BTC USD 81,578.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Papua

Jangan jadi Timor Laste.
Bergegar2 berita kata Timor Laste ada hasil galian yang kaya raya.
Tiada masalah kalau nak merdeka dari Indonesia.
Akhirnya rakyat Timor Laste kena game dgn Australia dan sekutu.
Hasil galian tidak seberapa dan sekarang di bawah telunjuk barat.
 
West%2BPapua%2Bfreedom.jpg


iyelah free.
australia dok perhati je tu.
 
Angka korban Papua meningkat 26 orang
WAMENA_terbakar_1569307274.jpg

Bangunan pejabat kerajaan dibakar oleh penunjuk perasaan di Wamena, Papua. - Foto Reuters









WAMENA: Angka korban akibat rusuhan terbaru di wilayah bergolak Papua meningkat 26 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Insiden itu memaksa ribuan penduduk lari menyelamatkan diri selepas menyaksikan penunjuk perasaan mengganas dengan merusuh dan membakar bangunan.

Sejak beberapa minggu lalu, Papua di barat pulau New Guinea berdepan pergolakan yang dicetuskan oleh krisis perkauman selain dorongan untuk membebaskan wilayah miskin itu dari Indonesia.

Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala 70 lagi cedera di bandar Wamena selepas ratusan penunjuk perasaan merusuh dan membakar bangunan kerajaan dan premis berhampiran.

Sejumlah 700 suspek ditahan untuk disoal siasat berhubung rusuhan itu, kata tentera.

“Sebahagian mangsa dibakar, sebahagian lagi ditetak hingga mati, ada juga yang terperangkap dalam kebakaran,” kata komander tentera, Chandra Dianto kepada AFP.

Menurut pihak berkuasa, kebanyakan mangsa di Wamena bukan penduduk Papua. Isnin lalu, seorang tentera dan tiga orang awam terbunuh dalam rusuhan di Jayapura.

Rusuhan meletus di seluruh Papua dan beberapa bahagian lain di Indonesia sejak beberapa minggu lalu berikutan insiden penahanan dan penggunaan gas pemedih mata ke atas berpuluh pelajar Papua yang berdepan diskriminasi kaum dan etnik di bandar Surabaya. - AFP









sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/09/610396/angka-korban-papua-meningkat-26-orang
 
Pendatang paling ramai terbunuh semasa rusuhan di Papua

papukna9knak02_1569323811.jpg


papukna9knak01_1569323807.jpg

Kesan selepas rusuhan di Papua semalam. - Foto AFP










JAKARTA: Polis berkata, kebanyakan 30 mangsa korban akibat keganasan etnik di Papua semalam adalah pendatang dari wilayah lain di Indonesia.

Ketua Polis Negara, Tito Karnavian berkata, seramai 22 pendatang yang tinggal di bandar Wamena dan empat orang asli Papua antara yang terbunuh manakala 66 orang cedera.

Katanya, mangsa terdiri daripada pemandu teksi motosikal, pekerja kedai runcit dan pelayan restoran.

Difahamkan pendatang ini datang dari beberapa wilayah di Indonesia terutamanya Jawa, Sulawesi Selatan dan pulau Moluccas dengan mengambil manfaat daripada harga tanah murah, sumber yang banyak dan peluang ekonomi.

Sementara itu, Karnavian turut mengesahkan seorang tentera dan tiga orang awam terbunuh semasa rusuhan di Jayapura iaitu lokasi polis dan pelajar bertempur.

Pertumpahan darah semalam dianggap rusuhan terburuk di wilayah Papua sejak tunjuk perasaan Ogos lalu susulan isu diskriminasi kaum dan etnik. - Reuters








sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...paling-ramai-terbunuh-semasa-rusuhan-di-papua
 
Mati dibakar, dibelasah, dipanah
25hmpap2_1569387615.jpg

KERETA terbakar dan diterbalikkan. - AFP












WAMENA, PAPUA, INDONESIA: “Ada mangsa mati terbakar, sebahagian lagi dibelasah sampai mati...Ada yang maut kerana terperangkap dalam bangunan yang dibakar,” kata pemerintah tentera Indonesia di Papua, Chandra Dianto.

AFP melaporkan, beliau berkata demikian ketika sidang media mengumumkan jumlah korban rusuhan terbaru di Papua yang meningkat kepada 30 orang.

“Kami masih membongkar runtuhan bangunan, kedai dan rumah bagi mencari kemungkinan ada mangsa lain,” katanya.

Menurutnya, sebahagian besar mangsa ialah pendatang dari wilayah lain, bukannya penduduk tempatan.

Reuters melaporkan, ada juga mangsa maut akibat dipanah dalam rusuhan membabitkan ratusan orang yang turut membakar bangunan kerajaan.

Menurut Ketua Polis Negara Indonesia, Tito Karnavian, 22 penduduk dari luar Papua yang tinggal di Wamena terbunuh bersama empat penduduk tempatan manakala 66 lagi cedera.

Antara mangsa terbabit ialah pemandu teksi motosikal serta pekerja kedai dan restoran.

Menurutnya, dalam rusuhan di bandar utama wilayah itu, Jayapura, seorang tentera mati ditikam dan tiga orang awam terbunuh.

Menurut Tito, sebahagian besar mangsa dari luar Papua itu datang dari Pulau Jawa, Sulawesi Selatan dan kepulauan Moluccas.

Penduduk Papua menganggap pendatang dari wilayah lain merampas ekonomi mereka sejak bekas Presiden Suharto menggalakkan penghijrahan ke wilayah itu dengan menawarkan peluang perniagaan, pekerjaan dalam sektor kerajaan dan subsidi.

Aktivis mendakwa rusuhan di Jayapura berpunca daripada pihak berkuasa menyerang pelajar yang berdemonstrasi manakala keganasan di Wamena tercetus akibat kenyataan perkauman seorang guru yang kemudian disahkan polis sebagai palsu.

Polis sudah menahan 733 orang, termasuk pelajar yang menyertai tunjuk perasaan di Jayapura.








sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/09/500440/mati-dibakar-dibelasah-dipanah
 
Indonesia tuduh kumpulan antarabangsa punca kekacauan di Papua
Jayapurakekecohj_1569405811.jpg

Kerajaan Indonesia mendakwa keganasan yang membawa maut di Jayapura dan Wamena, Papua, Isnin lalu, dirancang sebuah pertubuhan antarabangsa bertujuan menarik perhatian dunia ke atas wilayah itu. - Foto EPA











JAKARTA: Kerajaan Indonesia mendakwa keganasan yang membawa maut di Jayapura dan Wamena, Papua, Isnin lalu, dirancang sebuah pertubuhan antarabangsa bertujuan menarik perhatian dunia ke atas wilayah itu.

Menurut Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Wiranto kekacauan itu dikawal Jawatankuasa Nasional Papua Barat (KNPB).

Katanya, KNPB mempunyai kaitan dengan Pergerakan Pembebasan Bersatu untuk Papua Barat (ULMWP) yang diketuai seorang penduduk Papua dalam buangan di Britain, Benny Wenda.

“Pergerakan pembebasan Papua seolah-olah menunjukkan kewujudannya dengan provokasi terhadap penduduk supaya melakukan anarki yang hanya membahayakan diri mereka sendiri,” kata Wiranto.

Katanya, motif kumpulan itu adalah untuk memerangkap pasukan keselamatan supaya melakukan salah laku hak asasi manusia terhadap penunjuk perasaan.

Kemudian, tokoh pemisah akan membangkitkan isu itu dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sedang berlangsung di New York.

Jurucakap polis, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo berkata, rusuhan berlaku di ibu wilayah Jayawijaya, Wamena, Isnin lalu, hasil pengedaran maklumat palsu bertujuan mencetuskan penyatuan di kalangan penduduk asal Papua.

Untuk matlamat ini, peranan Wenda mulai daripada rancangan kepada pelaksanaan berita palsu mengenai penghinaan kaum terhadap penduduk asal Papua jelas, kata Prasetyo di Jakarta, semalam.

“Sebagai tokoh Jawatankuasa Nasional Papua Barat (KNPB), peranan Benny Wenda disebalik rancangan ini tidak boleh dinafikan,” katanya.

Prasetyo berkata, polis juga sudah menjalankan pemeriksaan teliti terhadap ahli KNPB mengenai peranan mereka dalam menggunakan pelajar untuk mencetuskan kemarahan penduduk.

Menurut laman berita ANTARA, Majlis Perbandaran Bandar Oxford pernah memberikan Anugerah Kebebasan Bandar Oxford kepada Wenda, 17 Julai lalu.

Katanya, Wenda terbabit dalam mencetuskan tindakan ganas yang membawa kepada kematian penduduk awam dan anggota keselamatan Indonesia di Papua. - Agensi










sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...umpulan-antarabangsa-punca-kekacauan-di-papua
 
Bekas wartawan ditahan, didakwa cetus keganasan di Papua
27dandi_1569581782.jpg

Bekas wartawan yang juga penerbit dokumentari, Dandhy Laksono.











JAKARTA: Bekas wartawan yang juga penerbit dokumentari, Dandhy Laksono, ditahan polis ketika pihak berkuasa mengenakan tindakan keras terhadap aktivis yang bersimpati dengan perjuangan wilayah Papua Barat.

Peguam Dandhy, Alghiffari Aqsa berkata, penerbit itu ditahan dan disoal siasat beberapa jam dan disenaraikan sebagai suspek selepas menulis di laman twitter berhubung keganasan yang berlaku di bandar raya Jayapura dan Wamena di Papua.

Penerbit itu didakwa melanggar undang-undang ucapan kebencian dalam talian negara itu.

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen itu.

Pasukan keselamatan Indonesia berkata, 35 orang awam dan tentera terbunuh dalam kejadian pada Isnin lalu di Jayapura dan Wamena, keganasan yang berpanjangan di wilayah itu sejak enam minggu lalu.

Keadaan yang tercetus oleh diskriminasi bangsa, mewujudkan gelombang bantahan dalam keadaan pergolakan membabitkan orang awam paling buruk dalam tempoh sedekad di kawasan yang menjadi kediaman kepada pelbagai etnik Melanesia.

Bantahan berlaku selepas sekumpulan pelajar Papua di Surabaya, diejek dan diserang orang ramai yang menuduh pelajar terbabit mencemarkan bendera negara.

Penahanan Dandhy berlaku tiga minggu selepas peguam hak asasi manusia dan aktivis, Veronica Koman disenarai sebagai suspek oleh polis Indonesia selepas komen di Twitter yang menunjukkan sokongan terhadap bantahan penduduk Papua, mencetuskan kecaman kumpulan hak asasi manusia terhadap tindakan polis.

“Dandhy hanya membuat laporan dan ulasan, mencabar pandangan arus perdana di Indonesia berhubung kedudukan Papua Barat. Dia tidak sepatutnya didakwa sama sekali. Ia adalah soal kebebasan media,” kata penyelidik Hak Asasi Manusia, Andreas Harsono.

Beberapa dokumentari Dandhy dianggap kritikan terhadap kerajaan Indonesia. Karya terbarunya, ‘Sexy Killers’, sebuah dokumentari yang disiarkan pada April lalu berhubung pengembangan lombong arang batu di Kalimantan Timur, pulau Borneo.

“Dia menjalankan tugas berlandaskan prinsip kewartawanan. Dakwaan terhadapnya sama seperti Veronica - tidak berasas kerana tidak ada gesaan untuk melakukan keganasan,” katanya. - Reuters










sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...awan-ditahan-didakwa-cetus-keganasan-di-papua
 
11,500 orang pindah dari Papua
Papua_1570109210.jpg

PIHAK berkuasa Indonesia mengesahkan lebih 11,500 orang sudah dipindahkan dari bandar Wamena di wilayah paling timur Papua. - Foto Reuters











JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan lebih 11,500 orang sudah dipindahkan dari bandar Wamena di wilayah paling timur Papua sejak puluhan orang meninggal dunia ketika pertempuran berlaku di kawasan itu, bulan lalu.

Terletak di bahagian barat Pulau New Guinea dan sekian lama berdepan dengan masalah pemberontakan pemisah, Papua merangkumi wilayah dua timur Indonesia dan mempunyai penduduk etnik Melanesia yang berbeza.

Berlaku peningkatan dalam protes dan pergolakan sejak akhir Ogos lalu selepas pelajar Papua di Surabaya, diserang sekumpulan pihak berkuasa yang mendakwa kumpulan pelajar itu menghina bendera negara itu.

Dalam beberapa pertumpahan darah yang paling buruk dalam beberapa dekad di Papua, 33 orang terbunuh dan jumlah yang cedera ketika pertempuran di Wamena pada 23 September lalu.

Ketika kejadian itu, pejabat kerajaan, dan rumah dibakar, 250 kereta serta motosikal dimusnahkan, ketika pertempuran antara penduduk asal Papua dan pasukan keselamatan.

Kerajaan dan beberapa aktivis bebas Papua mengesahkan 25 daripada 33 orang yang terbunuh adalah pendatang daripada beberapa kawasan di negara itu.

Bekas penduduk Wamena, Erizal, 42, yang dipindahkan berkata, anak dan isterinya meninggal dunia ketika pertempuran itu, kini dia berasa trauma untuk kembali ke bandar itu.

“Saya berada di kampung, di Padang ketika ini, mungkin saya tidak akan kembali ke Wamena,” katanya menerusi telefon ketika dihubungi di Padang.

Erizal juga mengakui kedai miliknya turut dibakar dalam kejadian itu.

Pegawai Kementerian Sosial Indonesia, Harry Hikmat berkata, antara 23 September dan 2 Oktober, tentera udara Indonesia sudah memindahkan 7,467 orang daripada Wamena dengan menaiki pesawat Hercules, manakala 4,179 orang dipindahkan dengan menaiki penerbangan komersial.

Jurucakap Polis Papua, Ahmad Musthofa Kamal berkata, situasi di Wamena ketika ini stabil dan beberapa kedai serta pasar sudah mula dibuka. - Reuters










sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/10/613821/11500-orang-pindah-dari-papua
 
mcm tak nampak je campur tangan us. xda/sikit minyak la tu
 
Kunjungan Jokowi cubaan reda ketegangan di Papua
Jokowi_1572261116.jpg

Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo.












JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo akan merasmikan satu jambatan baharu bernilai AS$128 juta (RM535 juta), hari ini, ketika kerajaan negara itu memperbaharui janji membangunkan wilayah paling miskin terbabit.

Perkembangan itu berlaku, selepas pergolakan selama berbulan-bulan ekoran beberapa insiden diskriminasi perkauman.

Jokowi melawat beberapa kawasan di seluruh wilayah Papua dan Papua Barat, ia adalah kunjungan pertama beliau ke wilayah paling timur negara itu, sejak mengangkat sumpah untuk penggal lima tahun kedua, minggu lalu.

Timbalan menteri kerja raya baharu, John Wempi Wetipo yang juga ahli politik kaum asli papua turut menyertai kunjungan itu yang menyaksikan konflik pemisah kecil-kecilan semakin meruncing, sejak berdekad-dekad.

Sejak beberapa bulan lalu, pergolakan melonjak di Papua termasuk pertumpahan darah terburuk, sejak berdekad-dekad apabila 33 orang maut di Wamena, September lalu. Situasi ini menguatkan gesaan pelbagai kumpulan pemisah untuk pungutan suara kemerdekaan baharu.

Hari ini, Jokowi mengarahkan pembinaan semula pasar utama di Wamena dipercepatkan, selepas ia dibakar, ketika tunjuk perasaan, menurut kenyataan pejabat presiden.

“Jika semua di sini komited bersatu, bersama kita majukan tanah Papua dan saya merasakan kita boleh mencapai kekayaan dan kebajikan cepat,” menurut Jokowi dalam kenyataan itu.

Jokowi akan berbincang dengan beberapa pemimpin tempatan, sebelum merasmikan jambatan Youtefa yang baru siap dibina di ibu wilayah, Jayapura, menurut pejabat beliau. - Reuters












sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...jungan-jokowi-cubaan-reda-ketegangan-di-papua
 
Back
Top
Log in Register