BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKDW Terus Perkukuh Pembangunan Luar Bandar Melalui Belanjawan 2026 - Ahmad Zahid

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
ba5fe9d5494bee2a160f87bf0787fdc868f1190d19a48

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada program "Ruang Bicara Merealisasi Belanjawan 2026" di Wisma Bernama hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan meneruskan fokus kepada pembangunan luar bandar secara menyeluruh melalui Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM12.4 bilion, mencatatkan peningkatan 3.69 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan itu akan dimanfaatkan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat luar bandar secara holistik melalui pendekatan inklusif.

“KKDW sentiasa mengambil kira isu kos sara hidup dan memberi tumpuan kepada jaringan keselamatan sosial bagi meningkatkan taraf hidup serta menambah pendapatan masyarakat luar bandar,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara: Merealisasikan Belanjawan 2026 terbitan Bernama TV malam tadi.

Beliau berkata antara fokus utama adalah memperkukuhkan prasarana asas luar bandar dengan peruntukan RM3.3 bilion bagi projek jalan desa, bekalan air bersih, elektrik dan pemasangan lampu jalan kampung termasuk tenaga solar.

“Walaupun jumlah itu nampak besar, namun pelaksanaannya perlu dibuat secara berfasa mengikut keutamaan kawasan agar impaknya lebih segera,” katanya.

Selain itu, hampir RM2.4 bilion diperuntukkan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi melindungi lebih 720,000 peneroka serta pekebun kecil di seluruh negara.

Ahmad Zahid berkata langkah itu bagi memperkukuh ketahanan ekonomi pekebun kecil melalui aktiviti nilai tambah dan hiliran selain menstabilkan harga komoditi.

Beliau berkata KKDW juga memberi tumpuan kepada pembangunan digital desa, termasuk memperluas capaian 5G dan menggalakkan penglibatan golongan muda serta usahawan luar bandar dalam ekonomi digital.

“Kami mahu masyarakat luar bandar menjadi usahawan moden dan berdaya saing, bukan hanya bergantung kepada produk tradisional. Kini pesanan dalam talian oleh usahawan desa meningkat kira-kira 35 peratus,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register