BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konpirasi Najib

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
anwar_mahkamah_22ogos.png


Konpirasi Najib untuk penjarakan saya - Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: "Semua proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya.

"Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya."

(Anwar dengan ditemani isteri dan anaknya di mahkamah tinggi hari ini)

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi membela diri beliau.

Anwar menegaskan sekali lagi, ini bukannya perbicaraan jenayah.

"Ini adalah pentas kuasa oleh pihak berkuasa yang dikenakan ke atas saya untuk mengekalkan kuasanya," tegas Anwar lagi.

Kenyataan ini, kata Anwar dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam kes ini berdasar-kan bukti-bukti yang beliau ada dan cara pihak pendakwa mengendalikan kes ini.

Anwar hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan
penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5055-konpirasi-najib-untuk-penjarakan-saya-anwar
 
agak2 kalau najib nak liwat tpm..agak2 tpm rela tak?
 
Last edited:
kesian melayu2 bergantung survival politik kpd satu lubang dubur..hina gila
 
mana para pencacai dubur saipol lu klu brani bicarakan kes DSAi cara ADIL jgn gunakan semua kuasa yg anda ada....lepas tu hang melalak melolong mcm yahudi apco kepansan..pd najeeb dosa hang akan berpanjangan
 
masa depan UMNO terletak di bontot Saiful Bukhari ke ? :)) :))

Boleh kita bayangkan, andaikata, perkara tersebut adalah BENAR berlaku? Apa agaknya kesan pada politik di Malaysia?? Andaikata tidak benar, apakah yang akan terjadi kepada negara kita?

Saudara pon belum tentu dapat menjawabnya...
 
Nak buat konspirasi pun biar la gempak sikit..ni buat konspirasi meliwat..pakar-pakar konspirasi pong geli hati nak bongkar :)):)):))
 
moga Allah melindungi org yg tidak bersalah..seandainya anuar tk salah maka berikanlah satu keajaiban...kasihanlah dia seumur hdup dok dalam tirai besi..aku sndr pon tak gamak tengk..baru kuar dah nak mausk kembali

tiada yg benar2 adil kecuali mahkamah Allah..
 
Back
Top
Log in Register