BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KM Melaka tolak surat peletakan jawatan Akmal

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25
3f942075-ab-rauf-yusoh-akmal-saleh-fmt-150126-1.jpg

Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh menegaskan menjadi haknya sama ada menerima atau menolak peletakan jawatan exco Dr Akmal Saleh.

Ab Rauf berkata menjadi haknya sama ada menerima atau menolak permohonan Akmal yang juga Adun Merlimau.

“Dr Akmal saya nak beritahu dia telah mengemukakan surat sejurus selepas dia buat pengumuman.

“Tapi, saya membuat keputusan menolak peletakan jawatan tersebut supaya dia dapat meneruskan tugas sebagai exco kerajaan negeri, jadi hak untuk menerima dan menolak ialah hak Ketua Menteri,” katanya menurut Harian Metro, di Jasin.

Dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno pada 15 Jan lalu, Akmal yang juga exco kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan umum meletak jawatan dalam kerajaan Melaka.

Keputusannya itu selepas akur dengan keputusan parti untuk terus kekal dalam kerajaan perpaduan.

Akmal memberi alasan pengundurannya sebagai exco bertujuan menentang DAP tanpa terikat dengan keputusan kerajaan negeri.

Katanya, peletakan jawatan tersebut bukan kerana pangkat atau kedudukan, sebaliknya bagi mempertahankan suara akar umbi dan maruah politiknya.
 
Back
Top
Log in Register