BTC USD 83,356.5 Gold USD 4,124.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

++ Komen TUN Dr Mahathir mengenai DINAR EMAS ++

scammer

Banned
Messages
897
Joined
Sep 4, 2007
Messages
897
Reaction score
4
Points
15
1. Izinkan saya jelaskan pandangan saya terhadap
kegunaan dinar emas yang saya cadangkan.
2. Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk
dagangan antarabangsa sahaja. Saya tidak pernah
cadang dinar emas diguna sebagai matawang
mana-mana negara untuk kegunaan harian.
3. Walaupun harga emas lebih stabil daripada
matawang, tetapi nilai emas juga bergerak. Semasa
Perjanjian Brettonwoods satu auns emas bernilai
$35 Dolar Amerika. Tetapi sekarang satu auns emas
bernilai $1,300 Dolar Amerika. Ini bermakna nilai
Dolar telah jatuh degan teruk. Namun untuk
dagangan antarabangsa Dolar masih diguna.
4. Jika satu syiling emas diberi nilai 1 Ringgit hari ini
umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat
maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan
gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai satu
Ringgit. Mereka akan guna wang kertas 1 Ringgit.
Syiling emas akan disimpan.
5. Lama kelamaan semua dinar emas yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari
pasaran. Walau banyak mana sekali pun pihak
berkuasa mengeluar dinar emas akhirnya akan habis
emas yang disimpan. Inilah yang berlaku pada
Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80
peratus daripada simpanan (reserve) emas dunia.
6. Mekanisma yang lain akan diguna untuk
dagangan antarabangsa dengan dinar emas.
Simpanan matawang emas tidak perlu dalam
bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong
emas yang nilai-nilai akan mengikut harga emas
dalam pasaran.
7. Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank
pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import
antara dua negara. Jika import melebihi eksport
maka negara berkenaan akan bayar dengan nota
kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak
kelebihan nilai import tolak nilai eksport.
8. Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara
berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk
kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan
lepas.
9. Dengan cara ini tidak ada keperluan membayar
dengan emas walaupun emas menentukan nilai
barangan yang didagangkan. Hanya bayaran dibuat
untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import
secara total dengan negara-negara berkenaan tiap
bulan atau minggu. Jika nilai import adalah sama
dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia
menjadi dagangan secara barter (tukar barang).
10. Dengan menggunakan emas untuk menentukan
nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil
tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh
penyangak matawang juga akan terhenti.
2,167 people like this.

@-Klu dah ada, angkat sepanduk aku pasrah
 
ada logiknye....
unless wang kertas dihapuskan dimuka dunia ni ....
 
zaman dulu pakai siput pun bole jadi duit..nway idea tun mahathir supaya US bayar guna emas beli minyak mmg terbaik..sbb US cume print je duit tu..klo byr pakai emas mmg xde reserve lg emas dah
 
cdgn dinar emas ni tuk import eksport mesia ke serata dunia??
 
Tun M umur dah 80 lebih tapi otak dia duk bergeliga macam muda lagi
 
aku dop paham lalu psl dinar emas ni sejak dr zaman tok kaduk lg...
kenapa emas begitu spesial?kenapa kalau pakai emas penyangak matawang xleh manipulate?

adeh...
 
mmg betul apa Tun cakap.. Matawang bersandarkan emas ... Nilai matawang turun naik berdasarkan simpanan emas ... Kalau takde simpanan emas, jadilah cetakan wang kertas daun pisang masa Jepun dulu...

Anyway, tokey emas sekelian, nak beli emas mana yg paling bagus? Banyak sangat company/bank jual emas skrg ni...
 
Back
Top
Log in Register