BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koleksi Auta Pembangkang

Kita yang berakal berotak ni yang menilai apa yang kita baca. Klu percaya tinggalkan sedikit perasaan tidak percaya.

Jadi kepada mereka yang berotak akan menilai dari kedua2 belah pihak. Bukan hanya satu pihak. Jadi klu nak baca surat khabar tu, elok baca semua la. Baru lita boleh menilai.
 
semua tu adalah tulisan wartawan yang menyalahtafsirkan maksud...

apa kata bawakan video2 yang mengatakan sebiji dengan reporter tersebut menulisnya..
 
kebiasaanya ayat2 tu semua telah diolah oleh media2 pengampu...tu yg lari maksud asal

yup...nk taw perkara sbnr biar yg dirakam...dlm berita skrg neh pon...ditulis jek pembangkang punyer statement...nape xtunjuk yg dirakam...huhuhu...
 
AL-FATIHAH kepada Allahyarham Ustaz Fadhil Nor


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.

Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 7 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur

Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.

Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.

Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Amin....Ulamak terkenal...sgt menghormati arwah...
 
salam,

hehehehe.... nanti menang pada 2013.... cuba lah buat...... mana tahu tetiba DAP baik hati :D ... bleh buat HUDUD hehehehehe :D

setaw saye hudud neh untuk mereka yang beragama Islam shj...xgituu?
 
yup...nk taw perkara sbnr biar yg dirakam...dlm berita skrg neh pon...ditulis jek pembangkang punyer statement...nape xtunjuk yg dirakam...huhuhu...

adakah mereka berani untuk menunjukkan perkara yang sebenar?
 
rajin betul korang nie... ini hobi zaman moden ke.

Last reply thread ni pada 04-11-2009, 02:10 PM
Then awak up balik harini kerana kecewa ker dengan pembangkang sekarang di Malaysia?
 
la semua petik dari BERITA HAIRAN ke?? Bukan hari tu dah kena saman ngan Mahfuz RM100,000 semua buat cerita pembohong ke?? Dah bayar belum?? Ni yang post kat thread nipun nak kena saman gak ker??
 
Back
Top
Log in Register