BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kita tiada niat serang pemimpin pusat, Tok Mat ulas amaran Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,227
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,227
Reaction score
12
Points
25

Kita tiada niat serang pemimpin pusat, Tok Mat ulas amaran Anwar​

10b776bf-13_mohamad_hasan_umno_deputy_president_moganraj_fmt_22042026-copy-copy.jpg

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata pihaknya berkempen untuk memastikan mesej sampai kepada pengundi dengan tiada serangan peribadi.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno yang bertanding di Rantau pada PRN Negeri Sembilan, berkata kempen pihaknya hanya untuk memastikan mesej sampai kepada semua pengundi.

“Kita tidak memburukkan apa-apa, dalam kempen hendak memastikan mesej sampai kepada semua pengundi. Tiada serangan peribadi tetapi jika ada arahan dari perdana menteri untuk saya letak jawatan, saya tiada keberatan untuk meletakkan jawatan.

“Terpulanglah pada perdana menteri kerana beliau yang melantik menteri dan timbalan menteri,” katanya menurut Utusan Malaysia, di Seremban.

Awal hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada menteri, timbalan, dan pemegang jawatan agensi kerajaan untuk berundur jika menggunakan kedudukan menyerang rakan kerajaan perpaduan ketika berkempen pada PRN.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau menghubungi Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof semalam.

Namun, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) terbuka jika pihak bertanding mahu ‘bertarung dalam isu-isu negeri’.

Pada PRN Negeri Sembilan, PH bertembung dengan rakan kerajaan perpaduan iaitu Barisan Nasional (BN). Persaingan bertambah sengit apabila BN bekerjasama dengan gabungan pembangkang, Perikatan Nasional (PN).

BN bertanding di 25 kawasan, manakala PN di 11 kerusi dengan dua gabungan itu mengelak bertindih kawasan. Bersatu walaupun masih komponen PN, bertanding 24 kerusi, sekali gus bertembung lapan kawasan ditandingi PAS dan Wawasan, selebihnya menentang BN dan PH.
 
main ugut2 plak..

i have number convincing..
 
main ugut2 plak..

i have number convincing..

Yg serang federal tu Nga Kor Ming dgn Tony Pua
Undi BN, najib dan rosmah bebas
Bodoh betul
Undi BN, zahid jd PM
Padahal ni baru prn

Nak sound DAP tak berani ke Nuwar?
IMG_5265.webp
 
Yg serang federal tu Nga Kor Ming dgn Tony Pua
Undi BN, najib dan rosmah bebas
Bodoh betul
Undi BN, zahid jd PM
Padahal ni baru prn

Nak sound DAP tak berani ke Nuwar?
IMG_5265.webp


dah agak...tak dapat serang Najib

Zahid jadi sasaran

pattern sama je NED dan CIA buat mcm trump buat...dah boleh baca...
 
dah agak...tak dapat serang Najib

Zahid jadi sasaran

pattern sama je NED dan CIA buat mcm trump buat...dah boleh baca...

DAP yg serang federal sebenarnya
 
Back
Top
Log in Register