BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KKDW Tumpu Pembangunan Inklusif Luar Bandar, Pinggir Bandar - Ahmad Zahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
696dfb67468c7b57f880745c95986f9d69352db550570

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kiri) ketika hadir pada Sesi Townhall sempena program Rancakkan MADANI bersama Malaysiaku di Dataran Putrajaya, hari ini.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi tumpuan bukan sahaja kepada pembangunan masyarakat luar bandar, tetapi juga komuniti yang tinggal di pinggir bandar, selaras dengan usaha memastikan pembangunan dirancang bersifat menyeluruh dan inklusif.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kelompok masyarakat luar bandar kini merangkumi 8.1 juta penduduk daripada keseluruhan 34.5 juta penduduk Malaysia, sekali gus menuntut perancangan pembangunan lebih menyeluruh.

“Fokus kami bukan hanya di kawasan luar bandar, tetapi juga di pinggir bandar. Terdapat juga agensi di bawah KKDW yang menyantuni masyarakat dalam bandar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) umpamanya,” katanya pada sesi dialog awam berlangsung 30 minit sempena majlis perasmian penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku di sini hari ini.

Turut serta pada sesi dialog awam itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan moderator Nazri Kahar.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata dasar pembangunan luar bandar digarap dengan teliti bagi memastikan objektif digariskan kerajaan untuk membantu masyarakat luar bandar tercapai.

Ini termasuk mewujudkan peluang ekonomi untuk masyarakat luar bandar, mengurangkan kadar migrasi ke bandar, memastikan akses pendidikan diwajibkan untuk semua pendudukan luar bandar, memperluas liputan komunikasi terutamanya 5G di kawasan berpenduduk rendah, serta menstruktur semula aspek sosial di luar bandar.

Beliau berkata kelima-lima teras itu diterjemahkan melalui 42 pemangkin perubahan serta pelaksanaan dua sesi pemukiman setiap tahun, yang melibatkan semua jabatan, agensi dan unit di bawah KKDW bagi memastikan transformasi berjalan seragam di seluruh negara.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan juga tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli dengan merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan yang telah memberikan manfaat kepada golongan terbabit.

Ahmad Zahid berkata dari segi pendidikan, dapat dilihat peningkatan kemasukan pelajar daripada kaum Orang Asli ke institut pengajian tinggi.

 
Back
Top
Log in Register