BTC USD 84,071.1 Gold USD 4,157.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Koleksi video jenayah ragut

Suspek kes ragut wanita warga asing ditahan tak sampai 24 jam


18 April 2025 06:44pm

GEORGE TOWN - Polis berjaya menyelesaikan kes samun ragut yang tular di media sosial melibatkan seorang wanita warga asing di Jalan Pintal Tali di sini apabila suspek ditahan kurang 24 jam selepas kejadian dilaporkan.


“Mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama kira-kira jam 9.35 malam. Antara barangan yang dilarikan ialah wang tunai RM1,000 dan sebuah telefon bimbit.

"Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan suspek, seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun kira-kira jam 1 petang Jumaat.

"Suspek ditahan dan kita merampas sebuah motosikal, topi keledar dan kunci yang dipercayai digunakan ketika kejadian, selain wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa.

“Suspek akan direman bermula esok (Sabtu) bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rozak menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video kejadian yang tular sehingga boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.


Mangsa cuba mengejar namun gagal selepas suspek memecut laju motosikalnya.

Artikel : Sinar Harian
 
6073419576198152867_121.jpg

6073419576198152866_121.jpg

6073419576198152865_121.jpg








Video tular dikatakan kejadian samun/ragut di dalam kawasan Melaka.


Maklumat lanjut akan menyusul...

Sumber ➡️ Media sosial
 
yg baju t shirt hitam tu dia pakai spek ape ehh?
 


Rakaman kamera Rakaman kamera litar tertutup kejadian samun/ragut dikatakan berlaku di Taman Kota Kenari, Kulim .

Sumber ➡️ Media sosial
 



Rakaman kamera papan pemuka kejadian cubaan ragut dikatakan berlaku di Masai, Johor Bahru, petang tadi.

Sumber ➡️ Media sosial
 
Kejadian ragut di pusat bandar rawang.

Maklumat lain tiada.

6170160377350964123_121.jpg





 


Seorang lelaki bermotorsikal meragut beg seorang aunty di Jalan Tembaga.

Footage telah dihantar kepada seorang lagi aunty yang sanggup menghulurkan bantuan kpd mangsa utk buat report polis.

Laporan polis telah dilakukan.

#penangkini
 

14019726282542069-306022.jpg


Abang Ego Solariz merah sila serah diri’


PETALING JAYA – Orang ramai diminta mengesan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Ego Solariz berwarna merah selepas dipercayai meragut seorang individu di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Nasken Coffee yang terletak di sebuah pasar raya terkenal di kawasan terbabit kira-kira pukul 7.28 malam.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis menjual kopi itu, kelihatan lelaki berkenaan telah meragut barangan seorang wanita ketika mangsa ingin ke keretanya.

“Kejadian Ragut depan Nasken Lotus Kota Bharu 13/7/2025 19:28 Abe (Abang) Yamaha Ego Solaris tu. Ata (hantar) smula la. Ada masa lagi nak ata tu.

“Dei (bila) tubik (keluar) dashcam dan CCTV lain gak, payah dah nak kecek kiro (setel tepi). Min bui (bagi) dulu ‘teaser’ awal. Kalau hantar semula boleh kecek kiro lagi,” tulis Nasken Coffee.

Sementara itu, menurut seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Que Yahaya, difahamkan suspek terbabit sudah terlibat dalam beberapa kejadian ragut sekitar daerah itu sebelum ini.

“Ego Merah ‘mark’ belaka (semua). Ada info letak di komen . Bunyi kaba (Katanya) banyak kes bulan ini melibatkan motor tu (ego merah),” dakwanya.

Turut meninggalkan komen pada hantaran Nasken Coffee itu adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mat Idiey.

“Rasanya ini orang sama ragut pelajar kat Pengkalan Chepa minggu lepas sebab tengok CCTV kedai macam sama je,” katanya.

Artikel : Kosmo Online
 

14044157496999437-315722.jpg

14044157496999437-315723.jpg


SIARAN MEDIA

KETUA POLIS DAERAH KULAI

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"

TARIKH: 17 OGOS 2025

KEJAYAAN TANGKAPAN (1) LELAKI WARGA TEMPATAN TERLIBAT KES SAMUN DALAM TEMPOH KURANG 24 JAM


VIDEO TERSEBUT BOLEH DIAKSES MELALUI PAUTAN BERIKUT:




TURUT DIRAMPAS SEMASA TANGKAPAN ADALAH:

SEBUAH BEG DOMPET JENAMA CARR KEN MENGANDUNGI PELBAGAI RESIT

WANG TUNAI RM303 DAN SGD115

SEUTAS RANTAI BERWARNA KUNING

SEBUAH TELEFON BIMBIT JENAMA VIVO

SEBUAH HELMET BERTULISAN RITZ ARC BERWARNA KELABU

SEBATANG KUNCI MOTOSIKAL BERLOGO YAMAHA

SEBUAH MOTOSIKAL JENIS YAMAHA Y15ZR WARNA HIJAU YANG DIPERCAYAI DIGUNAKAN SEMASA KEJADIAN

BERTINDAK ATAS MAKLUMAT, PADA HARI YANG SAMA JAM LEBIH KURANG 5.10 PETANG, SEPASUKAN PEGAWAI DAN ANGGOTA DARI CAWANGAN RISIKAN OPERASI, BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH, IPD KULAI TELAH BERJAYA MENAHAN SEORANG LELAKI TEMPATAN BERUSIA 26 TAHUN DI SEBUAH PREMIS PERNIAGAAN DI TAMAN CANTIK, KULAI.


SUSPEK KINI DITAHAN, DAN PERMOHONAN REMAN AKAN DIKEMUKAKAN DI MAHKAMAH KULAI PADA 18 OGOS 2025. KES DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 392 KANUN KESEKSAAN, YANG MEMPERUNTUKKAN HUKUMAN PENJARA MAKSIMUM 14 TAHUN, SERTA DENDA ATAU SEBAT, JIKA SABIT KESALAHAN.

PIHAK POLIS MENASIHATKAN ORANG AWAM SUPAYA SENTIASA BERWASPADA DAN MENJAGA KESELAMATAN DIRI SERTA BARANGAN PERIBADI BAGI MENGELAKKAN MENJADI MANGSA JENAYAH.

T.T

(ACP TAN SENG LEE) KETUA POLIS DAERAH KULAI
 
Back
Top
Log in Register