BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM Percepat Bekalan Peranti Melalui Mekanisme SAP - Dzulkefly

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
7a7cba9ec6b4c1ae46b71105b7f4dfc169d89d01196bd

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan ucapan pada pelancaran Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2026 dan Malaysian Pediatric Aural Habilitation Module (MyPAHM) hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempercepat pembekalan peranti perubatan dengan melaksanakan mekanisme Special Access Pathway (SAP), khususnya dalam situasi kekurangan bekalan itu akibat konflik Asia Barat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata SAP ialah satu pendekatan interim yang membolehkan peranti, yang belum didaftarkan sepenuhnya digunakan, tertakluk kepada penilaian ketat aspek kualiti dan keselamatan.

"Pembekal boleh membuat permohonan untuk kita mempercepat proses pendaftaran," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Pendengaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026, di sini hari ini.

Dzulkefly berkata mekanisme itu penting bagi memenuhi keperluan dalam sistem kesihatan, termasuk bagi peranti kategori consumable (barang guna habis) seperti sarung tangan, picagari serta bekalan asas lain.

Beliau berkata pelaksanaan SAP bersifat sementara dan hanya digunakan dalam keadaan tertentu seperti gangguan rantaian bekalan atau situasi kecemasan kesihatan.

Semalam, KKM memberikan jaminan bekalan ubat dan peranti perubatan akan terus terjamin melalui pengukuhan stok penimbal susulan krisis tenaga global yang berlaku ketika ini.

Ini termasuk mempelbagaikan sumber bekalan dan pemantauan bahan mentah, dan rantaian bekalan secara berterusan bersama pihak industri bagi membolehkan risiko gangguan dikenal pasti lebih awal dan ditangani secara bersasar.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata KKM akan terus meningkatkan pengambilan jururawat bagi menangani keperluan tenaga kerja sektor kesihatan, termasuk meneliti semula syarat lantikan serta struktur imbuhan.

Beliau berkata antara langkah yang sedang diambil ialah melonggarkan beberapa syarat sedia ada selain mempertimbangkan penambahbaikan dari segi ‘remunerasi’ bagi menjadikan profesion kejururawatan lebih menarik.

 
Back
Top
Log in Register