BTC USD 94,163.0 Gold USD 2,688.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKM isytihar perang terhadap gula

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,149
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,149
Reaction score
6,702
Points
881
Awards
1
KKM isytihar perang terhadap gula

AZMI YUSOFAugust 3, 2024

Foto hiasan.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat memandang serius tentang pengambilan gula yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia dan telah mengambil pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan lagi langkah membendung masalah melalui perang terhadap gula atau ‘War on Sugar’.

Sehubungan dengan itu, pengambilan gula Rakyat Malaysia merupakan antara penyebab utama pelbagai penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan terutamanya obesiti dan diabetes.

Sementara hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan peningkatan pravelan berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia iaitu 50.1 peratus pada tahun 2019 kepada 54.5 peratus.

“Walaupun pravalen diabetes dalam kalangan dewasa Malaysia pula menunjukkan sedikit penurunan iaitu 15.6 peratus berbanding 18.3 peratus pada tahun 2019, namun, Malaysia masih tersenarai antara negara dengan prevalen tertinggi di Asia Tenggara dengan nisbah 1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidap diabetes,” kata KKM dalam satu kenyataan media.


Selain itu, KKM menggalakkan pihak industri makanan dan minuman untuk mereformulasi produk kepada lebih sihat, KKM telah melaksanakan Healthier Choice Logo (HCL) pada tahun 2017 dan pengenan cukai ke atas minuman manis bergula (SSB) sejak Julai 2019.

Usaha mengurangkan pengambilan gula ini diteruskan dengan pelaksanaan Kempen “1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada TERBAIK!” yang menumpukan kaedah penyediaan minuman di kafetaria, restoran dan kedai makan seluruh negara.

Sementara itu, KKM juga terus mempergiatkan program-program di komuniti untuk mengurangkan pengambilan gula harian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada 2023, KKM telah menjalankan saringan kepada 64,846 individu di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) melalui KOSPEN WOW di tempat kerja dan Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) di komuniti.

“Usaha ini turut diperkukuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang turut melancarkan Kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’.” katanya.

Sungguhpun begitu, larangan penjualan makanan dan minuman tinggi gula seperti minuman berperisa, minuman dibancuh dengan kordial dan minuman berkarbonat juga telah diperluaskan ke seluruh kawasan sekolah termasuk kantin di samping menggalakkan sekolah menyediakan sumber air kosong.

“Perkara yang sama juga diterapkan semasa mesyuarat melalui pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat di peringkat kementerian, agensi kerajaan dan swasta.

“KKM menyeru semua pihak dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk sektor swasta dan semua rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi memerangi pengambilan gula berlebihan di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/8/2024
 
Back
Top
Log in Register