BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Koleksi video jenayah ragut



Ujian utk saya harini, berlaku kes kecurian di tempat kerja saya, saya baru balik solat maghrib, letak beg sekejap kat belakang sebab nak betulkan gelang. Bila tengok cctv balik, lelaki ni rupanya dah round 2 kali utk tengok line clear ke tak. Alhamdulillah Allah tu ada, Allah tolong saya, hp saya terjatuh masa pencuri tu kelam kabut nak lari. Saya cuba kejar dia, tapi hilang tak nampak bayang. Saya patah balik ke kedai dalam keadaan menggigil, dan saya nampak hp saya yg jatuh kat tepi kedai. Jadi yg dia dapat hanyalah beg telekung sahaja, walau macam manapun tetap kena Viralkan sebab taknak terjadi kat orang lain juga. Allahu akhbar umur muda lagi tak cacat, tapi sanggup mencuri. Semoga selepas dapat telekung tu, bawa-bawalah insaf. SILA SHARE & REPOST! BIAR FAMILY DIA JUMPA VIDEO DIA BUAT KERJA BODOH NI.
📍Lokasi di Lotus Seri Alam di Johor.
#fyp #foryoupage #foryou #johorbahru #keskecurian
 


Guru rugi RM5,000, beg dilarikan lelaki berkain pelekat ketika solat Isyak

Dungun: "Saya kejar orang itu tapi dia pecut kereta dengan laju," kata seorang guru, Nurfariza Abdul Halim.

Guru berusia 32 tahun itu berkata, dia bertindak demikian selepas beg tangan miliknya dilarikan seorang individu ketika sedang mengerjakan solat Isyak di Masjid Kampung Che Lijah, dekat sini, malam tadi.

Nurfariza yang yang bertugs di sebuah sekolah menengah di Kemaman berkata, setiap kali bercuti dia akan pulang ke rumah bapanya yang tinggal di depan masjid terbabit.

Menurutnya, sebaik pulang ke rumah orang tuanyaa itu, dia segera mengikuti bapanya, Abdul Halim Abdulah, 65, yang merupakan imam di masjid itu untuk mengerjakan solat Isyak.

"Ketika solat, saya berada dalam satu saf dengan tujuh lagi jemaah perempuan.

"Ketika sedang sujud di rakaat kedua, saya terasa seperti ada orang di sebelah dan sebaik bangkit dari sujud, saya dapati beg tangan saya yang diletakkan bersebelahan hilang.

"Bukan beg tangan saya saja hilang, beg seorang lagi jemaah yang satu saf dengan saya turut dilarikan lelaki itu," katanya ketik ditemui di rumah bapanya, hari ini.

Menurutnya, dia kemudiannya bertindak keluar dari saf terbabit dan cuba mengejar lelaki itu namun gagal selepas suspek memecut kenderaannya dengan laju.

"Saya meminta bapa supaya memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid dan melihat individu terbabit adalah seorang lelaki yang memakai kemej-T dengan kain pelekat.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, sebuah telefon bimbit baru dibeli bernilai RM5,000 yang berada di dalam beg tangan itu dilarikan lelaki terbabit.

"Adik ipar saya yang kebetulan ketika itu berada di halaman rumah sempat melihat kelibat lelaki itu membawa berupa beg tangan tergesa-gesa masuk ke dalam kereta jenis Proton Saga sebelum memecut kenderaan itu.

"Saya kemudiannya ditemani suami pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan pada 9 malam tadi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
 
Kejadian ragut yang berlaku di kok lanas kelantan. Maklumat lain tiada.



 


Duit zakat fitrah kena rembat..
Kejadian pagi tadi di Masjid Abdul Rahman Pekan Sungai Petani, duit zakat amil kena samun.

— Ary Aery
 
Tengah makan beg pelanggan kena ragut….


PETALING JAYA – Tindakan berani beberapa pekerja di restoran Oriental Kopi berjaya menggagalkan cubaan ragut yang berlaku secara tiba-tiba di premis mereka di AEON Bukit Indah, Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Kejadian tersebut berlaku ketika sekumpulan pelanggan sedang menikmati hidangan sebelum seorang individu bertindak mencuri beg milik seorang wanita dalam sekelip mata.


“Semua berlaku dengan sangat pantas, semua orang terkejut kerana tidak menjangka kejadian itu,” katanya.

Bagaimanapun, situasi cemas itu berjaya dikawal apabila beberapa pekerja bertindak segera tanpa teragak-agak untuk mengejar dan menghentikan suspek.

“Tanpa berfikir panjang, mereka terus meluru ke hadapan dan berjaya menghentikan pencuri tersebut. Beg itu berjaya diambil semula dan dipulangkan kepada pemiliknya,” menurutnya.

Pihak Oriental Kopi memaklumkan, mangsa dilihat sangat lega sebaik sahaja begnya dikembalikan, sekali gus meredakan ketegangan yang berlaku dalam premis berkenaan.

Tambahnya, tindakan pantas individu terlibat disifatkan sebagai satu keberanian luar biasa yang jarang dilihat dalam situasi sebegitu.

“Mereka tidak berfikir dua kali, mereka hanya rasa tidak boleh biarkan perkara itu berlaku di depan mata,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak restoran turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap barang peribadi ketika berada di tempat awam.

“Kami kongsikan ini sebagai peringatan supaya semua lebih berhati-hati dengan barang masing-masing ketika makan di luar,” katanya.

Artikel : Kosmo Online


14207864767718213-389379.jpg
 


Kes ragut
(Info lanjut belum diperolehi)
 





PIHAK POLIS TURUT MERAMPAS BEBERAPA BARANG KES BAGI MEMBANTU SIASATAN, ANTARANYA SEBUAH TELEFON BIMBIT, SEBATANG KUNCI, SEHELAI JAKET, SATU SET COVERSET MOTOSIKAL DAN SEBUAH MOTOSIKAL YANG DIPERCAYAI DIGUNAKAN SEMASA KEJADIAN.

HASIL SEMAKAN REKOD JENAYAH LAMPAU MENDAPATI SUSPEK MEMPUNYAI (33) REKOD DI BAWAH KESALAHAN JENAYAH DAN DADAH. MANAKALA UJIAN SARINGAN AWAL AIR KENCING TELAH DIJALANKAN KE ATAS SUSPEK DAPATI POSITIF DADAH JENIS METHAPHETAMINE.


KES DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 392 KANUN KESEKSAAN DAN JIKA DISABITKAN KESALAHAN BOLEH DIHUKUM PENJARA SELAMA TEMPOH EMPAT BELAS TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

IPD JOHOR BAHRU SELATAN AMAT MENGGALAKKAN ORANG RAMAI MENYALURKAN MAKLUMAT BAGI MEMBANTU MEMBANTERAS JENAYAH. KERJASAMA MASYARAKAT AMAT PENTING UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DAN MENCEGAH KEJADIAN SEUMPAMA INI DARIPADA TERUS BERLAKU.

SEHUBUNGAN ITU, MANA-MANA INDIVIDU YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT BERKAΙΤΑΝ KEJADIAN TERSEBUT DIMINTA UNTUK TAMPIL MEMBERIKAN KERJASAMA HADIR KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN ATAU MENGHUBUNGI TALIAN HOTLINE 07-2182323 BAGI MEMBANTU SIASATAN.

(ACP RAUB SELAMAT)

KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN
 


𝐊𝐄𝐉𝐀𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐆𝐔𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐊𝐔 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔

Satu kejadian 𝐫𝐚𝐠𝐮𝐭 dilaporkan berlaku di sekitar 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐫𝐮 dan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

Mangsa dipercayai mengalami kerugian selepas dihampiri suspek yang bertindak pantas sebelum 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 dari lokasi kejadian.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢-𝐡𝐚𝐭𝐢 terutamanya ketika berada di kawasan sunyi, berjalan seorang diri ataupun ketika menggunakan telefon bimbit di tempat awam.

Pastikan 𝐛𝐞𝐠 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 dan 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 sentiasa berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan menjadi sasaran penjenayah.

Semoga 𝐬𝐮𝐬𝐩𝐞𝐤 berjaya 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚..

Kredit➡️ Farizatul Firdaus
 

14235057546042525-399227.jpg


Curi wang, telefon bimbit ketika peniaga leka bungkus nasi


Ipoh: Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki melarikan peti wang dan telefon bimbit milik seorang peniaga wanita yang menjual 'nasi bajet' di gerainya di tepi Jalan Lebuh Meru Raya, di sini.


"Ketika mangsa sedang membungkus nasi, suspek dipercayai telah melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai serta sebuah telefon bimbit jenis Iphone 13 miliknya sebelum melarikan diri menaiki motosikal dan menghala ke arah bulatan Meru Raya.

"Anggaran kerugian keseluruhan adalah lebih kurang RM2,000 melibatkan wang tunai dan sebuah telefon bimbit," katanya dalam satu kenyataan.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat," katanya.


Sumber : Harian Metro
 


Hai warga threads atau merupakan penduduk permas jaya.


Sumber Threads : @aytshazam_
 
Back
Top
Log in Register