Salam semua...
Nampaknya saudara berminat dengan DuniaFX?? Hmmm ... Saya berminat nak bagi sesuatu yang mudah, ringkas.. DuniaFX sememangnya ringkasan dari BrainTrading (
www.braintrading.com). Diubah menjadi satu sistem mudah. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit ruang untuk dimudahkan lagi... Kami pengguna DuniaFX telah pun berjaya merungkaikan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Dalam forum yang lain, saya telah pun memberikan salinan ubahsuai sistem tersebut. Kurang seminggu, lebih 1100 download telah dibuat dan maklumbalas amat memberangsangkan. Alhamdulillah, tak ramai yang bertanya masalah.. Tiada lagi sibuk berforum .. Thread tu pun sekarang dah sunyi ... -
Dalam sistem ini, kami nyatakan di mana kami dapat sistem tersebut, apa ubahsuai yang telah dibuat, oleh siapa .. lengkap dengan dokumentasi version. Kami takkan buat kesilapan macam yang telah berlaku (cilok sana-sini, mengaku hakmilik sendiri) dan jual .. Apa yang saya buat, jelas dinyatakan supaya tak timbul kekeliruan .. Siapa yang patut dapat penghargaan, kami rakamkan rasa penghargaan kami...
Sebelum pengubahsuaian ini dilancarkan, saya pernah bersua dengan sekumpulan forex-traders di Starbuck Alamanda. Tergerak saya bertanya sistem apakah yang mereka gunakan ... Ohh.. Kata mereka, sistem forex yang senang.. Habis tu, kalau dah senang, mengapa pula nak diadakan study group. Maknanya tak senang lah tu ... Pulak tu, seorang kata dah boleh Buy, seorang lagi kata nanti .... ada pulak kata, setakat 60 pips tu buat apa .. Kita tunggu 200 pips ..Pelik juga saya .. abis tu, siapa yang nak kutip 60 pips tu? Dibiarkan rugi ... Saya lantas memberikan sepintas lalu sistem yang sedang digunakan ... Hmmm ... Rasanya mereka tak lagi berstudy bersama-sama...Tak perlu lagi mengira EW, Fibo, Butterfly, ZUP dan lain-lain. Semuanya tidak ada dalam sistem ini. Hanya beberapa indicator ('beberapa'- bukan 1 sahaja)
Saya tak kata sistem ini hebat, ampuh, zero loss dan sebagainya.. Insya Allah, jika difahami betul-betul, kejayaan bersama-sama... Jika diizinkan, saya bersedia memperkenalkannya... PERCUMA .. Ada mengatakan, siap dengan ebook sekali - percuma? Sedangkan orang lain jual RM79,RM99 atau RM149... Saya rasa cukuplah saya lalui kelas yang berbayar ratusan dan ribuan ringgit, apa yang ada untuk orang lain selepas ini adalah percuma dengan menggunakan sistem manual ini.
Sekiranya diberi peluang, saya dengan rendah diri ingin menawarkan sistem ini di forum kami.. Maklumlah, saya orang baru, tak setaraf dengan Brothers semua ...Di sini hebat sangat..Kami berforum secara ringkas sahaja di sana dengan newbies... Sekiranya topik lari tajuk, senang dikawal. Perbincangan selain dari sistem tersebut, kami slow-talk dengan mereka untuk delete kan carta. Tambahan indicator tidak dibenarkan kerana ini akan meng'confuse'kan newbies. Ini boleh kami kawal di sana...
Jika diizinkan, saya bersedia memperkenalkannya...
Wasalam
~warhead~
takkan lari pips dikejar