BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Kisah perkenalan adik aku dgn gf berpurdah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Sila baca setiap cerita di gambar ye..

Semoga jd pengajaran.. Jgn mudah percaya org.. Apa motif dia semua tak pasti.. Alhamdulillah allah masih selamat kan dari perkara2 tak baik..

Untuk adik ku takziah la dpt awek berlonceng 🤣😂 lain kali cari awek niat elok2.. Cari awek solehah, muslimah tulen 😜 bukan cari yg cantik je 😝😝sudah nya dpt yg hmmm 😛

EDITED SEBAB ADA TNYA PASAL KENA TANGKAP or TAK
kami panggil polis untuk kes bawa dia keluar je, sbb kami yg bawa dia masuk rumah tu,
sebab dia tak ada buat jenayah ke apa lagi.. So polis dtg angkut dia masuk lokap mugkin semalam dua.. Then polis cakap akan hntr ikut alamt ic wallahualam

1743203673993.png

1743203713901.png

1743203728589.png

1743203742603.png

1743203759331.png

1743203799041.png

1743203817667.png

1743203840747.png

1743203865110-png.888538

1743204020731.png

1743203981550.png

1743204041226.png

1743204057836.png

1743204078053.png

1743204097881.png

1743204119872.png

1743204142825.png

1743204168167.png

1743204186522.png

1743204206871.png

1743204232260.png

1743204250766.png

1743204266423.png

1743204290085.png

1743204311434.png

1743204336451.png



Kredit ➡️ Maya Syuhada Rosley
 

Attachments

Semua ok kelakar seram...
Tang ikan puyu tu syirik,tahyul...
Ade ke ikan bleh elak pencuri,sihir... 🤣
Tapi ibu dia amalkan zikir2 dan rumah tu pun ada pasang ayat quran waktu malam. Maknanya depa pun tak percaya kat ikan puyu
 
Teman wanita rupa-rupanya lelaki!

Kuala Lumpur: Perasaan teruja seorang juruteknik kilang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama teman wanita di kampung halaman bertukar menjadi mimpi ngeri apabila teman wanitanya adalah lelaki.

Menceritakan kejadian itu, Nur Maya Syuhada Rosley, 33, berkata, adiknya, dikenali sebagai Firdaus, 23, berkenalan dengan seorang 'wanita' di sebuah aplikasi temu janji sejak tiga minggu lalu.

"Menurut adik, wanita itu berusia 25 tahun dan berasal dari Sabah. Wanita berkenaan memaklumkan dia anak yatim dan baru sahaja memeluk Islam serta belajar di Dubai.

"Sepanjang tempoh perkenalan mereka, adik sering menghubungi wanita itu termasuk membuat panggilan video. Namun, adik maklumkan tidak melihat wajah teman wanitanya itu kerana dia memakai purdah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nur Maya berkata, adiknya memaklumkan teman wanitanya mahu beraya bersama mereka sekeluarga kerana dia mendakwa sudah tidak mempunyai ahli keluarga lain.

"Dengan persetujuan ibu, adik menjemputnya datang ke rumah kami di Pontian, Johor. Pada mulanya, wanita itu memaklumkan mahu ke kampung pada 28 atau 30 Mac ini. Namun tiba-tiba, dia maklumkan mahu datang 26 Mac (Khamis lalu).

"Wanita itu maklumkan dia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Pontian dan dijemput adik di stesen bas kira-kira jam 3 petang, hari kejadian," katanya.


"Sebaik tiba, ibu membawa wanita itu ke bazar Ramadan. Ibu beritahu dia yang membayar semua makanan dibeli wanita itu yang tidak dapat mengimbas kod QR untuk pembayaran.

"Kira-kira jam 10 malam, ibu dan adik memaklumkan mereka mengantuk dan mahu tidur tetapi wanita itu tetap duduk di ruang tamu sambil bermain telefon dengan masih memakai purdah.

"Wanita itu kemudian tidur di sebelah ibu dengan memakai purdah dan memberi alasan sering tidur begitu (tidur dengan purdah)," katanya.

Beberapa minit kemudian, ibu mengambil gambar wanita itu yang sedang tidur kerana terkejut melihat wajahnya yang kelihatan seperti lelaki.


"Ketika didesak pihak polis mengenai identitinya, lelaki itu memaklumkan dia adalah khunsa. Pihak polis kemudian membawa lelaki terbabit keluar dari rumah kami.

"Sejujurnya, saya sendiri tidak pasti motif dia menyamar sebagai wanita. Saya bersyukur kerana tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Nur Maya berkata, dia sama sekali tidak menjangkakan perkongsian mengenai kejadian itu di media sosial menjadi tular memandangkan tujuannya berbuat demikian hanya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

"Ketika kejadian itu berlaku, kami sekeluarga rasa cemas dan takut kerana bimbang lelaki berkenaan akan buat jenayah seperti samun. Alhamdulillah, kami sedar awal dalam keadaan dia masih tidur.

"Malah, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian juga bertindak pantas. Selepas selesai semua urusan, kami rasa kasihan pula pada adik yang kena tipu dengan 'teman wanitanya'," katanya.


 
Back
Top
Log in Register