BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KONGSI.. SATU hari SATU hadis

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1103.
Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., dia menceritakan bahawa ketika Rasulullah saw. puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan memerintahkan kaum Muslimin supaya puasa, para sahabat berkata, "Hari ini adalah hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani." Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Apabila masih menyaksikan tahun yang akan datang, insya Allah kita puasa pada tanggal sembilan Muharram." Kata 'Abdullah selanjutnya, "Ternyata tahun depan itu, beliau sudah wafat."
 
Last edited:
dalam wasap grup ambe smua ada wakil sorang buat satu hari satu hadis ni..lagi satu duniaku dakwahku..

yeke tuan... mai laa share boleh kongsi...:):):):)
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1720.
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw. beliau bersabda: "Kalau salah seorang kamu bersin, hendaklah ia mengucapkan: Alhamdulillah! (segala puji bagi Allah). Saudaranya atau temannya yang mendengar, hendaklah mengucapkan: Yarhamukallah (Semoga Allah merahmati saudara!). Kalau temannya telah mengucapkan Yarhamukallah, hendaklah ia mengucapkan lagi: Yahdikumullah wa yuslihu balakum! (Semoga Allah menunjuki saudara dan membaikkan keadaan saudara)."
 
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1092.
Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar, dan Sahl bin Abu Sahl. Mereka berkata: Mewartakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah, dari Az-Zuhriy, dari Sa'id bin Al-Musayyab, dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda: "Bila pada hari Jumaat, maka ada di setiap pintu-pintu masjid terdapat para Malaikat yang mencatat manusia sesuai kedudukan mereka. Bila mereka datang awal, maka dicatat sebagai yang awal. Maka bila sang imam menuju kh'utbah, maka malaikat menutup buku catatannya dan mendengarkan khutbah. Maka orang yang cepat-cepat pergi ke Jumaat, ia seperti orang yang bersedekah seekor unta, kemudian yang berikutnya, seperti bersedekah seekor kambing. (Sehingga dituturkan adanya seekor ayam betina dan telur, demikian Sahl menambahkan dalam haditsnya). Barangsiapa yang datang setelah yang demikian itu, maka dia hanya mendatangi untuk melaksanakan hak solat saja." Dalam Az-Zawa-id; Isnad hadis ini sahih.
 
terbaik lah tuan...
p/s:jaga2 org dr sebelah,nnt dia kata bidaah lak ...heheh

hehe... terima kasih atas nasihat tuan....

bid'ah ialah (benda baru)
kalau x terima bid'ah jangan guna kereta tapi jalan kaki untuk kemana mana..
jangan tgk jam tapi tgk matahari untuk tahu waktu...
sebab benda ni xda pada zaman nabi muhammad S.A.W...

bid'ah yang tak diperbolehkan ialah bid'ah yang mengubah syariat
cth: SOLAT ASAR 4 rakaat dia buat 3 atau 5 dengan sengaja itu yang dikatakan bid'ah
cth2: solat dengan niat sahaja x perlu pergerakan dan sebagainya ini pun bid'ah yang TIDAK diperbolehkan

allahuw'alam....


penting yer kita berilmu...
makin kita belajar...
makin kita tau betapa jahilnya diri...
jangan menghukum seseorang tetapi ajaklah seseorang kearah kebaikkan..
semoga dan mudah mudahan kita semua tergolong dalam orang-orang yang beriman dan bertaqwa (mengerjakan suruhan allah dan meninggalkan larangan).
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1103.
Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., dia menceritakan bahawa ketika Rasulullah saw. puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan memerintahkan kaum Muslimin supaya puasa, para sahabat berkata, "Hari ini adalah hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani." Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Apabila masih menyaksikan tahun yang akan datang, insya Allah kita puasa pada tanggal sembilan Muharram." Kata 'Abdullah selanjutnya, "Ternyata tahun depan itu, beliau sudah wafat."
 
Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0980.
Dari Abdullah bin Mas'ud R.A. dia berkata: Rasulullah S.AW. pernah mengerjakan solat. Kata Ibrahim An Nakha'i: Aku tidak tahu, lebihkah atau kurang? Setelah beliau memberi salam, dikatakan kepada beliau: "Wahai Rasulullah, terjadi sesuatukah dalam solat?". Beliau bersabda: "Apakah itu?". Kata mereka: "Engkau telah melakukan solat begini dan begini". Maka diubahlah posisi kaki beliau, lalu menghadap kiblat, kemudian bersujud dengan mereka dua kali, setelah itu memberi salam. Setelah selesai, beliau menghadap kepada kami lalu bersabda: "Jika terjadi sesuatu dalam solat, aku beritahukan kepada kalian. Tapi aku hanyalah manusia yang lupa sebagaimana kamu lupa. kerana itu, apabila aku lupa, ingatkanlah. Selanjutnya beliau bersabda: "Apabila di antara kamu ragu dalam solatnya, ambillah yang benar, lalu sempurnakanlah. Setelah itu ucapkanlah salam lalu bersujudlah dua kali". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Nasaai dan Ibnu Majah.
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2193.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim. Kerana itu janganlah menganiayanya, jangan membiarkannya teraniaya, dan jangan menghinanya. "Taqwa tempatnya di sini! Sambil beliau menunjuk ke dadanya tiga kali. "Alangkah besar dosanya menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram menumpahkan darah saudaranya sesama muslim. Haram merampas hartanya, dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2355.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan." Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa."
 
Back
Top
Log in Register