Article Discussion : Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping(2015)

CG Sponsors




silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,513
Reaction score
1,058
Points
111
PUTRAJAYA: Industri pelancongan bakal lumpuh jika rakyat tidak mengutamakan destinasi-destinasi tempatan untuk bercuti.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Khairol Nizam Saad.

Ketika ini, katanya, sektor itu sedang terjejas teruk dan dijangka akan bertambah parah jika tiada sebarang tindakan diambil.

Jelasnya, norma baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini menyaksikan sempadan negara tidak lagi akan dibuka dalam jangka masa yang panjang.

“Bahkan, ada sesetengah negara yang terus menutup pintu sempadan dan kita juga tidak akan melancong ke sana seperti Amerika Syarikat (AS), India, Mexico berikutan penularan wabak Covid-19 di sana.

“Segala urusan perniagaan berkaitan pelancongan kini sedang merudum secara mendadak, acara-acara mega tidak lagi akan menjadi tumpuan orang ramai, sektor makanan dan minuman juga akan menerima kesan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Norma Baharu dalam Industri Pelancongan: Aliran dan Peluang pada Persidangan Kerja Masa Hadapan untuk Sektor Pelancongan’ di sini semalam.

Antara aliran baharu pasca PKP juga bakal menyaksikan orang ramai lebih mengambil berat perihal keselamatan, kesihatan, kebersihan bahkan jenama serta berbelanja untuk sesuatu yang berbaloi dengan nilai yang ditawarkan.

Tambah Khairol Nizam, bagi memastikan sektor pelancongan negara terus bertahan, beberapa langkah drastik perlu dilaksanakan dengan kadar segera.

“Antaranya, mempertingkatkan aktiviti pelancongan domestik, pembangunan platform dan rangka kerja data yang menyeluruh untuk koleksi data pelancongan serta pembinaan semula sektor itu menerusi amalan pelancongan yang lebih mampan,” ujarnya.

Seterusnya, kata beliau, mempertingkatkan kerjasama pintar antara masyarakat awam dan swasta, transformasi digital serta pembinaan platform perhubungan yang lebih selamat serta bebas sentuh ketika melancong.

Beliau memberitahu, langkah terakhir adalah mempertingkatkan serta memanfaatkan kemahiran tenaga kerja tempatan agar negara dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

“Sehingga kini, dicatatkan negara kehilangan pendapatan sekitar RM45 bilion (Januari hingga Jun lalu) di sektor pelancongan akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

“Terdapat beberapa perkara positif akibat penularan wabak tersebut dalam sektor pelancongan antaranya alam sekitar menjadi lebih baik, lapangan terbang juga kurang sesak, hotel-hotel mewah juga mula menurunkan kadar harga mereka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
Kalau nak orang bercuti dalam Malaysia, tolong kuatkuasakan undang-undang cuti dalam Malaysia. Dalam sebulan, kerja 3 minggu, cuti wajib seminggu.

Barula kami pegi Pork Dickson.:)
 
Sponsored Post

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
KUALA LUMPUR: Tujuh tahun bukanlah waktu yang pendek. Sejak menyarung jubah konvokesyen pada 2013, Noor Shazleen Che Ismail, 31, sudah mempersiapkan diri untuk mengharungi dugaan sebagai guru.

Namun, tahun berganti tahun, sinar menjadi guru semakin kelam sehinggalah pada tahun lalu apabila keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pelajaran DG41 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menyenaraikannya sebagai calon simpanan.

Walaupun kaki belum menjejak tanah sekolah dan kontrak perkhidmatan belum ditanda tangan, persediaan untuk menjadi guru tetap dilakukan kerana bila-bila masa sahaja dalam tempoh sejak 26 Disember lalu, dia sepatutnya akan dipanggil.

Namun kini, sudah lapan bulan berlalu dan masih belum ada ura-ura dia akan dipanggil.

“Untuk sementara waktu ini saya dan calon simpanan yang lain hanya bekerja sementara untuk membolehkan kami menyelesaikan bayaran bulanan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Saya berharap kami dapat dilantik dalam waktu terdekat ini, lebih-lebih lagi calon seperti saya yang sudah tiga kali ditemuduga,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan isu beban guru yang kian bertambah serta kekosongan guru yang masih tidak diisi di sekolah-sekolah.

Perkara tersebut didedahkan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguran Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock yang mendakwa kekosongan guru akibat persaraan di sekolah-sekolah masih belum diisi walaupun Waran Perjawatan telah dikeluarkan.

Perkembangan itu juga menggusarkan hati pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Multimedia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Fasihah Fadzil, 31.

Dia yang sudah lima tahun menjadi guru ganti sangat berharap dapat dilantik sebagai guru tetap sebelum tempoh sah lakunya tamat.

“Apabila kami diletakkan sebagai calon simpanan, rasa lega walaupun bukan terus dilantik sebagai guru kerana bagi kami, dah separuh kaki dalam profesion perguruan.

“Namun, apabila masa terus berlalu dan masih tiada pengumuman, tak dinafikan kami risau jika tidak dilantik. Kami sangat berharap dapat dilantik dalam tahun ini juga,” katanya.

Nur Shahadah Ibrahim, 35, pula sudah tiga tahun menanti penempatan sebagai guru selepas bergraduasi pada tahun 2017, dan dalam tempoh tersebut ibu tunggal kepada dua anak itu sudah mencuba pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupan.

“Sebelum ini pernah jadi guru ganti dan staf sumber manusia di sebuah syarikat, tapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang dah tak bekerja. Keadaan sekarang memang susah nak dapatkan kerja, tambahan lagi saya pemegang ijazah pendidikan, banyak syarikat yang tolak permohonan saya.

“Sekarang saya buat saja apa-apa kerja yang boleh beri pendapatan. Sebab itu saya sangat harapkan panggilan sebagai guru,” katanya. – UTUSAN
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
KUALA LUMPUR: Tujuh tahun bukanlah waktu yang pendek. Sejak menyarung jubah konvokesyen pada 2013, Noor Shazleen Che Ismail, 31, sudah mempersiapkan diri untuk mengharungi dugaan sebagai guru.

Namun, tahun berganti tahun, sinar menjadi guru semakin kelam sehinggalah pada tahun lalu apabila keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pelajaran DG41 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menyenaraikannya sebagai calon simpanan.

Walaupun kaki belum menjejak tanah sekolah dan kontrak perkhidmatan belum ditanda tangan, persediaan untuk menjadi guru tetap dilakukan kerana bila-bila masa sahaja dalam tempoh sejak 26 Disember lalu, dia sepatutnya akan dipanggil.

Namun kini, sudah lapan bulan berlalu dan masih belum ada ura-ura dia akan dipanggil.

“Untuk sementara waktu ini saya dan calon simpanan yang lain hanya bekerja sementara untuk membolehkan kami menyelesaikan bayaran bulanan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Saya berharap kami dapat dilantik dalam waktu terdekat ini, lebih-lebih lagi calon seperti saya yang sudah tiga kali ditemuduga,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan isu beban guru yang kian bertambah serta kekosongan guru yang masih tidak diisi di sekolah-sekolah.

Perkara tersebut didedahkan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguran Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock yang mendakwa kekosongan guru akibat persaraan di sekolah-sekolah masih belum diisi walaupun Waran Perjawatan telah dikeluarkan.

Perkembangan itu juga menggusarkan hati pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Multimedia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Fasihah Fadzil, 31.

Dia yang sudah lima tahun menjadi guru ganti sangat berharap dapat dilantik sebagai guru tetap sebelum tempoh sah lakunya tamat.

“Apabila kami diletakkan sebagai calon simpanan, rasa lega walaupun bukan terus dilantik sebagai guru kerana bagi kami, dah separuh kaki dalam profesion perguruan.

“Namun, apabila masa terus berlalu dan masih tiada pengumuman, tak dinafikan kami risau jika tidak dilantik. Kami sangat berharap dapat dilantik dalam tahun ini juga,” katanya.

Nur Shahadah Ibrahim, 35, pula sudah tiga tahun menanti penempatan sebagai guru selepas bergraduasi pada tahun 2017, dan dalam tempoh tersebut ibu tunggal kepada dua anak itu sudah mencuba pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupan.

“Sebelum ini pernah jadi guru ganti dan staf sumber manusia di sebuah syarikat, tapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang dah tak bekerja. Keadaan sekarang memang susah nak dapatkan kerja, tambahan lagi saya pemegang ijazah pendidikan, banyak syarikat yang tolak permohonan saya.

“Sekarang saya buat saja apa-apa kerja yang boleh beri pendapatan. Sebab itu saya sangat harapkan panggilan sebagai guru,” katanya. – UTUSAN
graduan pendidikan pun rupanya dah brtahun x diserap..ingatkan graduan2 bdg lain je masalah..

zaman ijazah/diploma berharga mgkin dah semakin berlalu..
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
EKONOMI Malaysia menguncup 17.1 peratus bagi suku kedua tahun ini, kejatuhan sukuan yang terbesar sejak krisis ekonomi Asia 22 tahun lalu.

Penguncupan bagi tempoh antara April sehingga Jun itu memang dijangka. Pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan larangan pergerakan selama tujuh minggu melumpuhkan ekonomi negara. Aktiviti ekonomi di semua peringkat hampir terhenti sama sekali.

Kelonggaran pada akhir Mei membantu merancakkan kegiatan ekonomi tetapi shutdown ekonomi bermula 18 Mac menjadi penyebab kepada penguncupan ekonomi.

Kejatuhan terbesar yang diukur berdasarkan keluaran dalam negara kasar sebelum ini berlaku pada suku keempat 1998 dengan ekonomi merudum 11.2 peratus.

Berdasarkan pengiraan suku ke suku (pertama sehingga kedua), ekonomi negara menguncup 16.5 peratus.

Tetapi penguncupan ekonomi 17.1 peratus yang diumumkan semalam lebih buruk daripada kebanyakan jangkaan awal termasuk oleh bank pusat itu.

Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata: “Kejatuhan itu menunjukkan kesan yang belum pernah terjadi daripada langkah pembendungan tegas bagi mengawal penularan Covid 19 di peringkat global dan tempatan.”

Ketua di bank pusat itu menjangka ekonomi negara akan berada dalam lingkungan negatif antara -3.5% hingga -5.5% dengan pemulihan pada separuh kedua tahun ini dan kembali positif tahun depan.

Beberapa unjuran pemulihan diberikan termasuk pengurangan tahap pengangguran yang mengurang kepada 4.9% pada Jun berbanding rekod tertinggi 5.3% pada Mei 2020, peningkatan perbelanjaan pengguna berdasarkan peningkatan penggunaan kad kredit serta keupayaan sistem kewangan menangani peningkatan hutang tidak berbayar.

Pada kebanyakan masa, angka yang dipersembahkan menunjukkan peningkatan. Masalahnya di negara ini, angka yang dilaporkan tidak selalu merangkumi semua angka.

Pengangguran akan menjadi isu kritikal. Walaupun pengangguran dijangka menurun dengan peningkatan aktiviti ekonomi, angka sebenar masih membebankan terutama perangkaan semasa tidak mengambil kira graduan yang akan memasuki alam pekerjaan serta mereka yang sebelum ini tidak bekerja tetapi berminat kembali.

Perbelanjaan konsumer tidak akan kembali kepada norma sebelum Covid-19 kerana ramai pekerja telah merasai pemotongan gaji antara 10 peratus sehingga 30 peratus. Justeru wang tersedia bagi berbelanja akan berkurangan. Hutang lapuk juga akan terkena berikutan sehingga akhir suku kedua, hutang tak berbayar berjumlah hampir RM26 bilion.

Semua ini adalah cabaran dan tidak mungkin dalam setahun akan datang keadaan akan kembali pulih. Kadangkala nombor tidak menyatakan realiti sebenar.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
4 Ramalan Industri Hartanah Selepas Moratorium Berakhir Pada September 2020 Nanti


Seperti yang kita semua ketahui, pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal Mac 2020 yang lalu telah memburukkan lagi keadaan pasaran hartanah semasa. Sebelum itu, industri hartanah kelihatan baru saja nak pulih selepas Kempen Pemilikan Hartanah (HOC) yang telah berjaya menjual lebih daripada 28,000 unit kediaman.

Dek kerana kurangnya suntikan stimulus dan pakej ransangan dari Kerajaan terhadap industri hartanah seperti tahun-tahun sebelumnya, menyebabkan pasaran hartanah pada suku pertama 2020 dilihat lembap dan meresahkan ramai pemaju hartanah.

Hari ini, kita lihat pemaju hartanah telah mula memberikan pelbagai tawaran istimewa seperti cashback dan diskaun sehingga 30% termasuk bayaran ansuran installment sehingga 13 bulan ditambah lagi dengan percuma set perabot dan televisyen kepada pembeli unit kediaman mereka.

Hakikatnya, bila dilihat semula harganya dengan lebih terperinci tidaklah turun seperti yang dijangkakan.
“Tahukah anda, berdasarkan data dari NAPIC untuk suku ketiga 2019, penawaran unit kediaman pada tahun 2019 adalah pada angka 442,468 unit yaqni jumlah terendah pernah dicatatkan untuk tahun kebelakang.”
Ini menunjukkan tanpa wabak pandemik COVID-19 pun industri hartanah di Malaysia sebenarnya sedang berada dalam fasa yang tenat!

Untuk mengatakan harga rumah telah turun ekoran pandemik COVID-19 juga adalah kurang tepat. Hal ini kerana, tidak wujud penurunan yang mendadak di seluruh negara daripada kedua-dua hartanah jenis kediaman dan komersial.

Ya, memang benar ada unit kediaman yang dijual lebih murah berbanding harga median pasaran semasa lebih-lebih lagi di pasaran subsale, tetapi kes-kes minoriti dan terpencil ini tidak boleh dilihat sebagai fenomena harga rumah telah turun secara kolektif.

Sungguhpun wujud persepsi orang ramai mengatakan harga rumah akan turun selepas tempoh moratorium berakhir menjelang Oktober 2020 juga tidak mampu memecahkan harga rumah yang kita semua tahu sangat tidak mampu milik.

Untuk itu, artikel kali ini akan menerangkan tentang ramalan hartanah selepas moratorium berakhir September 2020 nanti.

4-Ramalan-Industri-Hartanah-Selepas-Moratorium-Berakhir-Pada-September-2020-Nanti2-700x466.jpg


1. Lambakan Kes Non-Performing Loan (NPL)

Selepas tempoh moratorium berakhir kelak, pemilik unit kediaman mempunyai baki 3 bulan lagi yang diberikan pihak bank sebelum pinjaman hartanah menjadi Non-Performing Loan.

Dan punca terbesar wujudnya Non-Performing Loan adalah kerana isi rumah tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk membuat pembayaran balik ansuran pinjaman hartanah.

Dengan kadar pengangguran yang mencatatkan angka 3.9% pada suku pertama 2020, angkanya dilihat akan terus meningkat.

Buat pengetahuan anda, kadar pengangguran di Malaysia untuk suku pertama mencatatkan angka tertinggi sejak 10 tahun dengan jumlah 615,000 orang pada Mac 2020!

2. Lambakan Kes Lelong

Selepas tempoh 3 bulan berturut-turut pemilik rumah gagal membuat bayaran balik ansuran pinjaman hartanah, Bank Negara Malaysia akan mengira pinjaman tersebut sebagai Non-Performing Loan.

5 bulan selepas tempoh moratorium berakhir, bank akan mula mengeluarkan borang Mungkir Gadaian kepada pemilik hartanah yang gagal membuat ansuran pinjaman hartanah.

Dalam tempoh itu juga, bank akan melantik penilai hartanah untuk mendapatkan nilai hartanah tersebut untuk dilelong.

Dan akhirnya, selepas tujuh ke lapan bulan, rumah tersebut akan diisytihar lelong dan akan diiklankan di portal-portal bank tersebut.

Keesokannya, rumah tersebut akan mula diiklankan di media sosial dan portal online milik ejen lelong yang dilantik oleh pihak bank.

3. Bank Sukar Berikan Pinjaman Hartanah

Sungguhpun salah satu pendekatan yang diambil bank apabila berlakunya kemelesetan ekonomi adalah dengan merendahkan kadar faedah, purata peminjam yang berjaya mendapatkan pinjaman hartanah juga kurang kerana ramai rakyat Malaysia yang hilang punca pendapatan atau menerima pendapatan yang tidak tetap.

Hatta tanpa wabak pandemik COVID-19 pun 50 permohonan pinjaman hartanah dari 100 permohonan gagal kerana pelbagai isu asas.

Alternatif yang diambil kebanyakan penganggur dengan mengambil peluang dari e-hailing juga tidak membantu mereka untuk membuat permohonan pinjaman hartanah.

Hal ini kerana, kebanyakan syarikat e-hailing tidak membuat caruman KWSP apalagi memberi surat tawaran pekerjaan secara kontrak kepada mereka.

Orang awam dilihat akan mengusahakan apa-apa saja pekerjaan yang halal asalkan dapat membantu kelangsungan kehidupan mereka.

4. Harga Rumah Turun 10%-15%

Langkah terakhir kebanyakan pemilik hartanah apabila tidak lagi mempunyai pekerjaan untuk jangka masa yang panjang adalah dengan menjual aset mereka.

Kebanyakan perniagaan dan organisasi juga akan mencairkan aset mereka samada untuk menyelamatkan perniagaan atau kerana kesukaran mendapatkan penyewa bagi unit komersial.

Ramalan penulis adalah harga rumah akan turun sekurang-kurangnya 10%-15% daripada harga median semasa.

Ini selari dengan indeks harga rumah Malaysia yang menyaksikan penurunan harga rumah pada tahun 1998 dengan kadar -9.5%.

Setakat hari artikel ini ditulis, terdapat ramai pemilik unit kediaman yang mengiklankan rumah mereka secara online tetapi masih menjualnya pada harga median semasa.

Keadaan semasa pasaran hartanah yang lembap ini tidak terbatas di Malaysia dan rantau Asia sahaja bahkan berlaku di seluruh dunia dan negara-negara yang mengalami kadar jangkitan kes yang tinggi jauh lebih terkesan.

Akan tetapi, polemik ini sebenarnya mampu ditangani dengan stimulus ransangan dari pihak Kerajaan agar orang awam mampu berbelanja untuk menggalakkan kitaran wang yang positif.

Sekiranya anda masih memiliki pekerjaan pada hari ini, bersyukurlah kerana di luar sana terdapat lambakan penganggur yang hilang punca pendapatan dan bakal terkesan dari kemelesetan ekonomi dan wabak pandemik COVID-19 yang berlaku serentak ini.

Akhir kata, simpanlah duit dan berbelanja dengan berhemah!
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pedagang dan Peniaga Kebangsaan Malaysia (Perdana) menggesa kerajaan melanjutkan moratorium secara automatik kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40 sehingga 31 Disember ini.

Presiden Perdana, Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir berkata, bank-bank tidak akan rugi jika melanjutkan moratorium automatik kepada kumpulan berkenaan kerana golongan berpendapatan tinggi akan terus membayar ansuran pinjaman mereka, malah syarikat-syarikat besar juga telah mula beroperasi beberapa bulan lalu dan membuat bayaran ansuran tanpa sebarang tunggakan.

Beliau berkata, pihaknya tidak melihat proses memohon lanjutan moratorium bersasar yang ditawarkan oleh institusi perbankan, mudah bagi golongan B40 dan M40.

“Pelbagai jenis borang yang perlu diisi dan ditambah dengan dokumen sokongan yang perlu disediakan. Berapa ramai yang menyimpan penyata bank mereka terutama golongan B40 kerana perbelanjaan bulanan mereka hanya cukup-cukup makan.

“Oleh itu, saya memohon kerajaan dapat mempertimbangkan supaya ansuran pinjaman kereta di bawah RM1,000, pinjaman perumahan di bawah RM2,000 dan pinjaman peribadi di bawah RM2,000 sebulan diberikan lanjutan moratorium secara automatik sehingga 31 Disember 2020,” katanya dalam kenyataan semalam.

Erwan berkata, golongan B40 dan M40 tidak harus dibebankan dengan proses yang sukar oleh pihak bank, sekiranya mereka tidak memohon, bukan kerana tidak perlu tetapi kerana proses yang menyusahkan.

“Ramai yang berasa sukar untuk berurusan dengan pihak bank. Kita perlu melihat secara rasional tentang pemasalahan ini. Bahkan ramai yang pendapatan mereka berkurangan ditambah pula kos barangan keperluan meningkat dan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terjejas.

“Apa salahnya jika golongan B40 and M40 diberikan sedikit lagi ruang sehingga hujung tahun melalui moratorium automatik pinjaman mereka,” katanya.

Sementara itu, pakar ekonomi, Prof Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkata, bank-bank boleh menyediakan satu polisi lain yang menetapkan para pelanggan hanya membayar kadar faedah untuk tempoh enam bulan lagi.

“Bagi membantu kedua-dua belah pihak, mungkin pihak yang terlibat boleh mewujudkan inisiatif baharu iaitu mengenakan bayaran kadar faedah sahaja untuk tempoh enam bulan lagi.

“Sekurang-kurangnya golongan yang terjejas tidak perlu berhadapan dengan bebanan penambahan caj faedah selepas enam bulan atau tempoh yang ditentukan,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,675
Reaction score
839
Points
171
KUALA LUMPUR: Eksport negara untuk Ogos menunjukkan penurunan selepas susut 2.9 peratus berbanding bulan sama tahun lalu kepada RM79.2 bilion.

Dalam Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Ogos 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan, eksport negara untuk tempoh lapan bulan tahun ini pula turut turun 5.8 peratus kepada RM620.64 bilion berbanding lapan bulan pertama 2019.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah dagangan keseluruhan Malaysia untuk Ogos jatuh 4.6 peratus kepada RM145.1 bilion dengan import turut turun 6.5 peratus bernilai RM65.9 bilion.

Walau bagaimanapun, katanya, keputusan itu menyaksikan lebihan dagangan berkembang 19.7 peratus pada kadar RM13.2 bilion berbanding Ogos 2019.

Lebihan dagangan itu, menurut Mohd. Uzir adalah untuk tiga bulan berturut-berturut setelah merekodkan defisit pada April lalu.

“Penurunan eksport didorong oleh eksport domestik yang menguncup 5.2 peratus kepada RM64.6 bilion.

“Walau bagaimanapun, eksport semula yang bernilai RM14.6 bilion mencatatkan peningkatan 8.5 peratus tahun ke tahun dan menyumbang 18.4 peratus kepada jumlah eksport,” katanya dalam kenyataan semalam.

Penurunan eksport yang direkodkan dalam Ogos itu disebabkan penurunan eksport ke Bangladesh sebanyak RM1.5 bilion; Thailand (RM978 juta); India (RM726.7 juta), Jepun (RM693.9 juta) dan Indonesia (RM541.8 juta).

Namun begitu, eksport ke China dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing meningkat sebanyak RM2.4 bilion dan RM1.1 bilion.

Dalam masa yang sama, import lebih rendah terutamanya dari China bernilai RM1.3 bilion, Korea Selatan (RM998.7 juta), Kesatuan Eropah (RM878.2 juta), Thailand (RM787.6 juta) dan Singapura (RM780.2 juta).

Import lebih tinggi pula dicatatkan dari Taiwan pada kadar RM571.8 juta dan Switzerland (RM398.4 juta).

Produk utama yang menyumbang kepada penurunan eksport adalah gas asli cecair bernilai RM1.5 bilion, barangan perkilangan logam (RM1.2 bilion), kimia dan bahan kimia (RM1.1 bilion) dan keluaran petroleum (RM862.4 juta).

Eksport barangan elektrik dan elektrik serta keluaran getah masing-masing meningkat sebanyak RM2.3 bilion dan RM1.5 bilion.

Sementara itu, penurunan import dicatat bagi kimia dan bahan kimia (RM1.6 bilion), kelengkapan pengangkutan (RM1.5 bilion), keluaran petroleum (RM1.3 bilion) dan barangan besi serta keluli (RM1.2 bilion).

Penurunan import mengikut penggunaan akhir disebabkan barangan perantaraan dan barangan modal dengan import barangan perantaraan turun 5.6 peratus atau RM2.2 bilion kepada RM36.9 bilion.

Barangan modal turut merosot 15.5 peratus atau RM1.3 bilion kepada RM6.8 bilion. Walau bagaimanapun, import barangan penggunaan mencatatkan kenaikan 2.9 peratus kepada RM6.4 bilion. – UTUSAN
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,627
Reaction score
566
Points
81
rugi la siapa yg beli semasa musim covid 19 kan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register