BTC USD 83,958.0 Gold USD 4,141.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fakta Mengenai Tun Dr. Mahathir

Mata38

Fun Poster
Messages
944
Joined
Jan 30, 2013
Messages
944
Reaction score
4
Points
15
Fakta Istimewa Mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad

Fakta 1 : Hari lahir sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah pada 10 Julai (1925) dan lazimnya disambut oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat,bukan 20 Disember.Namun 20 Disember sudah dianggap sebagai hari lahir rasmi beliau yang lazimnya diraikan pada majlis-majlis rasmi.

Fakta 2 : Dr. Mahathir tidak suka orang memberi hadiah pada hari lahirnya kerana bimbang orang akan mengambil kesempatan dengan hadiah yang bukan-bukan kerana niat yang tertentu.

Fakta 3 : agak sensitif tetapi kreatif.Mungkin disebabkan faktor ini juga,Dr. Mahathir mudah mengalirkan air mata apabila hatinya tersentuh melihat sesuatu kejadian sama ada kepada bangsanya atau dirinya sendiri.

Fakta 4 : Orang yang lahir berbintang Cancer lebih bersifat kemanusiaan.Lady Diana yang terkenal dengan kerja- kerja kebajikan,juga berbintang Cancer.Lazimnya mereka yang berbintang Cancer juga gemar kepada makanan.Tetapi Dr. Mahathir dapat mengawal selera makannya iaitu berhenti sebelum kenyang meskipun tidak pantang kepada sebarang makanan termasuk nasi lemak yang menjadi kegemarannya.

Fakta 5 : Beliau biasanya membeli buku apabila berkunjung ke sebuah kedai buku di KLCC pada hujung minggu dan di situlah Dr. Mahathir akan mengambil masa yang agak lama untuk memilih buku kegemarannya.Begitu juga apabila berada di luar negara.

Fakta 6 : Dr. Mahathir boleh melelapkan mata di mana saja sama ada dalam kapal terbang atau di pejabat.Di pejabat,beliau boleh tidur selama 30 minit di antara kerja,bukan dengan berbaring tetapi duduk di kerusinya.Beliau melelapkan mata buat seketika selepas makan tengahari atau selepas sembahyang Zohor dan kemudian meneruskan kerja selepas itu.

Fakta 7 : Pernahkah anda mendengar seorang pemimpin negara makan mi segera?Dr. Mahathir boleh makan apa saja tetapi beliau tidak makan banyak.Beliau makan mi segera sekurang-kurangnya seminggu sekali,itu pun sebungkus tidak habis.

Fakta 8 : Dr. Mahathir tidak makan ikan segar

Fakta 9 : Sarapan pagi Dr. Mahathir cukup ringkas iaitu sekeping roti bakar,sehiris buah dan segelas kopi.Kemudian beliau akan minum kopi semula pada jam 10 pagi di pejabat.Waktu malam pula,terutama apabila berada di luar Kuala Lumpur,beliau lebih gemar minum coklat.

Fakta 10 : Tidak seperti kebanyakan ahli politik,Dr. Mahathir tidak berjaga malam.Pada jam 11.30 malam atau selepas tengah malam,beliau akan masuk ke bilik tidur.Jika tiada urusan di luar,beliau akan menelaah di bilik bacaan bersebelahan bilik tidurnya dan beliau akan bangun awal pagi untuk beribadah dan menulis.


IKLAN:


480017_10201096727726855_454128966_n.jpg
 
banyak data peribadi tun mahathir ni
dari sumber mana ni ... buku ka atau apa ka...
 
aku ada lagi .. dulu hotel tempat aku kerja dia slalu datang .. banyak banyak benda pihak hotel bagi .. kalau jenis buah.. dia suke buah ciku
 
moga dia panjang umur bak kata al marhum ustaz fadzil noor
 
yg pasal suka beli buku tu mmg btul..
bodyguard dia citer kat aku..sebab tu
masa che det jadi PM bodyguard dia
akan riki jalan yg dorg nak lalu..
dorg akan pastikan xde kedai buku
sepanjang pjalanan..tkut che det nak singgah.
kalo singgah mmg mkn masa lama
 
pemimpin yang banyak berjasa pada negara...
 
Back
Top
Log in Register