular seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan.

Enam notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 terhadap premis berkenaan kerana gagal mengekalkan aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.
Belum reda dengan kes tersebut, warganet kembali dihidangkan dengan berita serupa dengan kejadian kali ini berlaku di Klang, Selangor.

Nurul Sairah yang meluahkan pandangan berkata, kebelakangan ini isu kedai makan kotor semakin berleluasa dan tidak boleh dipandang remeh lagi.

“Sejak kebelakangan ini memang banyak kes kedai makan pengotor, depan nampak cantik tapi di belakang masak bukan main kotor, kita tak boleh makan di sembarangan restoran lagi dah lepas ini,” katanya.
“Ini namanya ayam goreng atas tar, itu la yang sedap bagi orang makan tapi dia gaul atas jalan rupanya,” ujar Amir Haris89.
“Adoi kedai mamak lagi, harap pihak berkuasa lebih peka la dengan isu macam ini, biar viral video kasi semua pihak tahu,” tambah Fatin Abudzar.

Belum ada sebarang maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berhubung rakaman tersebut dan premis itu difahamkan masih beroperasi seperti biasa sehingga kini.

 

JKN Perak siasat restoran tular cuci periuk tepi longkang​


18 November 2024 01:40pm

Tangkap layar video tular memaparkan pekerja sebuah restoran menjalankan aktiviti mencuci peralatan memasak di tepi longkang.

Tangkap layar video tular memaparkan pekerja sebuah restoran menjalankan aktiviti mencuci peralatan memasak di tepi longkang.

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular mendakwa sebuah restoran nasi kandar popular di sini membasuh peralatan memasak di atas jalan berhampiran longkang.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan berkata, meskipun tiada aduan rasmi diterima, namun pihaknya memandang serius perkara berkenaan kerana melibatkan isu kebersihan dan kesihatan.

"Saya sudah arahkan pegawai kesihatan supaya memantau kejadian itu. Maklumat yang kita perolehi hanya melalui hantaran di Facebook.

"Walaupun tidak secara rasmi, tetapi saya percaya (video tular itu) ada kebenarannya kerana apabila pemantauan dilakukan pada waktu malam, premis sudah ditutup, tiada aktiviti cuci dilakukan," katanya dalam sidang akhbar sempena Sambutan Deepavali peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diberikan, penduduk di kawasan premis itu kurang senang dengan aktiviti pembersihan yang dijalankan pekerja pada waktu malam kerana menimbulkan bunyi bising.

Katanya, premis terbabit beroperasi sehingga jam 12 malam sebelum kerja-kerja pembersihan dilakukan sehingga jam 1 pagi.

"Siasatan nanti turut mengambil kira kenyataan daripada penghuni rumah berdekatan sebelum satu tindakan diambil terhadap pihak restoran," katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 17 saat memaparkan seorang pekerja membasuh peralatan memasak di atas jalan di belakang premis.

Klip video terbabit menarik perhatian meluas warganet yang bimbang terhadap tahap kebersihan makanan dan mendesak tindakan tegas diambil pihak berkuasa.

Selain pengabaian aspek kebersihan, pengguna yang membuat hantaran itu juga mendakwa aktiviti pembersihan restoran terbabit mengakibatkan kacau-ganggu kepada penduduk perumahan berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register