BTC USD 84,143.2 Gold USD 4,146.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

Kisah 5.11

Walaupun mendapat respon yg agak mengecewakan dr SZ sewaktu meluahkan perasaan aku masa berjumpa dia tp aku masih berupaya menyembunyikan kekecewaan yg aku rasai.. Tak sia-sialah aku memasang aweks lebih dari satu sebab time kecewa camni aku masih ada tempat utk mengadu dan melupakan segala kekecewaan..

Berbalik dengan sambungan kisah aku selepas selesai pertemuan dengan SZ, malamnya aku tetap menghubungi dia sekejap sebagai tanda aku dengan dia masih bersahabat seperti biasa. Tetapi sebelum mengakhiri perbualan itu dia kata ada perkara yg ingin dia sampaikan kat aku tp bukan melalui telefon katanya.. Nanti dlm masa 2-3 hari dia akan tuliskan melalui email.. Isyk apa ke benda pulak ni? Aku dah suspen dan dah bermacam-macam yg aku fikirkan sampai kotak fikiran aku yg tak berapa luas ni dah sendat dengan pertanyaan dan persoalan... Tak percaya? Korang boleh x-ray kepala aku masa tu kalau korang nak dan konfirm korang boleh nampak tanda soal sikit punya banyak dan besar berlegar-legar dalam otak aku ni...

Keesokkan harinya pagi-pagi lagi aku dah mintak tolong kawan aku hantar ke Stesen Komuter Serdang. Selepas subuh ajer aku dh terpacak kat stesen tu. (nasib baik aku tak terpacak sebelum subuh lagi). Dengan perasaan riang campur sedikit kecewa yg berbelah bagi seperti perasaan seorang penternak ayam yg berjaya menangkap kembali ayam peliharaannya yg terlepas tetapi kat badan penuh taik ayam, aku memulakan perjalanan ker Shah Alam.. Sampai sahaja di Stesen Komuter kawan aku dh sedia menanti. Tanpa melengahkan masa kawan aku terus merempitkan motor Yamaha RX-Znya menuju ke rumah sewa. Sempat gak aku mandi-manda, berehat dan sarapan sekejap... Dah sampai masa temu janji jam 12.00 tgh aku pun dihantar oleh kawan aku ke KFC Seksyen 18 Shah Alam.. (betul ker erk wujud tempat ni? Aku pun dh ingat-ingat lupa) Seperti yg dijanjikan J telah siap sedia menanti kehadiran aku. Nampak sangat dia pun tak sabar-sabar gak nk jumpa aku.. Maklumlah baru pertama kali bersua muka setelah sekian lama berhubungan melalui SMS dan panggilan telefon sahaja.

Seperti kebiasaan lagi kami terus menuju ke kaunter dan terus memesan makanan yg diingini.. (nape eerk zaman ni asal dating jer kat KFC? Kaya betul KFC sebab aku selalu asal dating dengan awek jer mesti kat KFC.) So bermacam-macam perbualan yg aku pun dah tak berapa ingat tetapi yg aku tau J ada bagitau yg dia dah nk berhenti kerja part time dan nak balik kampung... (ni yg payah sket sebab balik kg nnti aku kena bagikan masa utk 2 orang) Aku pun tanpa sebarang bantahan pun setuju ajer dengan keputusan J untuk balik ke kampung... So kiranya pertemuan pertama aku dengan J hanya berlangsung dalam masa 2 jam sahaja sebab aku pun kesian dengan member aku yg terpaksa tunggu aku.. Lagipun aku tak datang dengan kenderaan sendiri kerana tak biasa dengan jalan sekitar Shah Alam...

Sebelah malamnya pulak tiba-tiba si FF call aku sampai 2-3 kali tetapi aku tak perasan sebab masa dating ptg tadi aku set vibrate jer kt hp.. Mujur kali ke-4 baru aku perasan. FF dah soal-siasat aku macam-macam dan jenuh aku memberi alasan.. Sampai dia tuduh " entah-entah abang pergi dating dengan orang lain tak kat sana?" mujurlah aku ni bukan yg jenis gabra sekarang. Dengan elok-elok aku bgtau yg aku sajer bercuti jumpa kawan-kawan lama. Pastu siap aku suruh kawan aku bercakap sekejap tolong coverkan utk aku.. Sian kawan aku dah terpaksa berbohong hanya kerana nk menyelamatkan aku.. So selamat ler aku untuk kali ni dari terkantoi.....

Selesai menjalankan kewajipan dan tugas aku untuk berjumpa dengan SZ dan berdating dengan J maka aku pun kembali semula ke tempat kerja aku.. Penat memang penat tapi rasa berbaloi jugak sebab sekurang-kurangnya aku dah confirmkan mendeclare dengan J bahawa kami dah jadi couple.. Isyk inilah kata orang tua "takde bala, biawak hidup dipikul.." Buatnya biawak tadi meronta-ronta dan mencakar kukunya yg panjang kt muka siapa yg susah? Eh ni apa ke hal pulak terbabas sampai ke cerita biawak? Selang sehari selepas bertemu SZ seperti yg telah dia janjikan maka aku pun menerima satu email dari dia...

'Assalamualaikum..
Hai Jemmy.. Apa khabar? Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya apa yg terkandung dalam email ni nanti bakal menyakitkan hati Jemmy... Terima kasih kerana sudi datang bertemu dengan saya hari tu. Tapi saya tidak sangka pertemuan kita telah menyebabkan ada hati yg terluka.. Iyer Jemmy.. Teman lelaki saya amat berkecil hati dan sekarang sampai demam kerana begitu takut dan cemburu kerana saya bertemu dengan awak tempohari. Dia cemburu kerana dulu saya selalu ceritakan tentang diri awak kt dia. Dia takut saya akan berubah hati dan menerima awak. Saya buntu.. Saya terlalu menyayangi dia.. Malah saya akan balik ke kampung esok untuk bersua dengan dia dan mejelaskan keadaan yg sebenarnya. Saya sanggup kehilangan kawan tetapi saya tak sanggup kehilangan dia Jemmy.. Maafkan saya.. Mungkin sudah takdir persabahaban kita hanya sampai di sini.. Maafkan saya..

Wassalam..

Gulp.. tertelan air liurku setelah selesai membaca email dari SZ.. Memang sudah ditakdirkan aku bukan jodohnya malah persahabatan kami pun dah berakhir... Takpelah, aku redha dengan ini semua.. Walau pahit camna pun aku terima keputusan ini dengan hati yg terbuka. Malah tidak ada perasaan dendam pun cuma sekadar ada sedikit hati yg terguris kerana janji persahabatan itu telah dimungkiri.... Aku pun membalas email dia dengan hanya menulis "Terima kasih di atas segalanya untuk persahabatan yang terjalin selama ini. Maafkan saya dan halalkan makan minum saya selama perkenalan kita." Maka berakhirlah kisah cinta syok sendiriku dan berakhirlah jua persahabatan kami.....

...sambung lagi...


Ku sangkakan dikau pecinta yg setia
rupanya dikau bapak segala boyer..:p :p :p
 
ala sajer2 nk berkongsi pengalaman jadi nakal masa zaman muda2 hehehehe...

wei sambung ler copek wei...
aku dah x sabo nak dengor citer ko..

tunggu sambungan citer ko nih wat au teringatkan time blaja kat U dulu2...masa tuh rase xsabo2 dok nunggu sambungan citer2 komik cine..cam alam perwira, raja rimba, pedang setiawan....:)) :)) :))

macam tuh ler keadaan aku skrg...
kalu bukak jer CG mesti carik thread ko dulu...
nak tengok sambungan citer ko, mila n nemo...
 
mila & nemo, aku cadangkan hang jugak buat index, nanti senang pembaca nak cari susur galur citer hang...
 
wei sambung ler copek wei...
aku dah x sabo nak dengor citer ko..

tunggu sambungan citer ko nih wat au teringatkan time blaja kat U dulu2...masa tuh rase xsabo2 dok nunggu sambungan citer2 komik cine..cam alam perwira, raja rimba, pedang setiawan....:)) :)) :))

macam tuh ler keadaan aku skrg...
kalu bukak jer CG mesti carik thread ko dulu...
nak tengok sambungan citer ko, mila n nemo...

sabar la bro.. tunggulah nnti ada masa aku ngarang lagi.. lagipun bukan senang nk kupas idea ni.. kena take time dan tunggu masa dan mood yg sesuai...
 
Alaaaaa....siannya Azmi. Lepas sorang2 awek dia putuskan perhubungan. Takpe, ada lagi tiga orang...:)paid

Sambung Azmi...sambung :)cgrock
 
mila & nemo, aku cadangkan hang jugak buat index, nanti senang pembaca nak cari susur galur citer hang...

Cite aku pendek je. Nanti aku sambungkan bahagian terakhir. Hang cite la pulak pasal kisah cinta hang, Semut. Adakah kisah cinta hang sehebat cinta Nemo dan Azmi...:D
 
wei sambung ler copek wei...
aku dah x sabo nak dengor citer ko..

tunggu sambungan citer ko nih wat au teringatkan time blaja kat U dulu2...masa tuh rase xsabo2 dok nunggu sambungan citer2 komik cine..cam alam perwira, raja rimba, pedang setiawan....:)) :)) :))

macam tuh ler keadaan aku skrg...
kalu bukak jer CG mesti carik thread ko dulu...
nak tengok sambungan citer ko, mila n nemo...

Cepat, Norza. Cite kisah cinta ko pulak :D
 
dalam pembikinan
 
alahai tak sabo nak tau citer seterusnye..
 
Back
Top
Log in Register