combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,562
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 23,562
- Reaction score
- 322
- Points
- 141
Gambar fail
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Selepas perbicaraan yang berlangsung dalam tempoh tujuh tahun, Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 15 tahun dan denda RM11.4 bilion terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau didapati bersalah atas 25 pertuduhan wang haram dan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah turut memerintahkan Najib dipenjara 40 tahun jika gagal membayar denda tersebut.
Beliau yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan sedemikian, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Najib, 72, pada akhir kes pembelaan.
Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dan beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang kemudiannya dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta selepas Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman berkenaan.
Berikut kronologi kes 1MDB:
20 Sept 2018 - Najib didakwa kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama di hadapan Hakim Azura Alwi.
27 Sept 2018 - Najib selesai membayar wang jaminan berjumlah RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen.
31 Okt 2018 - Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.