BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah temuduga satu soalan....

zCk

Banned
Messages
9,333
Joined
Sep 5, 2007
Messages
9,333
Reaction score
1
Points
65
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya.
Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang

calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga.

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun

mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,
calon
yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"


Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas

sekali?", tanya CEO tersebut.



Calon pertama berkata,

"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun

bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"
CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan

calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan

jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon

keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana

kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan

jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa

sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....."

huhu:eek:
 
betul gak apa yang di ckap 2.........kelakar gak la
 
heheh, lawak .. lawak.. mana la leh tahan, nak2 tang tu jugak dia keluar.. hahahahahaha...
 
ish..konpem dia yg dpt kerja tu kan
 
Tumpukan Perhatian


Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

“Dalam bidang perubatan, ada dua kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor. Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat,” ujar pensyarah tersebut. Sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat kemudian menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

“Sekarang, cuba kamu buat,” kata pensyarah itu. Selepas berpandangan sesame sendiri beberapa saat dengan wajah yang ngeri, barulah pelajar-pelajar perubatan itu mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya dengan perasaan jijik.

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata, “Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi, saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk! Sekarang, tumpukan perhatian, faham!!!”

Pelajar-pelajar terkedu sambil membetulkan cermin mata tebal masing-masing dan ada juga yang nak termuntah.
 
Apa punyer jawapan daa.... Tapi apa pon.. Layannzzz..:p :)) :))
 
Back
Top
Log in Register