BTC USD 81,605.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Papua

#jakarta Ketua Hakim, Nelvy Christin dalam sesi membacakan keputusan melalui sidang video menyatakan tindakan yang dilakukan tertuduh 1 dan 2 adalah perbuatan yang melanggar undang-undang. https://www.hmetro.com.my/…/jokowi-didenda-kerana-sekat-int…

Jokowi didenda kerana sekat Internet

JOKO WIDODO

JOKO WIDODO
Agensi

JAKARTA: Mahkamah Pentadbiran Negeri Jakarta (PTUN) memutuskan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dan Menteri Komunikasi dan Informasi melanggar asas pemerintahan berkaitan sekatan Internet di Papua dan Papua Barat.

Ketua Hakim, Nelvy Christin dalam sesi membacakan keputusan melalui sidang video menyatakan tindakan yang dilakukan tertuduh 1 dan 2 adalah perbuatan yang melanggar undang-undang.
Tertuduh 1 adalah Menteri Komunikasi dan Informasi, dan tertuduh 2 adalah Presiden Jokowi.

Portal Tempo melaporkan, mahkamah juga mengenakan hukuman denda sebanyak 457,000 Rupiah kepada kedua-dua tertuduh.

Dalam keputusan perbicaraan, mahkamah menolak pengecualian tertuduh.

Selain itu, mahkamah juga menilai kerajaan yang melanggar undang-undang atas tindakan mengganggu lebar jalur pada 19 hingga 20 Ogos 2019, tindakan memutuskan akses Internet sejak 21 Ogos hingga 4 September 2019, dan lanjutan sekatan akses Internet dari 4 hingga 11 September 2019.

Ogos tahun lalu, kerajaan Indonesia mengenakan sekatan Internet di Papua berikutan berlakunya kejadian rusuhan dan demonstrasi di Papua dan Papua Barat.

Tuntutan dibuat antaranya oleh Pakatan Wartawan Bebas (AJI), Rangkaian Kebebasan Bersuara Asia Tenggara (SAFEnet) dan Yayasan Bantuan Guaman Indonesia (YLBHI) pada Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 10:20 PM

kene denda rm 140 je ... hahaha
 
10 maut dalam pertempuran antara pemberontak, polis​

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian berbalas tembakan antara polis dan pemberontak di wilayah Papua yang bergolak, dalam tindakan balas susulan kematian ketua perisik Indonesia.

Menurut polis, tembak-menembak yang berlangsung selama beberapa jam di daerah Puncak semalam, berakhir dengan seramai sembilan puak gerila termasuk seorang anggota polis maut, sementara dua lagi polis cedera.

"Kami menyerang wilayah itu selepas mengesahkan keberadaan mereka," kata jurucakap polis Papua, Ahmad Musthofa Kamal kepada AFP hari ini.

Polis percaya berpuluh-puluh orang puak pemberontak bertanggungjawab atas pembunuhan Jeneral I Gusti Putu Danny Karya Nugraha Ahad lalu, yang mengetuai agensi perisikan Papua.

Bagaimanapun, jurucakap kumpulan pemberontak, Sebby Sambom, menafikan laporan bahawa puaknya dibunuh sebagai 'pembohongan besar' dan 'propaganda'.

AFP tidak dapat mengesahkan sendiri dakwaan dibuat pasukan keselamatan.

Percanggahan laporan sering kali berlaku di Papua, sebuah pulau yang kaya dengan sumber tetapi miskin, yang berkongsi sempadan dengan Papua New Guinea di sebelah utara Australia.

Pemberontakan tahap rendah yang berlaku di negara berkenaan didakwa bertujuan melepaskan diri dari 'jajahan' Indonesia selama beberapa dekad.

Ketegangan yang meningkat tercetus selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo, minggu ini memerintahkan pasukan keselamatan untuk 'memburu' pemberontak susulan kematian jeneral itu.

Puak pemisah Papua mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu.

Selama bertahun-tahun, pasukan keselamatan Indonesia dikejutkan dengan tuduhan penyalahgunaan hak yang meluas terhadap penduduk Melanesia iaitu etnik di Papua, termasuk pembunuhan di luar bidang kehakiman membabitkan aktivis dan penunjuk perasaan aman sebagai usaha mereka menghancurkan kumpulan pemberontak.

Beberapa minggu lalu, pasukan keselamatan meningkatkan operasi ketenteraan di daerah Puncak selepas kumpulan pemberontak bertindak membunuh tentera dan guru selain membakar beberapa sekolah dan helikopter.

Sebagai tanah bekas jajahan Belanda, Papua mengisytiharkan merdeka pada 1961 tetapi dua tahun selepas itu, negara jiran iaitu Indonesia menguasai wilayah itu dengan janji akan mengadakan referendum kemerdekaan.
Keputusan selepas itu untuk menjadi sebahagian dari Indonesia secara meluas dianggap palsu. - AFP
 
Pemisah Papua bunuh beberapa pekerja binaan​

JAKARTA: Pemberontak pemisah menahan empat orang awam sebagai tebusan di hutan wilayah Papua yang terpisah dari Indonesia.

Pihak berkuasa berkata mereka membunuh beberapa pekerja pembinaan dalam satu serangan sebelum menculik orang awam terbabit.

Ketegangan semakin memuncak antara pasukan keselamatan Indonesia dan puak gerila itu, yang menuntut kemerdekaan daripada jajahan Indonesia sejak beberapa dekad lalu.

Menurut pihak berkuasa semalam, kira-kira 30 pemberontak melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pekerja binaan Indonesia membangunkan kediaman baharu di wilayah Yahukimo, menyebabkan sekurang-kurangnya empat terbunuh.

Ketika ini, operasi menyelamat sedang dijalankan bagi mencari empat lagi individu yang dijadikan tebusan oleh pemberontak, lapor jurucakap tentera dan polis Papua, Ahmad Musthofa Kamal.

"Pasukan kami sedang menuju ke lokasi berkenaan," katanya kepada AFP hari ini.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada keempat-empat tebusan itu dalam kalangan pekerja pembinaan berkenaan.

Ketegangan di wilayah yang dilanda konflik itu meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terutama selepas pemberontak membunuh ketua perisik Indonesia di Papua pada April lalu.

Untuk rekod, Polis percaya berpuluh-puluh anggota puak pemberontak bertanggungjawab atas pembunuhan Jeneral I Gusti Putu Danny Karya Nugraha yang mengetuai agensi perisikan Papua.

Jakarta bertindak balas dengan mengisytiharkan puak pemisah Papua sebagai 'pengganas' dan turut bimbang kumpulan itu akan mencetuskan lebih banyak keganasan serta melanggar undang-undang. - AFP
 
Sempat Tertahan, 5 Warga Sipil Korban Penembakan KKB Papua Kini Berhasil Dievakuasi TNI-Polri​

4 tentera Indonesia dibunuh militan bersenjata di barat Papua​

JAKARTA: Empat anggota Tentera Indonesia dibunuh militan bersenjata dipercayai kumpulan pemisah Papua, sayap ketenteraan Organisasi Papua Merdeka (OPM), di sebuah desa di wilayah barat Papua semalam.

Kira-kira 50 militan bersenjata menyerbu pos tentera dan menyerang enam anggota dengan anak panah, parang dan kapak, menurut jurucakap komando tentera wilayah

Papua, Hendra Pesireron.

Ekoran serangan itu, empat anggota tentera terbunuh dan dua yang lain cedera parah.

Sebagai tindak balas, komando ketenteraan wilayah itu segera menghantar dua platun tentera bagi menjejaki militan berkenaan serta bekerjasama dengan polis barat Papua bagi menangani kes itu.

Sementara itu, jurucakap Tentera Pembebasan Papua Barat, Sebby Sambom, mengaku kumpulan itu bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

"Militan kami di bawah perintah komander tertinggi Tentera Pembebasan Papua Barat, Goliath Tabuni, bertanggungjawab atas serangan pagi ini (semalam).

"Kami meminta pemerintah untuk berunding dengan OPM kerana perang ini tidak akan berhenti, ia akan berlanjutan di Papua selagi Indonesia masih menduduki tanah ini (Papua)," katanya dalam satu kenyataan. - AGENSI.
 
SERANGAN | 4 Tentera Indonesia Maut Diserang Hendap Kumpulan Pemisah Papua

Sekurang-kurangnya empat orang tentera Indonesia maut sementara dua lagi parah selepas dipercayai diserang hendap kumpulan pemisah di Papua.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

​
 
Back
Top
Log in Register