BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kota Bharu kotor

ada beberapa tempat di kota bharu memang kotor

kalau bab kebersihan ni bukan setakat kota bharu saja
tapi media cuma highlight kerana ada sebab tertentu saja
 
bab kalo buang sampah dlm tong pun bkn nak kata org kelantan.ramai rakyat negeri lain x lepas.xpandai buang sampah dlm tong.kalau kita sendiri ada rasa tangunggjawab pd society.kita akan simpan smph2 bila xda tong samph.dah jumpa buangla.kat negara org takut nak buang smpah merata.negara sendiri selamba je buang merata.attitude yg kne ubah baru la boleh jd rakyat minda kelas pertama.
 
KOTA BHARU 19 Mac - Setelah dua tahun kempen kebersihan dilancarkan, namun tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga kebersihan di sekitar bandar ini masih rendah, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat.

Beliau berkata, ini membantutkan sasaran MPKB-BRI untuk menjadikan bandar ini bersih sepenuhnya.

"Apa yang dikesalkan masih terdapat dalam kalangan penduduk yang misalnya membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Tanpa Penggunaan Beg Plastik di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Ia dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Zainuddin Awang Hamat.

Fauzi berkata, di bawah undang-undang kecil mencegah kekotoran MPKB-BRI, pihaknya telah mengeluarkan saman terhadap lebih 500 kes tahun lepas dan tahun ini sehingga 18 Mac lepas, lebih 50 saman dikeluarkan.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kebersihan bagi enam kategori termasuk restoran, kawasan perumahan, gerai makan dan tandas awam. - BERNAMA




ni kan statement dia, maknanya dia dh akui, dan mmg benar.tmpat lain pn kotor jgk, tp dh YDP tmpat tu x buat statement, x kluar paper le.

masalah MPKB ni pn sengal jgk, kutip smpah lmbat, kdg2 3 hari.tikus dh bersenggama dh pun. yg kesian klau tong besar tu dia letak tepi jalan, dekat dgn kedai2 makan.mmg tergugat perniagaan org tu.nk gambaran yg horror sila ke flat hijau kubang kerian, melimpah smpai ke jalan.
 
semua tempat pun ada yg kotor tak kisah la mont kiara mahupun hartamas sekalipun. cuma yg bercakap tu mewakili kota baru jadi tak kan dia nak komen pasal tempat lain. semestinya dia komen tempat sendiri dan itu teguran membina bagi memajukan kawasan sendiri. YDP sendiri nak tegur ada sebab dia dan itu lebih baik daripada dia tak tegur dan tak ambil tahu. think positive..
 
baru pi KB 2 minggu lepas. Bersih je. Siap tetamu aku kata bandar ni bersih. Tang mana kotor?. KL tetamu aku tak puji pon...
 
memang kat kb banyak tempat kotor.tapi sikap org malaysia ni memang cam tu.kat mana2 negeri pun susah nak ubah sikap.jangan kata kb, jb ,kl pun sama.Ini masalah sikap bukan sebab faktor politik @ org negeri mana.
 
org kelantan or kota baru...xperlu melenting.
jadikan itu cabaran...
jgn banding kl, peneng atau tempat lain. Klu tempat tu kotor...takan ler kb pun mesti kotor..
Ingat, gelaran serambi mekah..
KB harus dibandingkan dgn Spore..tak pun Tokyo..tang kebersihannya.
Apa barang nak banding dgn Chow Kit..
 
kalau dah spesis makhluk pengotor.... pegi mana pon pengotor.
mentaliti jenis apa la....

kat mana2 bandar pon kalau majlis perbandaran buat keje, takde la teruk sgt kotornya. sampah kena ambik hari2, yg jatuh2 tu kena la kutip.
ni aku tgk ada je ambik sampah ni, dia ambik yg dah berbungkus je...klu plastik sampah yg terkoyak tu, mana2 yg tercicir dia buat tak nampak je.
 
mentaliti ni, sume rakyat malaysia..bkn 1 tempat tu je...da jenis mentaliti rakyat malaysia ni pengotor, buang sampah gitu je..lum kira penghuni flat buang sampah dr atas flat lg...sampah y x terurus, longkang tersumbat..mslh tu berlaku kat mana2 je..
 
KOTA BHARU 19 Mac - Setelah dua tahun kempen kebersihan dilancarkan, namun tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga kebersihan di sekitar bandar ini masih rendah, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat.

Beliau berkata, ini membantutkan sasaran MPKB-BRI untuk menjadikan bandar ini bersih sepenuhnya.

"Apa yang dikesalkan masih terdapat dalam kalangan penduduk yang misalnya membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Tanpa Penggunaan Beg Plastik di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Ia dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Zainuddin Awang Hamat.

Fauzi berkata, di bawah undang-undang kecil mencegah kekotoran MPKB-BRI, pihaknya telah mengeluarkan saman terhadap lebih 500 kes tahun lepas dan tahun ini sehingga 18 Mac lepas, lebih 50 saman dikeluarkan.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kebersihan bagi enam kategori termasuk restoran, kawasan perumahan, gerai makan dan tandas awam. - BERNAMA



yang penting kelantan takde stadium runtuh, takde bangunan tinggi tingi tapi takde CF
 
Back
Top
Log in Register