BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kota Bharu kotor

fxjaybee.co

Active Member
Messages
1,074
Joined
Oct 5, 2010
Messages
1,074
Reaction score
44
Points
30
KOTA BHARU 19 Mac - Setelah dua tahun kempen kebersihan dilancarkan, namun tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga kebersihan di sekitar bandar ini masih rendah, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat.

Beliau berkata, ini membantutkan sasaran MPKB-BRI untuk menjadikan bandar ini bersih sepenuhnya.

"Apa yang dikesalkan masih terdapat dalam kalangan penduduk yang misalnya membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Tanpa Penggunaan Beg Plastik di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Ia dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Zainuddin Awang Hamat.

Fauzi berkata, di bawah undang-undang kecil mencegah kekotoran MPKB-BRI, pihaknya telah mengeluarkan saman terhadap lebih 500 kes tahun lepas dan tahun ini sehingga 18 Mac lepas, lebih 50 saman dikeluarkan.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kebersihan bagi enam kategori termasuk restoran, kawasan perumahan, gerai makan dan tandas awam. - BERNAMA



 
aku mengiyakan..
yg buruk pasal KB mmg aku tak sembunyi
kat kawasan tong sampah siap letak banner.. sila masukkan sampah
ke dlm tong sampah...
tp ada gak manusia.. jenis malas nak ke tong sampah..main campak2 jaa..
sedangkan ada 4 biji tong disediakan..
 
mmg kelantan kotor..tong sampah besar berair dan busuk diletakkan dekat warung2 mknn yg feymes..tempat parking dlm tesco mcm xde pekerje yg buat kerja..xpadan dengan nama serambi makkah..memalukan Islam juga sbb claim serambi makkah tp tahap kesedaran masyarakat pada kebersihan teramat rendah..
 
Iyo laaa tuhhhh..dah racist tuh racist jgk..ibu negeri lain suci murni..tikus pun xbrani berak..bersih laa sgttttt...
 
bukan senang nak perbetolkan sikap dan amalan org ni....
 
"u ulang i saman"..... ayat bakal puok2 ucapkan :)
letak tangan di bahu, mata keatas.
 
Back
Top
Log in Register