BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komposer veteran Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Komposer veteran Ahmad Nawab tutup usia pada 92 tahun​

Anggaran Waktu Membaca: 1 min
abdul_nawab.jpg

Gambar: Ahmad Nawab/Facebook
Diterbitkan : 24 Nov 2024 07:44PMDikemas Kini : 24 Nov 2024 07:45PM
Aa
Penanda
WhatsAppFacebookTwitterEmailLinkedIn

KUALA LUMPUR: Komposer veteran, Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad (24 Nov).

Allahyarham atau nama asal, Ahmad Khan Nawab Khan dilaporkan meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar pukul 3.15 petang.

Berita duka pemergian Ahmad Nawab dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Freddie Fernandez ketika dihubung Astro AWANI.

Memulakan kerjaya muzik sejak berusia 16 tahun, Allahyarham Ahmad Nawab dianugerahkan gelaran Seniman Negara Ketujuh oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada 2006.

Allahyarham mencipta legasi dalam industri rakaman negara itu dengan lebih 2,000 lagu digubah sejak era 1950-an merupakan individu bertanggungjawab melahirkan ramai nama besar dunia seni suara.

Antaranya adalah Allahyarhamah Sharifah Aini, Allahyarham Sudirman, Khadijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Uji Rashid dan Ramlah Ram, menurut Astro AWANI.

Sepanjang kerjayanya, Ahmad Nawab menghasilkan lebih 200 album yang didendangkan artis tempatan dan Indonesia seperti Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.

Allahyarham Ahmad Nawab juga menggubah lagu "Malaysia Truly Asia" dendangan Khadijah, yang dianggap ikon kepada lagu bertemakan pelancongan bagi mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa, dipetik daripada Astro AWANI.

Allahyarham Ahmad Nawab pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun dan memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.

 

[LANGSUNG] Belasungkawa: Mengenang Tan Sri Ahmad Nawab | 24 Nov 2024​

Mengenang penggubah lagu, Tan Sri Ahmad Nawab atau nama penuhnya Ahmad Khan Nawab Khan yang meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawar, Gombak pada 3.15 petang Ahad.

 

Fahmi ucap takziah buat keluarga Ahmad Nawab​

24 November 2024 08:39pm

Hantaran ucapan takziah Fahmi Fadzil buat keluarga Ahmad Nawab di Facebooknya pada Ahad

Hantaran ucapan takziah Fahmi Fadzil buat keluarga Ahmad Nawab di Facebooknya pada Ahad

[DIKEMAS KINI] MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga komposer terkenal Tan Sri Dr Ahmad Nawab yang meninggal dunia petang tadi.

Fahmi dalam hantaran di Faceboook menyifatkan pemergian Seniman Negara itu atau nama sebenarnya Ahmad Khan Nawab Khan sebagai kehilangan sebutir permata yang tidak ternilai harganya.

"Sumbangan Allahyarham dalam bidang berkenaan terlalu besar. Sejak era 1950an, beliau telah menggubah lebih 2,000 lagu, menghasilkan lebih 200 album dan melahirkan ramai nama besar dunia seni suara.

"Allahyarham pernah berkhidmat dengan Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 17 tahun, selain dianugerahkan gelaran Seniman Negara ketujuh pada 2006. Kehilangan ini pastinya sangat dirasai, bukan sahaja oleh penggiat industri, tetapi juga peminat, serta pendengar muzik tempatan amnya,” katanya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat sakit tua kira-kira jam 3.15 petang tadi di kediamannya di Taman Melewar, Gombak dekat sini hari ini.

Berita pemergian Ahmad Nawab disahkan cucunya Teh Suraya Nasir Khan ketika dihubungi Bernama.
Teh Suraya berkata, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak di sini.

Sepanjang kariernya, Ahmad Nawab menghasilkan lebih 200 album yang didendangkan artis tempatan dan Indonesia termasuk Uji Rashid, Datuk Khatijah Ibrahim, Sudirman, Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sastera daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2000.

Allahyarham Ahmad Nawab tokoh legenda industri muzik - Senimam

Dalam pada itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan komposer terkenal Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab sebagai tokoh legenda industri muzik yang berpengalaman luas di peringkat tempatan dan serantau.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, pemergian Allahyarham akibat sakit tua di kediamannya di Gombak, di sini hari ini, amat mendukacitakan dan dirasai seluruh penggiat industri muzik dan filem negara.

"Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Ahmad Nawab yang lahir di Pulau Pinang pada 1932, merupakan seorang komposer yang aktif dalam penggubahan lagu sehingga ke akhir hayatnya. - Bernama

 

Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - Anwar​


24 November 2024 08:14pm

Anwar menerusi hantaran di media sosial rasminya turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Ahmad Nawab.

Anwar menerusi hantaran di media sosial rasminya turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Ahmad Nawab.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Ahmad Nawab atau nama sebenarnya Ahmad Khan Nawab Khan sebagai legenda yang tiada galang ganti dan jasanya akan sentiasa dikenang.

Anwar menerusi hantaran di media sosial rasminya turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

"Saya menerima khabar pemergian Seniman Negara, Tan Sri Datuk Seri Ahmad Khan Nawab Khan, dengan rasa duka cita yang mendalam.

"Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-ALLAH. Al-Fatihah.

"Negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkayakan landskap muzik tanah air, bukan sahaja menjadi warisan seni, tetapi juga menjadi pengikat perpaduan di dalam masyarakat kita," katanya pada Ahad.

Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak pada petang Ahad di usia 92 tahun.

Tambah Anwar, Ahmad Nawab bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, tetapi beliau adalah jiwa seni Malaysia yang telah menyentuh hati jutaan rakyat melalui karya-karya puitis yang penuh keindahan dan makna.

 

Pemergian Ahmad Nawab kehilangan besar industri muzik Malaysia - Hetty Koes Endang​

24 November 2024 07:53pm

Ahmad Nawab yang berusia 92 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar jam 3.15 petang tadi.

Ahmad Nawab yang berusia 92 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar jam 3.15 petang tadi.

PENGHIBUR tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang hanya mampu mengungkap lafaz ‘Allahuakbar’ sebaik dimaklumkan oleh wartawan Astro AWANI mengenai pemergian komposer veteran tanah air, Tan Sri Ahmad Nawab.

Seniwati yang memiliki sejarah panjang persahabatan dengan Allahyarham Ahmad Nawab seakan tidak percaya menerima khabar duka itu.

“Ya ALLAH saya amat terkejut dan sangat berduka dengan pemergian Tan Sri Ahmad Nawab selang seminggu selepas komposer Datuk S Atan kembali ke rahmahtullah.

“Saya sangat-sangat bersedih dengan berita ini,” kata Hetty kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.
Sepanjang kerjaya seninya, Hetty pernah bekerjasama dengan Ahmad Nawab dengan merakamkan beberapa buah lagu ciptaan Allahyarham sekitar tahun 1980-an.

Dari kaca mata Hetty, Ahmad Nawab merupakan seorang seniman hebat yang pernah dilahirkan dalam industri muzik Malaysia.

“Saya amat menghormati Allahyarham Ahmad Nawab sejak dari awal perkenalan sehingga ke detik ini. Pemergian beliau merupakan kehilangan satu aset utama kesenian di Malaysia.

“Saya benar-benar terkejut dan hanya mampu berdoa semoga ALLAH SWT meletakkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang beriman,” ujar Hetty lagi.

Seniwati berusia 67 tahun yang ketika ini berada di ibu negara bagi memenuhi komitmen sebagai pengkritik tetap program Gegar Vaganza terbitan Astro berkata, beliau akan meluangkan masa untuk memberi penghormatan terakhir kepada sahabat seninya itu sebaik episod pertama malam ini berakhir.

Allahyarham Ahmad Nawab yang berusia 92 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar jam 3.15 petang tadi.

Ahmad Nawab merupakan komposer veteran yang telah menghasilkan ribuan lagu popular nyanyian ratusan artis ternama tanah air.

Antara karya seni Allahyarham Ahmad Nawab yang malar segar ialah seperti Tiada Maaf Bagimu nyanyian Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram) dan Ku Sangka Siang Kiranya Malam (Datuk Khatijah Ibrahim). - Awani

 
Anak keempat daripada lima beradik Nasir Khan, 62, menabur bunga di pusara bapanya, komposer terkenal Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab, 92, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, jenazah dikafan dan disolatkan di Surau At-Tarbiah Al Islamiah, Taman Melewar sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan artis hadir memberi penghormatan terakhir termasuklah penyanyi Ramlah Ram, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Dr M. Nasir, Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir serta Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Taman Melewar, Gombak petang semalam (24 Nov).


📸 Hafiz Sohaimi & Azlim Mansor/BERNAMA

#BernamaNews
#BernamaImages

Sumber ➡️ Bernama


6208296500073711098_121.jpg

6208296500073711099_121.jpg

6208296500073711100_121.jpg

6208296500073711101_121.jpg

6208296500073711102_121.jpg

6208296500073711103_121.jpg

6208296500073711104_121.jpg

6208296500073711105_121.jpg

6208296500073711106_121.jpg
 
Back
Top
Log in Register