BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Timur Tengah: Konsortium Agensi Umrah Bantu Urus Kepulangan Jemaah Terkandas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80
80bb19ca39d5e70aeaaaded938ee5c5269ab0addcae1c

9a267385c42780205171b8a52366009469ab0abd27905

212696239e187b6dab4f5ac81637fe9169ab0aa6e77fb

Seramai 25 jemaah bersama dengan seorang mutawif pulang ke tanah air malam ini manakala tiga lagi memilih untuk membeli tiket sendiri dan pulang menggunakan penerbangan berasingan.

Tiga agensi pelancongan bergabung di bawah satu konsortium dikenali sebagai One Umrah bagi memudahkan urusan membawa pulang jemaah yang terkandas susulan penutupan sebahagian ruang udara di Timur Tengah akibat konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.

Pengarah Safarbuddies Travel and Services Sdn Bhd Mohd Fadzrull Bakri berkata konsortium itu melibatkan Safarbuddies Travel and Services, UHR Travel dan Jawahir Travel and Tours, yang mempunyai peranan tersendiri dalam pengurusan jemaah.

Beliau berkata Safarbuddies bertanggungjawab mengendalikan operasi termasuk pengurusan di lapangan di Arab Saudi dan penempahan penerbangan manakala Aljawahir memfokus kepada pemasaran dan UHR Travel menyediakan bimbingan kepada jemaah.

“Bila jadi macam ini, kita gabungkan semua supaya jemaah tidak rasa terpinggir...kita gunakan satu nama, One Umrah, supaya semua urusan dapat diselaraskan,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini malam ini.

Mohd Fadzrull berkata kumpulan itu sepatutnya kembali ke Malaysia pada 2 Mac lepas namun penerbangan mereka terjejas susulan penutupan ruang udara sekali gus memaksa pihak agensi menyusun semula perjalanan pulang.

“Dari pagi kita sudah mula cari penerbangan ganti... mana yang ada kekosongan, kita cuba masukkan jemaah... sebenarnya, semalam sudah ada tiket untuk 4 Mac tetapi penerbangan Emirates dibatalkan pada saat akhir,” katanya.

Beliau berkata susulan itu, jemaah yang berada di Madinah terpaksa dipindahkan ke Jeddah sebelum berjaya menaiki penerbangan pulang malam tadi.

Seramai 25 jemaah bersama dengan seorang mutawif pulang ke tanah air malam ini manakala tiga lagi memilih untuk membeli tiket sendiri dan pulang menggunakan penerbangan berasingan.

Sementara itu, pesara pensyarah Universiti Putra Malaysia Abdul Rahman Ramli, 70, berkata keadaan sepanjang tempoh terkandas adalah terkawal dan para jemaah kekal tenang walaupun terpaksa melanjutkan tempoh berada di Arab Saudi.

 
Back
Top
Log in Register