BTC USD 81,608.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Papua

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,577
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,577
Reaction score
5,461
Points
486
papua_1566452762.jpg


JAKARTA: Indonesia bertindak menyekat akses ke internet di timur Papua, bagi menghalang mesej berbaur hasutan daripada dimuat naik, sekali gus meningkatkan insiden keganasan di wilayah itu.

Keputusan itu dibuat selepas penunjuk perasaan membakar beberapa bangunan, pasar dan penjara, berikutan layanan tidak sewajarnya terhadap golongan pelajar dan insiden diskriminasi etnik.

Polis turut menghantar 1,200 anggota tambahan ke Papua bagi mengawal keganasan di beberapa bandar, termasuk Timika sejak Isnin lalu.

Timika adalah lokasi berhampiran lombong tembaga, Grasberg, yang dikendalikan oleh satu unit syarikat perlombongan, Freeport McMoran di Indonesia, selain di Manokwari, Sorong dan Fakfak.

Menteri Keselamatan, ketua polis dan komander tentera dilaporkan tiba Sorong hari ini, bagi memantau keadaan tetapi tiada demonstrasi dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Walaupun, gerakan puak pemisah berlaku di Papua sejak beberapa dekad lalu, tetapi aduan semakin meningkat mengenai pelanggaran hak asasi oleh pasukan keselamatan Indonesia.

Dalam insiden terbaharu yang mencetuskan kemarahan penduduk tempatan dipercayai membabitkan serangan perkauman terhadap pelajar Papua, yang ditahan minggu lalu.

Pelajar terbabit dilaporkan ditahan di asrama mereka di Surabaya, Jawa Barat kerana dilaporkan tidak menghormati bendera Indonesia pada majlis sambutan Hari Kebangsaan negara itu. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/08/598711/indonesia-sekat-internet-halang-mesej-hasutan
 
psal bndera..malaysia senyap?
buat xtau je..smua tu provoke nk api2 rkyat
 
Ni kes kat Surabaya (jawa timur) gaduh dengan pelajar (papua) orang suku macam negro tu yg si jawa Surabaya kata mereka monyet.

Susah jugak nak jaga kedamaian bagi 17,000 pulau yg didiami beratus jenis suku bangsa. Si papua ni pun satu, suku jawa ni suku majoriti, janganlah terusik bangat ama provokasi aparat yg tidak NKRI.

Adu ngan jokowi.. Jokowi call Gabenor Surabaya supaya call Gabenor Papua dan minta mereka saling bermaafan.
 
papua_1566453625.jpg

Anggota polis mengiringi seorang wanita ketika tunjuk perasaan di Mimika, Papua, Indonesia. Foto Reuters






JAKARTA: Indonesia bertindak menyekat akses ke internet di timur Papua, bagi menghalang mesej berbaur hasutan daripada dimuat naik, sekali gus meningkatkan insiden keganasan di wilayah itu.

Keputusan itu dibuat selepas penunjuk perasaan membakar beberapa bangunan, pasar dan penjara, berikutan layanan tidak sewajarnya terhadap golongan pelajar dan insiden diskriminasi etnik.

Polis turut menghantar 1,200 anggota tambahan ke Papua bagi mengawal keganasan di beberapa bandar, termasuk Timika sejak Isnin lalu.

Timika adalah lokasi berhampiran lombong tembaga, Grasberg, yang dikendalikan oleh satu unit syarikat perlombongan, Freeport McMoran di Indonesia, selain di Manokwari, Sorong dan Fakfak.

Menteri Keselamatan, ketua polis dan komander tentera dilaporkan tiba Sorong hari ini, bagi memantau keadaan tetapi tiada demonstrasi dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Walaupun, gerakan puak pemisah berlaku di Papua sejak beberapa dekad lalu, tetapi aduan semakin meningkat mengenai pelanggaran hak asasi oleh pasukan keselamatan Indonesia.

Dalam insiden terbaharu yang mencetuskan kemarahan penduduk tempatan dipercayai membabitkan serangan perkauman terhadap pelajar Papua, yang ditahan minggu lalu.

Pelajar terbabit dilaporkan ditahan di asrama mereka di Surabaya, Jawa Barat kerana dilaporkan tidak menghormati bendera Indonesia pada majlis sambutan Hari Kebangsaan negara itu. - Reuters








sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/08/598711/indonesia-sekat-internet-halang-mesej-hasutan
 
Polis Indonesia tembak mati anggota kumpulan pemisah Papua


23papua_1566561845.jpg

Aktivis Indonesia memegang poster protes mereka semasa perhimpunan di Jakarta, Indonesia. Berpuluh-puluh aktivis Indonesia mengadakan protes mendesak pihak berkuasa Indonesia memulihkan akses ke Internet,
berikutan rusuhan dan demonstrasi dalam Papua dan Papua Barat. - Foto EPA







JAKARTA : Polis Indonesia menembak mati anggota kumpulan pemisah Papua hari ini dalam satu kejadian berbalas tembakan, kata jurucakap, selepas rusuhan ganas minggu ini di timur wilayah itu yang tercetus akibat diskriminasi etnik.

Seorang anggota polis dan orang awam turut tercedera dalam insiden membabitkan polis dan lima anggota kumpulan pemisah di pekan Wamena, kata jurucakap polis, Ahmad Kamal menerusi telefon.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

Polis difahamkan sudah mengerahkan 1,200 anggota bagi mengawal tunjuk perasaan yang kadang kala bertukar ganas sejak Isnin lalu di wilayah sedia dipenuhi anggota tentera itu berikutan konflik bersama kumpulan pemisah.

Pekan di Papua seperti Manokwari, Sorong dan Fakfak dipenuhi perusuh yang bertindak membakar bangunan awam termasuk pasar, penjara dan parlimen dalam siri demonstrasi terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tiada sebarang laporan diterima berhubung tunjuk perasaan di Wamena setakat ini dan pekan berkenaan bertindak sebagai pusat perlindungan untuk semua rakyat Papua yang kehilangan kediaman akibat pertempuran membabitkan tentera dan pemisah.

Di Jakarta, kumpulan hak asasi manusia dan wartawan menggesa kementerian penerangan mengakhiri gangguan internet di Papua yang bermula malam Rabu lalu.

Kementerian terbabit dalam kenyataan balas berkata, langkah itu diambil bagi menghalang orang ramai daripada berkongsi pesanan provokasi yang hanya akan memburukkan keadaan. - Reuters









sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...ia-tembak-mati-anggota-kumpulan-pemisah-papua





.
 
Innallillahi wainna ilaihi rajiun... kesiannya saudara2 Kita d Indonesia.

Itulah Saya sangat2 harap Allah s.w.t terus merahmati kita dengan keamanan Dan keharmonian.

Sekarang nak p market senang,nak p masjid pun senang..nak p jalan2 pun senang.

Risau sungguh kalau2 Allah swt cabut kesejahteraan ni .

Kalau sikap Kita terus suka provokasi.. sombong..Tak menghargai Rahmat ni..dah terlepas nanti..susah nak dapat balik.
 
Inilah bahaya akibat dr hasutan dan mesej2 berbaur peekauaman

Jgnlah berlaku di malaysia walaupun regim kutty memerintah selalu provoke

Moga aman indonesia
 
6 mati dalam demonstrasi di Papua


INDONESIA-PAPUA-UNREST_1566989137.jpg









JAKARTA: Enam maut selepas pihak berkuasa Indonesia melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan warga Papua yang cuba meluru masuk ke pejabat kerajaan tempatan di wilayah Deiyai hari ini.

“Tembakan masih berlaku ketika ini dan kita tidak pasti berapa ramai mangsa yang terbabit,” kata eksekutif pro-kebebasan Gerakan Pembebasan Bersatu Papua Barat, Markus Haluk kepada Reuters.

Jurucakap tentera Papua, Eko Daryanto berkata, beberapa anggota mereka turut ditembak menggunakan panah.

Ribuan warga Papua melakukan bantahan sejak minggu lalu hingga bertindak membakar bangunan kerajaan, penjara dan pasar.

Ia tercetus selepas kenyataan berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap sekumpulan penuntut mereka dan disembur gas pemedih mata serta ditahan polis di Surabaya pada 17 Ogos lalu.







sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/08/490855/6-mati-dalam-demonstrasi-di-papua






.
 
Pelajar Papua tuntut pungutan suara, kibar bendera pembebasan


papuas_1567055539.jpg

Pelajar Papua melancarkan perhimpunan di hadapan Istana Negara di Jakarta semalam bagi menuntut kerajaan memulihkan perkhidmatan internet di rantau bergolak Papua dan Papua Barat serta mengadakan pungutan suara untuk kemerdekaan wilayah itu. -Foto The Jakarta Post







JAKARTA: Tuntutan oleh penduduk Papua untuk mengadakan pungutan suara bagi mendapatkan kemerdekaan kini merebak di ibu kota Indonesia di sini, semalam, di tengah laporan kematian orang awam di wilayah itu.

Ribuan pelajar Papua berarak di jalanan di Jakarta Pusat susulan bantahan sama di kawasan tanah tinggi wilayah itu awal minggu ini.

Penunjuk perasaan berarak dari ibu pejabat tentera ke Istana Negara, membawa bendera diharamkan Bintang Pagi, simbol pergerakan pembebasan Papua.

“Pelajar dan rakyat Papua bersetuju terhadap gesaan satu pungutan suara,” kata penyelaras bantahan dikenali Ambrosius ketika perhimpunan dilaporkan The Jakarta Post.

Sebagai tambahan kepada pungutan suara, penunjuk perasaan juga menggesa gabenor Papua dan Papua Barat membantu kepulangan pelajar Papua ke wilayah mereka.

Pelajar juga menuntut Kementerian Penerangan dan Komunikasi menarik balik larangan sekatan internet dilaksanakan kerajaan di wilayah paling timur republik itu sejak minggu lalu.

Apabila sampai di hadapan Istana Negara, penunjuk perasaan membakar tayar dan membuat persembahan tarian tradisi Papua sambil melaungkan slogan. Penunjuk perasaan bersurai secara aman sekitar jam 5.30 petang.

Bantahan dilakukan di tengah laporan, orang awam ditembak pasukan keselamatan ketika perhimpunan antiperkauman di wilayah Deiyai, Papua. Saksi berkata, enam penunjuk perasaan maut dan sekurang-kurangnya tiga lain cedera dalam insiden itu.

Pihak berkuasa mengesahkan seorang askar maut dan sekurang-kurangnya dua anggota polis cedera dalam insiden itu namun belum mengesahkan kematian orang awam. -Agensi








sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...untut-pungutan-suara-kibar-bendera-pembebasan
 
Back
Top
Log in Register