BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

55 Jemaah Umrah Malaysia Terkandas Di Jeddah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,165
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,165
Reaction score
346
Points
141
db12e99088a8002868f598fbede5956f65eaf8ee9946d

Foto: Saudi Press Agency/ dpa

Kira-kira 55 jemaah umrah warga Malaysia di bawah kendalian sebuah agensi kini terkandas di Jeddah selepas penerbangan pulang mereka yang dijadualkan pada awal pagi Sabtu dibatalkan.

Seorang jemaah Mohd Nasarudin Kassim, 57, ketika dihubungi Bernama memaklumkan mereka sepatutnya berlepas pulang ke tanah air pada 1 pagi waktu tempatan namun dimaklumkan mengenai pembatalan itu oleh pihak syarikat penerbangan pada 8 malam sebelumnya.

Beliau berkata kumpulan jemaah itu kini ditempatkan sementara di sebuah hotel di Jeddah oleh pihak syarikat penerbangan sementara menunggu jadual penerbangan seterusnya.

Selain kumpulan dari agensi berkenaan, terdapat juga beberapa kumpulan jemaah dari agensi lain yang turut terkesan dan ditempatkan di hotel yang sama.

Mengenai jadual penerbangan gantian, Mohd Nasarudin berkata berdasarkan maklumat terkini, mereka dijadualkan berlepas pulang melalui penerbangan Malaysia Airlines MH159 pada 2 Mac, pada 9.30 malam namun lokasi pelepasan telah diubah dari Jeddah ke Madinah.

“Situasi di sini buat masa ini tenang dan terkawal. Pihak agensi dan syarikat penerbangan ada menyediakan penginapan hotel untuk kami sementara menunggu Isnin nanti,” katanya.

Terdahulu, Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dan Doha, Jeddah serta Madinah pada 28 Feb dan 1 Mac 2026, susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah.

Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah menerusi kenyataan di Facebook malam ini memaklumkan pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan keadaan terkini di rantau itu.

“Situasi di seluruh Arab Saudi pada ketika ini adalah selamat dan terkawal. Namun rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya peka dengan perkembangan semasa dan diminta kekal tenang.

 
Back
Top
Log in Register