BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Koleksi terserempak gajah / isu gajah liar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201
Terima maklumat di group whatsapps ada sekumpulan gajah di tepi jalan di kawasan kahang, kluang dan kawasan sekitarnya. Kepada pengguna kenderaan yang melalui kawasan itu berhati hati memandu terutama waktu malam. Dan jangan menggangu atau membunyikan hon kenderaan. Bimbang kelakuan itu membuat gajah naik minyak atau menyerang.






14106707720116693-343965.jpg
 
Gajah liar merayau di Felda Cerul berjaya ditangkap



KEMAMAN: Seekor gajah liar jantan yang muncul di tengah jalan raya dalam kawasan Felda Cerul, di sini hari ini berjaya ditangkap.


Gajah terbabit muncul dari ladang kelapa sawit dan melintas Jalan Bukit Bandi kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Situasi itu menyebabkan pengguna jalan raya panik dan terpaksa mengundurkan kereta dari kedua-arah kerana bimbang menjadi mangsa amukan haiwan berkenaan yang dipercayai kelihatan seperti naik minyak.

Gajah liar berkenaan dirakam berada di jalan raya selama lebih lima minit sebelum masuk semula ke ladang.

Bimbang kejadian tidak diingin berlaku, PERHILITAN Daerah Kemaman bertindak pantas dan berjaya menangkap gajah itu tidak jauh dari lokasi kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Haiwan itu akan dibebaskan semula ke habitat asal dalam masa terdekat.

Terdahulu tular video memaparkan seekor gajah merayau di jalan raya Felda Cerul pagi tadi.

Berdasarkan video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial, beberapa kenderaan termasuk sebuah bas terpaksa memberhentikan kenderaan manakala tiga lagi pemandu dilihat bertindak mengundurkan kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Manakala satu lagi video menunjukkan haiwan terbabit kemudian berjalan masuk ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.

Artikel : Buletin Tv3

 
cd53a93ccdeb113a4670b917676824f269b22fce11f56

Anggota Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menggunakan dua ekor gajah denak Suria (kanan) dan Indah bagi membantu operasi memindahkan seekor gajah liar jantan (tengah) di kebun sawit dekat Kampung Pasir Akar, Hulu Besut sebelum dibebaskan ke habitat asal hari ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menyelamat dan memindahkan seekor gajah jantan yang tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut (Kampung Keruak) di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut, di sini.

Pengarah Perhilitan Terengganu Dennis Ten Choon Yung berkata gajah jantan dewasa tidak mempunyai gading itu ditangkap pada Isnin lepas, dan haiwan itu mula dikesan di Kampung Keruak sejak 5 Mac lepas.

Beliau berkata operasi menaikkan gajah liar dianggarkan berumur 30 tahun dan seberat tiga tan itu ke atas lori khas bermula 9  pagi dan selesai kira-kira 12.30 tengah hari semalam, dan dilepaskan ke habitat asal hari ini.

“Operasi dibantu dua gajah denak betina Suria dan Indah yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka.

“Sebanyak 20 anggota melibatkan  Perhilitan Terengganu, Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh, Pahang menyertai operasi memindahkan gajah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Razali Awang Hamat, 68, menyuarakan kelegaan dengan tindakan pantas pihak Perhilitan menangkap gajah itu, sebelum kerosakan lebih teruk berlaku.

Dia berkata sebaik aduan dibuat pada malam Ahad lepas, pihak Perhilitan terus datang melakukan operasi dan berjaya menangkap gajah berkenaan.

“Gajah itu telah melalui kawasan sawah padi penduduk dan merosakkan beberapa pokok kelapa sawit saya yang dianggarkan kerugian RM1,000.

“Usaha menangkap dan memindahkan gajah di kawasan kampung ini dapat mengelakkan penduduk mengalami kerugian lebih besar akibat tanaman dirosakkan, selain risiko ancaman keselamatan,” katanya ketika ditemui di Pasir Akar di sini.

 



Lokasi di Kampung Felda Bukit Samsu Kota Tinggi mereka bersiar

#orangkotatinggi
 






Nyaris hilang nyawa langgar gajah melintas


KLUANG – Seorang lelaki nyaris hilang nyawa selepas kereta Perodua Myvi dipandunya melanggar seekor gajah dalam kejadian di Jalan Felda Kahang Timur di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Sarudin Sah Ngaripin, 49, bagaimanapun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaannya remuk teruk.

Menurut sumber polis, ketika kejadian mangsa yang memandu seorang diri dipercayai dalam perjalanan dari Felda Kahang Timur menuju ke bandar Kluang sebelum seekor gajah tiba-tiba melintas jalan.

Katanya, keadaan jalan yang gelap tanpa lampu menyebabkan mangsa gagal melihat kehadiran haiwan liar tersebut lebih awal.

“Gajah itu dipercayai keluar secara tiba-tiba dari tepi jalan menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak sebelum berlaku pelanggaran.

“Akibat kejadian itu, kereta dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk, namun mangsa tidak cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, gajah berkenaan dipercayai tidak mengalami kecederaan serius dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sejurus selepas kejadian.

Artikel : Kosmo Online
 
396688-396688.jpg

14227879372730621-396689.jpg

14227879372730621-396690.jpg

14227879372730621-396691.jpg

14227879372730621-396692.jpg

14227879372730621-396693.jpg

14227879372730621-396694.jpg

14227879372730621-396695.jpg

14227879372730621-396696.jpg

14227879372730621-396697.jpg

14227879372730621-396698.jpg


𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝟏𝟏 𝐄𝐊𝐎𝐑 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍🐘

📍 Ladang FGV Cepat Ringgit B, Kinabatangan

Pada minggu lalu, seekor anak gajah bersama 10 ekor gajah dewasa dilaporkan terperangkap di dalam kolam air terbiar berhampiran Hutan Simpan Deramakot akibat tebing yang curam dan licin 😟

🚨 Tanpa berlengah, pasukan JHL daerah Kinabatangan segera hadir ke lokasi dan melaksanakan operasi menyelamat kawanan gajah tersebut dengan membentuk laluan keluar yang lebih landai dan selamat. Berkat usaha dan kerjasama semua pihak, kawanan gajah tersebut berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan serius dilaporkan.

⚠️ Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, pihak JHL turut mencadangkan agar kolam terbiar tersebut ditutup atau dipasang halangan keselamatan yang bersesuaian.

Pihak JHL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua individu yang terlibat termasuk pekerja ladang yang menyalurkan maklumat awal 🤝

Kisah ini membuktikan bahawa kerjasama antara agensi, pihak ladang dan masyarakat amat penting dalam memastikan keselamatan hidupan liar terus terpelihara. Setiap tindakan kecil dan laporan awal daripada orang awam mampu memberi impak besar dalam usaha melindungi spesies ikonik Sabah untuk generasi akan datang ✨

#5Rhidupanliar
 

14229135793861797-397114.jpg

14229135793861797-397115.jpg


Tular gajah masuk taman. Di taman sri penawar, kota tinggi. Waktu dan tarikh tidak diketahui
 
14230169738795389-397524.jpg

14230169738795389-397525.jpg

14230169738795389-397526.jpg


Lelaki maut diserang gajah liar



GUA MUSANG: Seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di tepi sungai berhampiran ladang getah di Jalan Ladang Serasa, di sini, hari ini, dipercayai diserang sekumpulan gajah liar.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa, Razali Daud, 55, kira-kira jam 11.38 pagi.

Beliau berkata, bertindak daripada aduan terbabit, sepasukan anggota dari Balai Polis Paloh 2 bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan di lokasi menjumpai kesan tapak kaki serta najis gajah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.


“Siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan kerana kesan tapak kaki serta najis gajah dipercayai membabitkan serangan haiwan liar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Polis menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk di kawasan berhampiran hutan dan ladang agar sentiasa berwaspada serta mengelak memasuki kawasan berisiko yang menjadi habitat hidupan liar terutama gajah.

Artikel Buletin Tv3
 
 



Gajah 'ronda' Kampung Jeram

Nazdy Harun

KUALA NERUS: Penduduk Kampung Pengkalan Gelugor, Jeram Manir, dekat sini gempar apabila seekor gajah muncul dan 'meronda' di kawasan kampung itu untuk mencari makan sejak petang semalam.


Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu turut menggemparkan penduduk apabila gajah berkenaan dikesan berkeliaran berhampiran kediaman penduduk sebelum bergerak ke kawasan lain.

"Saya dapat panggilan mengenai gajah itu daripada ibu ketika hendak keluar, jadi saya terus berpatah balik ke rumah kerana risaukan keselamatan keluarga. Ketika sampai di pekarangan rumah, gajah itu masih berada berhampiran rumah sebelum bergerak ke bahagian dapur dan memakan tebu yang kami tanam," katanya.

Beliau berkata, keadaan ketika itu agak cemas kerana terdapat bayi berusia tiga bulan iaitu anak saudaranya di dalam rumah.

"Memang takut sebab ada bayi di rumah tetapi gajah itu tidak menunjukkan sebarang tindakan agresif dan mamalia itu hanya makan sebelum bergerak semula ke lokasi lain," katanya.


"Penduduk memenuhi kawasan sekitar kampung kerana mahu melihat kelibat gajah itu dengan lebih dekat. Mungkin sebelum ini kalau mahu tengok gajah, perlu pergi ke Kenyir (pusat konservasi) tetapi kali ini haiwan itu berada di depan mata.

"Lebih mengejutkan apabila gajah itu datang begitu jauh sehingga ke kawasan Manir yang sebelum ini tidak pernah didatangi haiwan ini," katanya.

Tinjauan pada jam 11.30 malam tadi mendapati anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bersama polis berada di kawasan berkenaan bagi memantau pergerakan gajah terbabit dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


"Kami bimbang ia boleh mengancam nyawa dan hindari dari mendekati lokasi dan serahkan tugas pemantauan n kepada pihak PERHILITAN dan polis. Jangan jadikan ia sebagai pesta kerana ia boleh mengancam keselamatan sekiranya gajah itu bertindak agresif," katanya.

Artikel Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register