Saya sebenarnya geram.
Sepanjang tahun 2020 yang lalu, tiada satu pucuk surat atau bil pun yang diterima.
Dan surat atau bil untuk Julai-Disember 2021 yang bertarikh 01 Julai 2021, mempunyai tarikh akhir bayar 31 Ogos 2021 dan berwarna merah ini tiba di alamat rumah ayah saya di Kampung Semut Api, Kota Bharu, Kelantan pada 15 November 2021. Cuba kira 01 Julai hingga 15 November, berapa lama? Iya, surat ini ambil masa 4 bulan 15 hari untuk sampai ke alamat tertera.
Di mana surat untuk Januari-Jun 2021? Janganlah tanya. Sudah semestinya sama seperti surat Jan-Jun 2020 dan Jul-Dis 2020 yang tidak kunjung tiba.
Dan dalam surat atau bil untuk Julai-Disember 2021 yang bertarikh 01 Julai 2021, mempunyai tarikh akhir bayar 31 Ogos 2021 dan berwarna merah yang tiba di alamat rumah ayah saya di Kampung Semut Api, Kota Bharu, Kelantan pada 15 November 2021 ini tertulis cukai semasa (tahun 2021), cukai tunggakan (tahun 2021) dan notis merah ini bernilai RM9 menjadikan total RM347 yang perlu dibayar.
Sebab apa saya geram?
Tak perlulah saya ceritakan kenapa saya geram atau marah. Kalau saya ceritakan, nanti ada orang akan cakap saya ni tak bersyukur, atau saya ni membesarkan perkara kecil, atau mempersoalkan "Kenapa awak tak check secara online?", atau mengajar saya tentang "Boleh call MPKB untuk tahu berapa cukai bandar yang perlu dibayar, bilakah masanya, bla bla bla...", dan paling teruk, akan ada orang cakap, "RM347 je.. Bukan mahal pun. Tak ada duit nak bayar ke, Dr Syahr?"
Cuba jawab RM9 tu saya kena bayar sebab notis ni. Salah saya ke lambat bayar sebab surat/bil tak sampai?
Bukan 1 kali saya pergi ke pejabat terlibat untuk berurusan - minta kurangkan cukai memandangkan rumah di kampung yang TIDAK MENDAPAT SERVIS kemudahan yang sepatutnya seorang rakyat yang membayar cukai bandar dapat contohnya tiada lori sampah datang ambil sampah dari rumah ke rumah sejak saya kecil (saya lahir pada tahun 1987) sehingga sekarang, bla bla bla... Tetapi seperti biasalah, saya hanyalah seorang rakyat yang hampa dan akhirnya hampir berputus asa.
Tak elok guna perkataan "putus asa", jadi saya tukar kepada "redha..." Di Kelantan ni, mana ada rakyat yang geram terhadap kerajaan Kelantan. Semua rakyat redha je kalau tak ada air ke, air kotor ke, tiada lampu jalan ke, jalan tidak bertar atau berturap ke, setiap kali hujan lebat maka banjirlah kawasan rumah ke, mana ada rakyat marah pun, semua happy sebab kerajaan sangat-sangat-sangat-sangat menjaga kebajikan rakyat. Cuba baca semula, saya memang tulis perkataan "sangat" itu sebanyak 4 kali.
Solusi sekarang adalah saya wajib bayar RM347 ini kemudian nak buat rayuan ke, apa ke, itu semua kemudian. Sekarang kena bayar. 'Ini redha je la bayar....'
Kalau saya tak ada duit pun saya kena bayar. Inikan tanggungjawab rakyat kepada negeri, 'kena redhalah weyyyy aku kan rakyat je...'
Saya sekarang tinggal di suatu tempat di bandar Kota Bharu. Saya turun naik (keluar masuk) ke pejabat MPKB dalam masa beberapa tahun untuk permohonan jalan bertar/turap, lampu jalan dan kemudahan kutip sampah di rumah saya. Tak pernah berjaya pun. Saya buat permohonan untuk kurangkan cukai bandar terhadap rumah saya iaitu hampir RM400 setahun disebabkan tidak mendapat kemudahan-kemudahan tersebut, juga tidak dilayan. Tak pernah berjaya pun. Sehinggalah 1 hari, saya berasa geram lalu saya tuliskan di Facebook saya ini dan tak sampai 30 minit, tiba-tiba saya mendapat mesej bahawa cukai bandar rumah saya di Kota Bharu ini dikurangkan kepada RM200lebih setahun. Tetapi tetap semua bayaran yang saya telah bayar itu dikira 'burn' macam tu saja, bukan dipulangkan ke, dibawa ke depan ke, tiada apa-apa. 'Kena redha...'
Hanya nilai cukai bandar itu saja selesai.
Masalah tiada jalan bertar ke rumah saya masih tidak selesai.
Masalah tiada lampu jalan masih tidak selesai.
Masalah kutip sampah, Alhamdulillah selesai selepas isteri saya berkali-kali call pihak itu pihak ini, dan sekarang pun masih kena call sebab ada masa lori lupa nak datang ambil...... Mengeluh juga pasal ni.
Masalah setiap kali hujan setiap kali itulah jalan dibanjiri air bla bla bla malas nak cerita.
Sama ada rumah saya di Kota Bharu atau rumah ayah saya di Kampung Semut Api, kedua-duanya adalah rumah biasa sahaja. Tak besar. Sekadar cukup untuk kami tinggal saja. Kemudahan-kemudahan seperti lampu jalan pun tak ada. Tetapi nilai cukai bandar yang dikenakan jauuuuuuh lebih mahal berbanding bandar-bandar besar macam Selangor tetapkan. 'Ini pun kena redha...'
Hari ini saya sudah call pihak berkenaan, dan seperti biasalah jawapannya adalah "Surat permohonan saya yang dulu tak ada pun dalam rekod....", "Encik kena bayar dulu semua kemudian buatlah permohonan atau rayuan...", "Tidak terima atau lambat terima surat ini bukan salah pihak kami tetapi pihak pos....", bla bla bla. Ehhhhh gerrrrrr.....
Cukai bandar dikenakan kepada penduduk/rumah di kampung, memang bagus sangat, kan.
Disebabkan saya siarkan di Facebook saya sebelum ini, masalah nilai cukai bandar rumah saya dapat diselesaikan dalam masa kurang 30 minit. Saya nak tengok kali ini untuk rumah ayah saya di kampung, bagaimana pula? Saya cabar ni, kan saya dah cakap saya geram.
Tak payahlah suruh saya 'redha' ye. Nilai cukai RM167.50 bagi setahun untuk rumah ayahsaya di kampung adalah MAHAL. Tak payah suruh redha la. Kali ini siapa cakap suruh saya redha saya nak sekeh kamu


FB Syahr Musafir
0137065332
Selasa 16/11/2021