BTC USD 84,364.2 Gold USD 4,140.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

walau seribu pengorbanan belum cukup untuk satu cinta...:-? :D
 
Sekadar Memori...

Kisah 5.14

Begitu banyak peristiwa yang menyedihkan berlaku telah aku alami dalam tahun ini. Ibarat tahun berduka atau berkabung sehinggakan aku menjadi sedikit pendiam dan prestasi kerja aku agak merudum. Kalau diibaratkan dengan pasaran saham BSKL nampak sangat graf saham itu jatuh mendadak hingga ke paras terendah. Maunya tak bersedih kan? Satu persatu cintaku pergi dan berlalu… Tapi yang paling parah apabila percintaanku dengan C mendapat tentangan dan halangan dari keluarga kami. Puas memujuk rayu keluargaku sendiri tetapi akhirnya aku mengalah kerana aku tidak mampu. Biar C marahkan aku dan menuduh aku bacul dan pengecut kerana tidak berani melawan kehendak keluarga.. Biarlah apa jua tanggapan dia… Dalam SMS, C banyak memujuk aku sehinggakan sampai ke tahap dia ajak aku kahwin lari.. Apa ke gila nak kahwin lari?? Kan penat tu berkejaran sebab nak kahwin.. Apapun jawapan aku tetap tidak….. Keluarga tetap nombor 1!!!

Hubungan dengan J pun dah tamat, dengan C pun dah sampai ke penghujung.. Siapa lagi yang aku ada? Harapan aku hanyalah pada FF dan R sekarang.. Kenapa aku tidak berusaha mencari cinta gantian secepatnya?? Isyk macam masuk acara lari berganti-ganti plak aku rasa… Kali ni aku cuba sedaya mungkin untuk menjaga hubungan aku dengan FF dan R.. Tapi mungkinkah pisang emas berbuah kali ke-3?? Ya… Memang pasti pisangku berbuah kali ke-3.. R mula menunjukkan tanda-tanda yang dia ingin memutuskan hubungan dia denganku… Memang aku akui semuanya berpunca dari silap aku sendiri.. Dalam banyak-banyak aweks, aku agak mengabaikan R.. Jarang sangat aku SMS dan call dia.. Tapi masa tu dia takde HP memang ler agak susah aku nk hubungi dia. Tapia pa lagi alasanku setelah aku sendiri yang menghadiahkan dia HP lengkap dengan talian prepaid sekali… Aku tetap jarang juga berhubungan dengan dia di atas alas an aku agak sibuk dengan kerja harian… Tapi akukah yang bersalah sepenuhnya?? Tidak aku tidak bersalah 100%. Silap R juga yang pernah berkata dia masih belum bersedia untuk berkahwin dengan aku dalam masa terdekat ni.. DIa pernah bagitau yang dia hanya bersedia untuk kahwin dengan aku apabila dia berumur 27 tahun. Isyk giler ker masa aku kenal dia baru berumur 22 tahun.. Alamat berjanggut ler aku nak tunggu.. Dah ler umur aku dah nak cecah 30.. Jadi sebagai pembaca yang budiman, anda rasa siapa yang patut dipersalahkan??

Aku masih memujuk R supaya yakin dengan cinta aku. Untuk membuktikan kesetiaanku, aku telah mengambil cuti yang disambung dengan cuti hari minggu untuk pulang ke kampung bertemu R. Kali ni aku menjemput dia di rumahnya dengan kereta aku… Aku renung jauh ke dalam mata dia.. Memang jelas ketara nampak yang dia memang sudah kurang yakin dengan aku dan cinta aku… Aku bawa R pergi ke pantai yang pernah menjadi saksi pertemuan kami dulu.. Kali ini dia tidak ceria seperti mana aku bertemu dengan dia dulu.. Malah dia kurang bercakap.. Hanya duduk dengan diam dan sepatah yang aku tanya hanya sepatah yang dia jawab. Sampaikan aku sendiri mati kutu. Malah bukan takat kutu, kalau ada hama ker hamster dah lama mati gak dengan keadaan pertemuan yang tidak ceria itu….

“Kenapa awak tidak mahu memaafkan abang?” Tanyaku memutuskan litar kesunyian yang mula mengambil alih apabila masing-masing diam tak berkata. Dia masih mendiamkan diri.. Tanpa sebarang jawapan sambil menguis-nguis pasir pantai dengan sebatang ranting…. Mataku tertancap ke arah pasir itu apabila dia mengukir pasir itu dengan patah-patah perkataan… “Isyk main tulis-tulis kat pasir pulak” kata hatiku pada diriku sendiri yang kehairanan…
“ABANG TIPU” … Sebesar anak badak sumbu tulisan yang dia tulis di pasir itu…
“Apa yang abang tipu?” Tanyaku lagi dengan gaya membela diri tahap tenuk pemalu terkantoi berak tengah denai hutan.

“Dah ler abang.. Saya dah letih dengan janji-janji abang…Dulu abang janji akan kerap berhubungan dengan saya.. Ini usahkan kata telefon, SMS pun jarang-jarang sangat. Asyik-asyik alasan sibuk. Kadang-kadang saya rasa diri saya ni macam takde pakwe. Tak macam kawan-kawan lain yang selalu berhubung dengan pakwe masing-masing sampai tak kira siang dan malam. Tapi saya? Camna abang layan saya?” Kali ni aku yang terpaku dengan paku 15inci ditapak kaki terus menikam ke dalam kerak bumi...

“Iyerlah abang mengaku kesilapan abang. Kali ni abang berjanji takkan abaikan awak lagi.. Bagilah abang peluang kali ke-3” rayuku tanpa segan silu lagi sambil menjatuhkan air muka ego yang kononnya memegang prinsip tak suka merayu andainya orang dah tak sudi. Ibarat meludah ke langit jatuh air liur basi busuk tepat ke atas muka sendiri betul-betul kat lubang hidung pulak tu. Apa boleh buat.. Dah memang salah aku sendiri mengabaikan R.

“Cukuplah abang… Saya rasa tiada gunanya lagi kita meneruskan perhubungan ini. Dulu saya dah bagi abang peluang 2 kali, tapi abang mempersia-siakannya… Jomlah kita balik” sambung R lagi menyentap sekali sinar harapanku untuk memujuk dia. Tak sangka pulak kali ni dia benar-benar serius dan tak mahu memberikan aku peluang lagi….. “Ambillah semula telefon abang ni. Terima kasih sebab sudi hadiahkan kat saya dulu” kali ni aku makin terkedu. Aku menolak dengan baik sebab aku takkan nak ambik balik barang yang aku dah hadiahkan kat orang… Dengan perasaan yang kecewa, aku menghantar R balik… Aku tidak terus balik ke rumah tapi aku singgah di pantai lain untuk menenangkan perasaan. Kekecewaan berulang lagi dan lagi dan mungkin akan berulang lagi dalam episod yang seterusnya…..

…Sambungan kekecewaan…
 
Last edited:
mana ler si nemo punya kisah ni.. ckp nk publish hari ni.. tp ni dah ptg xde pun???
 
Azmi, walaupon ko buleh dikategorikan sebagai al-boyer, tapi aku sedih gak baca kisah ko. Kesiannn kat ko...:(

Dasat gak ko ekkk...umo ko dah nak cecah 30 tahun tapi awek ko baru 22 tahun...:)paid
 
kisah cinta aku hanya 2 ...s kali menangis..tiada tiga hingga kini
 
Back
Top
Log in Register