BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Injil Asal...

timur & barat

Super Active Member
gem
Messages
9,416
Joined
Jan 8, 2010
Messages
9,416
Reaction score
908
Points
116
Saya ingin berkongsi satu kisah yang saya temui di Internet. Saya mendapati nilai hiburannya sangat tinggi walaupun sangat ketara pembohongannya. Saya juga berasa kagum akan imaginasi pengarang asal kisah ini. Untuk memudahkan pemahaman, saya mengubah suai struktur tatabahasa kisah ini supaya tidak terlalu meleret-leret. Begini kisahnya:

Seorang pemuda Sarawak telah dihantar oleh bapa saudaranya yang merupakan seorang paderi besar negeri Sarawak ke Sepanyol untuk mendalami ajaran Kristian. Selain daripada pemuda tersebut, seramai 24 orang lagi mengambil kursus yang sama. Mereka datang dari pelbagai negara. Kursus yang mereka ambil ini bukan sebarangan kursus kerana mereka menuntut di sebuah gereja besar dan pengajarnya ialah Paus (Pope)! Mereka pun menuntut selama lebih kurang 2 tahun.

Tamat pengajian, mereka akan menjadi paderi yang bertauliah. Apabila sudah hampir masa untuk mereka diijazahkan (graduated), mereka ditawarkan satu permintaan. Permintaan mereka ialah mereka diberi kebenaran untuk menggunakan perpustakaan besar di dalam gereja besar tersebut. Perpustakaan tersebut menyimpan pelbagai jenis kitab. Mereka ingin menghabiskan 2 minggu terakhir mereka dengan membaca. Paus mengenakan syarat bahawa dalam banyak-banyak kitab, mereka dilarang membaca sebuah kitab yang diletakkan khas di dalam kolam di tengah perpustakaan. Tetapi, salah seorang daripada 25 pelajar tersebut melanggar syarat dengan mencuri kitab tersebut. Dia tidak memahami bahasa kitab tersebut. Bahasa kitab tersebut seakan-akan bahasa Tabrani (bahasa Sepanyol lama). Dia pun menunjukkan kitab tersebut kepada rakan-rakannya. Salah seorang daripada mereka faham bahasa kitab tersebut. Dia membaca dan berkongsi penemuannya dengan yang lain. Tahukah kamu apakah sebenarnya kitab tersebut? Kitab tersebut ialah Injil yang asal!

Apabila semua pelajar tersebut membaca, mereka menyedari bahawa ajaran Kristian yang mereka pelajari dan anuti selama ini adalah salah satu sebab semua yang terkandung dalam kitab tersebut adalah benar seperti yang terdapat dalam ajaran Islam (maksudnya, ajaran Kristian yang mereka anuti dan pelajari selama ini bertentangan dengan ajaran kitab tersebut. Ajaran kitab tersebut menyerupai ajaran Islam)!

Pada hari terakhir mereka di situ, Paus datang berjumpa mereka kerana beliau telah mengesyaki sesuatu telah berlaku. Setelah digertak, mereka akhirnya mengakui perbuatan mereka membaca kitab tersebut. Paus pun memaklumkan kepada mereka semua bahawa agama Kristian sebenarnya direka-reka sebagai agama duniawi semata-mata. Buat pengetahuan mereka, apabila seorang Kristian nazak, setiap paderi tertinggi bertugas membisikkan ke telinganya bahawa Islamlah agama yang sebenar! Oleh kerana 25 pelajar tersebut telah mengetahui perkara sebenar, mereka semua tidak akan dapat keluar dari gereja besar dan akan dibunuh!

Semua pelajar merancang untuk melepaskan diri. Setelah sekian lama merancang, mereka berjaya meyakinkan seorang pengawal untuk membebaskan mereka. Tetapi pengawal tersebut meminta US$4 juta! Mereka bernasib baik kerana mereka ditaja oleh kerajaan negara masing-masing. Mereka pun merasuah pengawal tersebut dengan wang biasiswa mereka yang berjumlah (atau melebihi) US$4 juta. Pengawal tersebut, setelah menerima habuannya, berkata bahawa rahsia pelajar-pelajar tersebut akan disimpan dengan membunuh seorang lagi pengawal sebagai alasan kepada Paus bahawa pengawal yang dibunuh itulah seorang pembelot. Pelajar-pelajar tersebut hanya mempunyai satu jalan untuk keluar iaitu dengan menggunakan terowong bawah tanah yang akan membawa mereka ke laut (tepi laut untuk lebih tepat). Mereka terpaksa berenang meredah salur najis (terowong bawah tanah itu sebenarnya salur najis. Mengingatkan saya pada satu adegan dalam filem Johnny English)! Apabila mereka berjaya sampai di tepi laut, terdapat sebuah bot yang menunggu mereka semua. Bot tersebut disediakan oleh pengawal tersebut (baik hati juga pengawal tersebut)! Kita pun tahu yang mereka melarikan diri dengan menggunakan bot tersebut dan setelah itu, mereka mengikut haluan masing-masing (seperti filem Hollywood pula)! Si pemuda Sarawak terus menghubungi bapa saudaranya. Bapa saudaranya memberi amaran supaya jangan kembali ke Malaysia kerana seluruh negara telah mengeluarkan arahan untuk membunuhnya! Maknanya dia telah disenarai hitamkan dan diburu (dalam erti kata lain, wanted)! Dia pun melarikan diri ke Mesir, tinggal di sana dan menjadi at-tahfiz (setelah memeluk agama Islam).

Sehingga sekarang dia tidak kembali ke Malaysia! 24 orang pelajar yang lain pula kebanyakannya telah mati dibunuh! Mereka menggunakan pengintip untuk menjejaki gerak-geri pelajar tersebut.
Dalam kisah ini juga, ada dinyatakan oleh pengarang asal akan makna di sebalik upacara meniup lilin di atas kek hari jadi. Kek melambangkan dunia dan api lilin melambangkan cahaya keislaman. Lilin yang ditiup melambangkan cahaya/syi'ar Islam yang dipadamkan/hilang dari dunia. Kek yang dipotong-potong dan dimakan melambangkan apabila tiada cahaya/syi'ar Islam, dunia telah ditakluki oleh musuh-musuh Islam! Saya juga bersetuju dengan pandangan pengarang asal bahawa kita umat Islam terlalu mengikut budaya Barat walaupun saya sendiri tidak percaya akan makna tersirat di sebalik majlis hari jadi.

Asal-usul holy water juga diterangkan. Di gereja besar tadi, setiap tahun ada satu majlis yang hanya boleh disertai oleh paderi dan rahib tertinggi di seluruh dunia. Mereka melakukan apa sahaja termasuk berzina! Bayi yang dilahirkan daripada perzinaan akan dibunuh dan darahnya akan disuling untuk dijadikan holy water!


:-?#:-S#:-S
By: Abdul MalikIshak Bin Madihi
:)cgrock
 
Last edited:
bos, len kali buat perenggan ye..hehee
anyway, thanks for the good info.
 
pening kepala baca..tp nice story..
 
aku rase citer dongeng jer nie, ISLAM x perlukan citer-citer mcm nie untuk tunjukkn kebenaran ISLAM
 
Holy Water berasal dari darah kakakak:eek::eek::eek::eek:
lawak je ni.
selalu sya p church dan pda hari Paska atau hari2 dekatnya perayaan Kristian pembantu2 church menyediakan air paip bersih dalam baldi besar. Paderi akan memberkati air tu.
Mana ada darah:eek::eek::eek::eek:
info2 cam TT copy paste tu banyak sya nampak kat google atau blog2 anti Kristian.
 
Holy Water berasal dari darah kakakak:eek::eek::eek::eek:
lawak je ni.
selalu sya p church dan pda hari Paska atau hari2 dekatnya perayaan Kristian pembantu2 church menyediakan air paip bersih dalam baldi besar. Paderi akan memberkati air tu.
Mana ada darah:eek::eek::eek::eek:
info2 cam TT copy paste tu banyak sya nampak kat google atau blog2 anti Kristian.

Tula aku da tulis td...nih aku share pasal aku suka gaya penceritaan mamat tu..cuba tgk nama dia...:)cgrock
Pepun setahu aku |Holy Water tu yg biasa aku dgr...
ada 3 Version...:-?:-?
1)Air Baptis
2)Air yg dicelup Salib lama kat Vatican/atau sisa kayu salib..
3)Air yg dibaca mentera...
 
Back
Top
Log in Register