BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM Serah Tiga Klinik Pergigian Bergerak Baharu Bagi Sabah Hujung Tahun Ini - Menteri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

KKM Serah Tiga Klinik Pergigian Bergerak Baharu Bagi Sabah Hujung Tahun Ini - Menteri​

94f8484623c61b5325cf440baf6cbb136a9d20147ccb9

4c974f35d0fc63a9d88696dafa8d42c36a9d206c870b5

Kredit: FB - Dr Dzulkefly Ahmad

Tiga klinik pergigian bergerak baharu akan diserahkan untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di Penampang, Kudat dan Keningau, Sabah menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata inisiatif itu membuktikan kesungguhan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan pergigian masyarakat luar bandar dan pedalaman Sabah seiring dengan usaha memperkasakan fasiliti pergigian moden di kawasan bandar.

Beliau berkata penyediaan kemudahan klinik pergigian bergerak itu juga membolehkan perkhidmatan pencegahan serta rawatan asas sampai terus kepada masyarakat yang menghadapi kekangan jarak dan logistik.

“KKM sama sekali tidak melupakan masyarakat di luar bandar dan pedalaman Sabah,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata pendekatan itu penting bagi memastikan perkhidmatan kesihatan mulut dapat dinikmati secara lebih adil dan saksama oleh semua penduduk negeri ini.

“Kesihatan holistik semestinya bermula daripada kesihatan mulut yang baik,” katanya.

Beliau berkata KKM akan terus merakyatkan perkhidmatan kesihatan supaya setiap rakyat sama ada di bandar mahupun di desa mendapat penjagaan kesihatan yang adil, saksama dan berkualiti tinggi.

 
Back
Top
Log in Register