Article Discussion : Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping(2015)

CG Sponsors




Sponsored Post

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
KUALA LUMPUR: Langkah pantas kerajaan mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dilihat sebagai tindakan bijak menangani kelembapan ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berpendapat kesan sejauh mana semua pakej itu memberi impak langsung kepada ekonomi hanya dapat dirasakan dalam tempoh tiga bulan.

Menurut Tengku Mohamad Rizam yang berpengalaman luas dalam bidang perbankan, pengenalan pakej rangsangan itu memerlukan pemantauan berterusan bagi memastikan kesan efektif kepada ekonomi dan masyarakat.

Katanya, cabaran lebih besar dijangka dihadapi menjelang penghujung tahun ini memandangkan impak ekonomi akan jelas dirasai pada tempoh tersebut.

“Keadaan ekonomi yang kita hadapi sekarang ini agak terkawal tetapi cabarannya ialah pada akhir tahun ini. Saya rasa kita harus bersedia untuk tangani cabaran lebih besar dan mungkin tahun hadapan juga.


“Kebiasaannya krisis ekonomi seperti ini memerlukan jangka masa lebih kurang enam bulan kerana impaknya tidak dirasai secara terus tetapi selepas enam bulan,” katanya dalam Wacana Diraja: Ekonomi Negara Pasca-Covid-19 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.

Kesan domino akibat penularan Covid-19 telah menekan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi daripada 4.5 peratus kepada -0.1 peratus, April lalu.

Pada masa sama, Tengku Mohamad Rizam berkata, negara bernasib baik bukan sahaja disebabkan tindakan pantas kerajaan tetapi juga mempunyai masyarakat yang mementingkan simpanan terutama melibatkan golongan berusia.

“Jika kita lihat kepada pelancongan domestik yang semakin melonjak selepas pelaksanaan PKP Pemulihan, kebanyakannya adalah daripada duit simpanan masing-masing sekali gus mereka akan mengaktifkan ekonomi negara,” katanya.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
ekonomi gamat ni lebih pada global cycle.. mmg ada setiap 8 tahun.. us nun pon boleh tergolek bila kena

pepandailah gomen tu nak diversify income sblm sampai musim gawat tu
kerajaan perlu sedia..individu perlu sedia gak ape yg patut ikut kemampuan..
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM151 juta bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2020, peningkatan 62 peratus berbanding RM93.2 juta yang diraih dalam tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan disumbangkan oleh pendapatan operasi lebih tinggi, yang meningkat 33.6 peratus kepada RM320.7 juta berbanding RM240 juta pada separuh pertama 2019.


Sementara itu, perbelanjaan operasi keseluruhan pada enam bulan pertama 2020 meningkat sebanyak 3.7 peratus kepada RM127.1 juta berbanding RM122.6 juta pada separuh pertama 2019, terutama disebabkan kos teknologi dan kakitangan lebih tinggi.

Ini juga adalah prestasi kewangan separuh tahun pertama terbaik Bursa Malaysia sejak penyenaraiannya pada 2005, kata pengendali pasaran saham tempatan itu dalam kenyataannya hari ini.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
Hutang, tanggungan liabiliti negara hujung tahun RM1.264 trilion

KUALA LUMPUR: Kedudukan hutang negara dan pendedahan liabiliti kerajaan pada akhir tahun ini dianggarkan berjumlah RM1.264 trilion.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, berkata jumlah itu mengambil kira defisit keseluruhan bagi tahun ini termasuk pembiayaan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan kesan penularan COVID-19.

Beliau berkata, berdasarkan Standard Government Finance Statistics 1986, hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM823.8 bilion iaitu berdasarkan had statutori kedudukan hutang adalah pada kadar 53.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagaimanapun katanya, kerajaan juga menanggung dan terdedah kepada tanggungan komitmen kewangan.

Ia termasuk komitmen jaminan sebanyak RM166.9 bilion bagi melaksanakan projek infrastruktur, hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM32.6 bilion dan anggaran liabiliti kewangan lain sebanyak RM181.4 bilion.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng (PH-Lanang) yang bertanya mengenai jumlah hutang negara dan liabiliti sebenar kerajaan terkinidan jumlah anggaran hasil pendapatan negara pada 2020.

Mengenai anggaran hasil pendapatan negara pada tahun ini, Abd Rahim memaklumkan, ia dijangka mengalami pengurangan berikutan harga terkini minyak mentah dunia (brent) yang masih rendah iaitu AS$41 setong, berbanding AS$61 setong yang dianggarkan pada pembentangan Belanjawan 2020, yang mana kerajaan pada ketika itu mengumumkan unjuran hasil pada tahun ini adalah sebanyak RM244.5 bilion.

"Berikutan kesan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas ekonomi, kerajaan mengambil langkah proaktif melaksanakan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi serta inisiatif percukaian termasuk pengecualian cukai dan penangguhan bayaran cukai perniagaan dalam sektor pelancongan.

"Justeru, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan pada 2020 dijangka mencatat defisit fiskal 5.8 hingga enam peratus berbanding anggaran asal 3.2 peratus daripada KDNK," katanya
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
KUALA LUMPUR: Nilai kerja pembinaan pada suku kedua (S2) 2020 menguncup 44.9 peratus berasas tahun ke tahun, berjumlah RM19.8 bilion berbanding -6.3 peratus dengan jumlah RM35 bilion suku sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, semua aktiviti pembinaan perlahan pada suku kedua 2020 disebabkan penutupan aktiviti pembinaan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, penurunan disumbangkan oleh subsektor kejuruteraan awam yang turun 55.2 peratus, diikuti bangunan kediaman (-38.7 peratus), bangunan bukan kediaman (-36.2 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (-28.7 peratus).

“Subsektor kejuruteraan awam kekal mendominasi sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan 36.4 peratus. Bangunan bukan kediaman menyumbang 29.4 peratus, bangunan kediaman (27.3 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (7 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd. Uzir berkata, sektor swasta terus memacu pertumbuhan aktiviti pembinaan dengan menyumbang 62.2 peratus nilai kerja pembinaan bersamaan RM12.3 bilion, berbanding sektor awam yang menyumbang 37.8 peratus nilai kerja pembinaan sebanyak RM7.5 bilion.

Dalam pada itu, beliau berkata, eksport getah asli pada Jun berjumlah 38,587 tan meningkat sebanyak 14.2 peratus daripada 33,780 tan pada Mei 2020.

Katanya, destinasi utama eksport getah asli ialah China iaitu 68.1 peratus daripada jumlah eksport, diikuti Finland (4.2 peratus), Jerman (3.8 peratus), Amerika Syarikat (2.9 peratus) dan Taiwan (2.7 peratus). – UTUSAN ONLINE
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
BUTTERWORTH: Kerajaan optimis pertumbuhan ekonomi negara mampu pulih secara berperingkat menjelang 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua bakal diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Ogos ini.

“Negara mencatat pertumbuhan 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini, namun kita sedia maklum suku kedua memang mencabar kerana kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu dan aktiviti ekonomi hanya dibuka semula 4 Mei lalu.

“Walau bagaimanapun, kadar pengangguran yang menurun sebanyak 0.4 peratus kepada 4.9 peratus pada Jun lalu berbanding 5.3 peratus pada Mei lalu adalah salah satu petanda awal ekonomi semakin baik.

“Justeru, kita positif pemulihan ekonomi dapat dicapai pada tahun hadapan sekiranya momentum ini dapat dikekalkan pada suku ketiga dan suku keempat, bergantung kepada cara negara menangani Covid-19,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke syarikat semi-konduktor elektrik dan elektronik Vitrox Campus 2.0 di Batu Kawan, Seberang Perai.

Mengulas lanjut, beliau berkata, eksport negara juga merekodkan perkembangan 8.8 peratus pada bulan Jun kepada RM82.9 bilion.

“Lebihan dagangan sebanyak RM20.9 bilion ini adalah nilai tertinggi yang pernah direkodkan setakat ini.

“Indeks Pengeluaran Perindustrian juga meningkat 18.2 peratus pada bulan Mei manakala sektor pembuatan dan elektrik masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 25.9 dan 13.7 peratus,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengumpul maklum balas dan cadangan daripada pelbagai industri sempena Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini.

“Dari situ, kita akan mengkaji setiap cadangan yang diberikan kepada pihak kementerian.

“Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menggubal sebuah belanjawan yang akan mengutamakan kesejahteraan pelbagai pihak daripada rakyat sehinggalah sektor perniagaan, perkhidmatan, pembuatan dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
PUTRAJAYA: Industri pelancongan bakal lumpuh jika rakyat tidak mengutamakan destinasi-destinasi tempatan untuk bercuti.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Khairol Nizam Saad.

Ketika ini, katanya, sektor itu sedang terjejas teruk dan dijangka akan bertambah parah jika tiada sebarang tindakan diambil.

Jelasnya, norma baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini menyaksikan sempadan negara tidak lagi akan dibuka dalam jangka masa yang panjang.

“Bahkan, ada sesetengah negara yang terus menutup pintu sempadan dan kita juga tidak akan melancong ke sana seperti Amerika Syarikat (AS), India, Mexico berikutan penularan wabak Covid-19 di sana.

“Segala urusan perniagaan berkaitan pelancongan kini sedang merudum secara mendadak, acara-acara mega tidak lagi akan menjadi tumpuan orang ramai, sektor makanan dan minuman juga akan menerima kesan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Norma Baharu dalam Industri Pelancongan: Aliran dan Peluang pada Persidangan Kerja Masa Hadapan untuk Sektor Pelancongan’ di sini semalam.

Antara aliran baharu pasca PKP juga bakal menyaksikan orang ramai lebih mengambil berat perihal keselamatan, kesihatan, kebersihan bahkan jenama serta berbelanja untuk sesuatu yang berbaloi dengan nilai yang ditawarkan.

Tambah Khairol Nizam, bagi memastikan sektor pelancongan negara terus bertahan, beberapa langkah drastik perlu dilaksanakan dengan kadar segera.

“Antaranya, mempertingkatkan aktiviti pelancongan domestik, pembangunan platform dan rangka kerja data yang menyeluruh untuk koleksi data pelancongan serta pembinaan semula sektor itu menerusi amalan pelancongan yang lebih mampan,” ujarnya.

Seterusnya, kata beliau, mempertingkatkan kerjasama pintar antara masyarakat awam dan swasta, transformasi digital serta pembinaan platform perhubungan yang lebih selamat serta bebas sentuh ketika melancong.

Beliau memberitahu, langkah terakhir adalah mempertingkatkan serta memanfaatkan kemahiran tenaga kerja tempatan agar negara dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

“Sehingga kini, dicatatkan negara kehilangan pendapatan sekitar RM45 bilion (Januari hingga Jun lalu) di sektor pelancongan akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

“Terdapat beberapa perkara positif akibat penularan wabak tersebut dalam sektor pelancongan antaranya alam sekitar menjadi lebih baik, lapangan terbang juga kurang sesak, hotel-hotel mewah juga mula menurunkan kadar harga mereka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan sektor ekonomi terpaksa ditutup disebabkan penularan Covid-19 menjadi faktor utama penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam suku kedua (S2) tahun ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus akan membentangkan laporan KDNK S2 Jumaat ini.

Beberapa penganalisis ekonomi berpandangan KDNK negara akan menguncup sebanyak 6.7 hingga 12 peratus dalam suku kedua.

Dalam masa yang sama, pembukaan semula ekonomi telah memperlihatkan ekonomi kembali aktif dengan hampir 75 peratus tenaga kerja telah kembali bekerja.

Namun begitu, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpandangan lengkungan U lebih sesuai berbanding lengkungan V untuk memberi gambaran mengenai ekonomi negara sehingga suku keempat 2020 memandangkan masih terdapat ancaman gelombang kedua dan ketiga Covid-19.

Katanya, KDNK suku kedua 2020 dijangka berada pada tahap -8 hingga -12 peratus disebabkan PKP dengan kesan penuh dirasai pada April, Mei dan sedikit positif pada Jun apabila PKP mula dilonggarkan untuk membenarkan sedikit kegiatan ekonomi.

Menurut Aimi Zulhazmi, sektor teknologi maklumat (IT) terutama e-dagang dan logistik menjadi teraju utama kepada KDNK suku kedua di samping sektor pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE), sarung tangan dan barangan keselamatan yang berkembang pesat.

“Sekiranya negara berjaya membendung pandemik Covid-19 ini secara keseluruhannya tahun ini, maka harapan cerah untuk menyaksikan ekonomi mencatatkan KDNK di antara lima hingga tujuh peratus tahun hadapan.

“Ia juga bergantung kepada ekonomi dunia untuk pulih kerana apabila pasaran luar kembali dibuka, ekonomi Malaysia berorientasikan perdagangan luar negara.

“Pemulihan harga minyak mentah dan kenaikan semula harga komoditi utama seperti kelapa sawit juga menjadi faktor penting untuk ekonomi negara kembali positif,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Ahli Ekonomi Jabatan Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd., Mazlina Abdul Rahman pula mengunjurkan penurunan KDNK sebanyak -7.2 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, penguncupan KDNK tidak dapat dielakkan terutama disebabkan PKP di mana sebahagian besar aktiviti ekonomi telah ditangguhkan dan dalam masa yang sama kebanyakan negara seluruh dunia turut mengenakan sekatan pergerakan sekali gus memberi impak besar kepada aktiviti ekonomi.

Mazlina berkata, pertumbuhan negatif dijangkakan di semua sektor utama termasuk perkhidmatan dengan sebahagiannya disebabkan oleh penutupan sempadan antarabangsa dan sentimen pelancongan yang lemah.

“Semua komponen KDNK dijangka menguncup kecuali penggunaan awam berikutan beberapa pakej rangsangan ekonomi yang telah diperkenalkan dengan daripada jumlah bernilai RM295 bilion, RM45 bilion daripadanya merupakan suntikan fiskal.

“Penggunaan swasta yang merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK turut menguncup berikutan PKP yang menyebabkan pengguna tidak keluar rumah dan mengurangkan perbelanjaan keseluruhan mereka. Di samping itu, kadar pengangguran yang tinggi sehingga mengakibatkan kehilangan pendapatan turut menyumbang kepada penguncupan tersebut,” katanya.

Menurut Mazlina, jangkaan kemelesetan ekonomi turut disokong oleh data makroekonomi yang mempunyai kekerapan lebih tinggi seperti kadar eksport, indeks pengeluaran industri (IPI) dan penjualan runcit.

“Eksport, IPI dan penjualan runcit mencatatkan penguncupan pada suku kedua 2020 berbanding tahun sebelum ini masing-masing pada kadar -14.3, -18 dan -18.9 peratus.

“Walaupun begitu, kami mengunjurkan ekonomi negara akan mula pulih secara beransur-ansur menjelang suku ketiga sejajar dengan pelonggaran sekatan bukan hanya di Malaysia tetapi seluruh dunia.

“Sebilangan besar perniagaan telah beroperasi semula tetapi mungkin belum beroperasi dengan kapasiti penuh. walau bagaimanapun, penutupan sempadan antarabangsa di samping gelombang baharu Covid-19 dilihat akan mengehadkan pemulihan tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post
Top
Log in Register