BTC USD 81,828.5 Gold USD 4,023.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

dimalamnya napi telah berbincang untuk meminta bantuan ustaz tersebut dengan isterinya dan disetujui oleh isterinya

pada hari yang dijanjikan napi telah berkunjung kerumah sahbat nya ustaz tersebut

menurut ustaz didalam rumah napi itu ada satu keluarga jin yang tinggal dirumah tersebut

napi meminta bantuan ustaz itu untuk menghalau jin tersebut

namun ustaz tersebut menyatakan sukar kerana menurutnya jin tersebut adalah jin islam agak sukar untuk diselesaikan kerana bagi mereka rumah itu adalah seperti rumah mereka

namun menurut ustaz itu gangguan itu mungkin berlaku seketika kerana keluarga jin itu belum mengenali napi sekeluarga

jika mereka melihat napi sekeluarga kuat mengamalkan perintah tuhan kelak mereka tidak akan mengganggu napi lagi kerana mereka suka dengn orang yang kuat beramal ibadat tuhan

sebelum napi beredar dari rumah tersebut ustaz telah menyuruh napi sentiasa mengamal kan bacaaan selawat tafjariah sebanyak 313kali setiap hari

napi telah bersetuju untuk mengamalkan bacaan selawat tersebut

pada satu malam ketika mengamalkan amalan selawat tafjariah atau selawat nariyah tersebut napi telah ternampak satu lembaga aneh berwarna hijau berkepala gondol dan mempunyai wajah yang amat buruk

muluut lembaga itu menyenget dan telingga nya seperti telinga lembu dan bibirnya amat tebal sekali sedang mencangkung dihadapannya

napi mengucap salam"assalamualaikum"

lembaga tersebut terkejut kehairanan "mcmner kau boleh lihat aku"

napi terus berkata"kot yer pun takkan lah tak jawab salam tak baik tau orang islam tak jawab salam saudara yang lain"

lembaga tersebut lebih terkejut lagi langsung bertanya"mcmner kau boleh tau agama aku"

napi terus berkata"jawablah salam dulu"

lembaga tersebut terus menjawab salam"waalaikum salam"

belum sempat lembaga tersebut bertanyakan soalan napi terlebih dulu bertanya"kau buat apa dalam rumah aku nie lebih elok kau tinggalkan rumah akuni?"

lembaga tersebut menjawab"bila masalak rumah nie rumah kau ini rumah aku aku dulu yang duduk dalam rumah nie dah tu kau sekeluarga tumpang kat rumah aku nie kalau nak keluar kaulah yang keluar"

napi terus berkata"mana boleh bila masalak aku tumpang rumah kau nie aku menyewa kat sini baik kau keluar dari rumah aku nie"

lembaga itu berkata lagi"itu aku tak tau tapi aku dok sini dulu dari dan kau kacau tempat tinggal aku patut kau yang sepatutnya keluar dari sini"

mereka terus bertengkar berkenaan status empunya rumah yang sedang mereka huni akibat tiada kata sepakat yang dicapai napi telah memberikan satu cadangan "mcmnilah kalau kau nak sangat tinggal dalam rumah nie kita bayar sewa separuh separuh"

lembaga itu yang tadinya menunjukkan keras kepalanya mula berlembut"aku mana ada duit nak bayar sewa rumah nie"

napi terus berkata "kata nak duduk kat sini aku pun menyewa kau pun bayarlah sewa biar adil separuh separuh"

lembaga itu dengan sedihnya berkata"mana aku ada duit nak bayar sewa"

napi menjawab"kot takder duit jangan dok rumah"

lembaga itu berkata lagi dengan sedihnya"aku takder tempat tinggal lain inilah tempat tinggal aku dah lama aku tinggal kat sini sekeluarga kot kau halau aku mana aku nak tinggal"

selepas ia separuh merayu ia pun terus menghilangkan diri

selepas malam itu napi telah membuat kenduri doa selamat dirumah tersebut dan semenjak kenduri doa selamat itu beliau sekeluarga tidak lagi diganggu oleh jin rumah tersebut

semasa beliau menceritakan kejadian tersebut kepadaku aku sempat bertanya beberapa soalan kepada beliau

"napi kau tak takut ker nampak benda tu"

beliau menjawab"mau tak takut pelik semacam rupa mahkluk tu aku punya remang bulu roma kat leher sampai rasa kepala aku besar kepala gajah"

aku terus bertanya "sekarang nie jin tu ada lagi ker"

napi menjawab"ada cuma lepas aku buat doa selamat tu mereka tak kacau aku lagi sebab mungkin mereka rasa aman tinggal dengan aku yelah keluarga kami pun bukan pernah buat apa apa masalah dengan melakukan apa apa maksiat lagipun setiap lepas maghrib anak anak aku memang belajar ngaji dnegan bini aku tu sebab mereka tak kacau sebab mereka pun golongan islam gak"
suka la citer ko nie nazim.....:)cgrock:)cgrock
 
dah sambung dah kat bawah dia tu penghabisan cerita nanti saya akan bagi satu lagi cerita seram tapi tak ler seram sangat berkenaan pengalaman saya menuntut ilmu silat cimandi asli

Tempat = jalan nak balik kerumah aku di parit baharu
Masa = antara jam 0001-0100
Ahli = aku
suspek hantu = harimau belaan

cerita nie bermula ketika aku berusia 15tahun diwaktu tu belum ada lagi peperiksaan pmr yang ada hanyalah peperiksaan srp untuk pelajar sekolah tingkatan tiga

pada tahun aku nak amik srp tu aku telah belajar silat yang digelar silat cimandi asli

latihan selalunya bermula selepas isyak dan berakhir pada tengah malam

oleh kerana kebanyakan latihan ini diikuti oleh pelajar sekolah maka latihan hanya akan dibuat pada malam sabtu dan malam ahad sahaja

cuma seandainya ada yang nak membuat latihan juga gelanggang tetap boleh digunakan pada malam malam lain

al maklumlah malam bersilat siang kat sekolah dah tentu ngantuk sehingga kawan menyindir tulah kau orang malam malam tido kau bantai hap sini hip sini buat per kan dah ngantuk

apa yang boleh saya lakukan hanya tersenyum bila mendengar sindiran kawan

sehinggalah pada satu malam beberapa orang kawan saya telah bermain main ketika latihan silat sewaktu tu guru yang mengajar silat tiada ketika tepat jam 0001 pagi terdengar ngauman harimau semua orang ketakutan dan pada malam tersebut tiada seorang pun yang balik kerumah kesemuanya menumpang tidur dirumah tok guru silat

beberapa orang kawan telah bercerita kisah tu kepada aku tapi aku tak percaya kisah tersebut mana mungkin kat kampung kami ada harimau kalau ada dah tentu ada binatang peliharaan yang kena serang dnegna harimau tersebut

mak aku pernah cerita dnegna aku berkenaan ayah tok guru silat aku yang telah meninggal

menurut cerita mak aku ayah tok guru aku tu dukun dan ada bela harimau

aku ketawa punyalah keras perutnya dan berkata sambil menyindir mak aku "betul tu mak lepas tu harimau tu pergi baham kepala ayah tok guru tu dan dia pun meninggal betul tak"

mak aku yang cuba meyakinkan aku terus menjawab"betul mak cakap yang betul arwah datuk kau dah banyak kali terserempak dengan belaan tu kat rumah dia"

aku dengan nada mengejek berkat "ingat senang ker nak bela rimau kena ada lesen bukan senang senag jer"

mak aku yang malas nak layan karenah aku cuma berkata"yang dia bela tu belaan"

aku yang malas nak berdebat dengan mak aku cuma diam sahaja

sehinggalah selepas sebulan aku belajar silat disana satu malam tok guru telah mengeluarkan arahan

"wak harap mulai malam nie sampai wak bagitau kelak sebelum jam 10 korang mesti dah ada kerumah oleh itu wak harap kalau nak berlatih silat datanglah awal iaitu lepas maghrib bukan lepas isyak mcm biasa sebab wak bebaruni dapat alamat yang kurang baik"

didalam hatiku tercetus

"ish orang tua nie mesti nak tengok gusti nie sampai suruh orang balik sebelum jam 10"

secara kebetulan pada waktu itu setiap malam khamis memang ada rancangan gusti pada jam 10malam dan tok guru aku memang minat betul dengan rancangan gusti tu

pada satu malam selepas selesai latihan silat beberapa kawan aku mengajak aku pergi melihat latihan silat digelanggang lain

aku yang memang betul minat silat terus bersetuju dengna rakan aku tu kami berlima telah mengayuh basikal sejauh hampir 6km meredah malam tanpa lampu untuk sampai kegelanggang tersebut al maklumlah malam tu pun bulan mengambang terang

dimalam itu kami dengan khusuknya telah melihat latihan silat digelanggan tersebut sehingga lewat malam

selepas malam semakin larut kami pun pulang kerumah masing masing secara kebetulan rumah aku adalah rumah paling jauh dari gelanggang silat tersebut

ketika mengayuh basikal saya menyanyi lagu suci dalam debu nyanyian salem iklim yang sedang popular diwaktu itu

hampir satu km lagi saya sampai kerumah saya baru menyedari bahawa saya sedang diekori

bila saya menoleh belakang

ya allah

terkejut sungguh saya seekor harimau setinggi tempat duduk basikal saya anggaran panjang dalam sedepa sedang mengekori saya

seluruh tubuh saya menjadi lemah sehingga tidak mampu lagi untuk mengayuh basila namun saya gagahkan jua

sebelum nie saya pernah terserempak dengan hantu dan saya berjaya berlari dengan jayanya tapi bila berdepan dengan pak belang memang tak sama berdepan dengna hantu rupanya

dalam ketakutan yang amat sangat itu saya berkata dalam diri saya
apa kata aku minta izin dengan dia aku nak pergi jalan aku biar dia pergi jalan dia

kemudian aku menoleh belakang dan berkata kepada pak belang yang sedang mengekori aku

"salam tok anak cucu tumpang lalu nak cari rezeki tok pergilah cari rezeki tok biar anak cucu cari rezeki anak cucu"

kemudian terlintas dalam hatiku bagaimana kot dia jadikan aku rezekinya tak ker naya

aku terus menoleh kebelakang dan berkata dengan dia "tok minta ampun minta maaf tok kot tok nak cari rezeki janganlah jadikan anak cucu ni rezeki tok carilah rezeki lain bumi tuhan nie luas"

kemudian terlintas pula dalam hatiku ish mungkin sebelum aku cakap mcm tu dia nie tak ingin dnegna daging aku lepas aku cakap tentu dia berselera dengan daging aku

aku menoleh lagi lalu berkata "tok daging anak cucu nie tak sedap tok minta ampun minta maaf tok jangan lah ngap anak cucu"

serasa nak menangis waktu tu punyalah takutnya tapi dalam pelan pelan aku sampai kerumah jua aku terus ketuk pintu sekuat hati apabila telah masuk kerumah serasa tempurung lutut ku hilang arwah ayah ku yang membukakan pintu kehairanan melihat muka ku yang pucat

pada keesokan paginya aku bercerita dengan mak aku dengan nada mengejek mak aku berkata

"tulah dulu mak cakap tak percaya kau kata ngap lah ngip lah sekarang mcm ner"

aku tidak berpuas hati dnegan penjelasan mak aku

pada malamnya aku pergi berjumpa dnegan tuk guru silat aku bersemuka dnegan nya cerita dengan dia

tuk guru aku tersenyum lalu berkata

"tulah tok dah kata jangan balik lebih dari pukul sepuluh tak nak dengar benda tu kawal kau bukan nak cedera kan kau "

sambung beliau

"yang kau takut sangat samapai tak bagi dia ngap kau pehal"

dalam hatiku berkata aik mcm ner orang tua nie boleh tau aku takut dan aku ada cakap jangan ngap aku

bermula dari malam tu dan semenjak malam tu tuk guru aku telah menghapuskan pantang tersebut dan kami bebas untuk balik pada jam berapa sahaja

itulah cerita saya yang selanjutnya
 
suka la citer ko nie nazim.....:)cgrock:)cgrock

sebabtulah sekiranya kita baru pindahrumah buatlah kenduri doa selamat sebagai menandakan kita nie orang islam kepada penghuni yang tak nampak dirumah baru kita

disamping itu dalam sehari hari penuhkanlah rumah kita dengan bacaaan al quran sekurang kurang surah yasin tiap lepas solat maghrib kerana seandainya penghuni tak nampak kita bukan terdiri dari yang islam mereka akan kepanasan

dan sekiranya yang islam mereka akan rasa tenang aman nyaman dalam rumah kita berkat amalan baik yang kita buat

sebenarnya penghuni yang tak nampak ini suka duduk diatas syiling rumah kita

sebab tulah sekiranya kita menjenguk kedalam syiling kita akan rasa sayup perasaan kita

mereka nie pun ada fungsi dan berguna kepada kita sebenarnya tapi kita yang tak menyedari

antara kegunaannya sekiranya penghuni yang tak nampak ini terlihat jin jin kafir yang nak dok rumah kita mereka akan halau jin jin kafir ini

ada sebahagian jin jin kafir ini akan memberi mudharat dengan izin allah kepada kita dengna ilmu sihir mereka tapi sekiranya jin jin islam ini melihat jin jin kafir mereka akan anggap jin jin kafir ini menceroboh kawasan rumah mereka dan secara tak langsung dan secara tak sedar mereka telah melindungi kita dari ancaman jin jin kafir ini

begitulah maha bijaksananya tuhan mengatur makhluknya

dan seandaikan rumah kita dipenuhi maksiat maka kita akan berkongsi rumah dengna jin jin kafir dan tuhan akan membiarkan nasib kita kepada jin jin kafir itu sebab itulah apabila kita masuk kerumah orang alim seperti ustaz kita akan merasa tenang walaupun buruk tetapi jika kita masuk rumah orang yang kurang beriman atau orang kafir kita akan rasa sedikit bercelaru akibat aura buruk dari jin jin ini

paling kurang akibat aura buruk ini kita akan rasa malas untuk beramal ibadat kerana mengikut kelakuan penghuni rumah yang tidak kelihatan
 
kalam79, astrowan, jefri90, alonso, ahmad139, ammirul_rotu, iqwan, donatello, Arxtivation

makin malam makin ramai lak
 
mcm ye nak bersihkan aura kita ?:-?
 
Tempat = jalan nak balik kerumah aku di parit baharu
Masa = antara jam 0001-0100
Ahli = aku
suspek hantu = harimau belaan

cerita nie bermula ketika aku berusia 15tahun diwaktu tu belum ada lagi peperiksaan pmr yang ada hanyalah peperiksaan srp untuk pelajar sekolah tingkatan tiga

pada tahun aku nak amik srp tu aku telah belajar silat yang digelar silat cimandi asli

latihan selalunya bermula selepas isyak dan berakhir pada tengah malam

oleh kerana kebanyakan latihan ini diikuti oleh pelajar sekolah maka latihan hanya akan dibuat pada malam sabtu dan malam ahad sahaja

cuma seandainya ada yang nak membuat latihan juga gelanggang tetap boleh digunakan pada malam malam lain

al maklumlah malam bersilat siang kat sekolah dah tentu ngantuk sehingga kawan menyindir tulah kau orang malam malam tido kau bantai hap sini hip sini buat per kan dah ngantuk

apa yang boleh saya lakukan hanya tersenyum bila mendengar sindiran kawan

sehinggalah pada satu malam beberapa orang kawan saya telah bermain main ketika latihan silat sewaktu tu guru yang mengajar silat tiada ketika tepat jam 0001 pagi terdengar ngauman harimau semua orang ketakutan dan pada malam tersebut tiada seorang pun yang balik kerumah kesemuanya menumpang tidur dirumah tok guru silat

beberapa orang kawan telah bercerita kisah tu kepada aku tapi aku tak percaya kisah tersebut mana mungkin kat kampung kami ada harimau kalau ada dah tentu ada binatang peliharaan yang kena serang dnegna harimau tersebut

mak aku pernah cerita dnegna aku berkenaan ayah tok guru silat aku yang telah meninggal

menurut cerita mak aku ayah tok guru aku tu dukun dan ada bela harimau

aku ketawa punyalah keras perutnya dan berkata sambil menyindir mak aku "betul tu mak lepas tu harimau tu pergi baham kepala ayah tok guru tu dan dia pun meninggal betul tak"

mak aku yang cuba meyakinkan aku terus menjawab"betul mak cakap yang betul arwah datuk kau dah banyak kali terserempak dengan belaan tu kat rumah dia"

aku dengan nada mengejek berkat "ingat senang ker nak bela rimau kena ada lesen bukan senang senag jer"

mak aku yang malas nak layan karenah aku cuma berkata"yang dia bela tu belaan"

aku yang malas nak berdebat dengan mak aku cuma diam sahaja

sehinggalah selepas sebulan aku belajar silat disana satu malam tok guru telah mengeluarkan arahan

"wak harap mulai malam nie sampai wak bagitau kelak sebelum jam 10 korang mesti dah ada kerumah oleh itu wak harap kalau nak berlatih silat datanglah awal iaitu lepas maghrib bukan lepas isyak mcm biasa sebab wak bebaruni dapat alamat yang kurang baik"

didalam hatiku tercetus

"ish orang tua nie mesti nak tengok gusti nie sampai suruh orang balik sebelum jam 10"

secara kebetulan pada waktu itu setiap malam khamis memang ada rancangan gusti pada jam 10malam dan tok guru aku memang minat betul dengan rancangan gusti tu

pada satu malam selepas selesai latihan silat beberapa kawan aku mengajak aku pergi melihat latihan silat digelanggang lain

aku yang memang betul minat silat terus bersetuju dengna rakan aku tu kami berlima telah mengayuh basikal sejauh hampir 6km meredah malam tanpa lampu untuk sampai kegelanggang tersebut al maklumlah malam tu pun bulan mengambang terang

dimalam itu kami dengan khusuknya telah melihat latihan silat digelanggan tersebut sehingga lewat malam

selepas malam semakin larut kami pun pulang kerumah masing masing secara kebetulan rumah aku adalah rumah paling jauh dari gelanggang silat tersebut

ketika mengayuh basikal saya menyanyi lagu suci dalam debu nyanyian salem iklim yang sedang popular diwaktu itu

hampir satu km lagi saya sampai kerumah saya baru menyedari bahawa saya sedang diekori

bila saya menoleh belakang

ya allah

terkejut sungguh saya seekor harimau setinggi tempat duduk basikal saya anggaran panjang dalam sedepa sedang mengekori saya

seluruh tubuh saya menjadi lemah sehingga tidak mampu lagi untuk mengayuh basila namun saya gagahkan jua

sebelum nie saya pernah terserempak dengan hantu dan saya berjaya berlari dengan jayanya tapi bila berdepan dengan pak belang memang tak sama berdepan dengna hantu rupanya

dalam ketakutan yang amat sangat itu saya berkata dalam diri saya
apa kata aku minta izin dengan dia aku nak pergi jalan aku biar dia pergi jalan dia

kemudian aku menoleh belakang dan berkata kepada pak belang yang sedang mengekori aku

"salam tok anak cucu tumpang lalu nak cari rezeki tok pergilah cari rezeki tok biar anak cucu cari rezeki anak cucu"

kemudian terlintas dalam hatiku bagaimana kot dia jadikan aku rezekinya tak ker naya

aku terus menoleh kebelakang dan berkata dengan dia "tok minta ampun minta maaf tok kot tok nak cari rezeki janganlah jadikan anak cucu ni rezeki tok carilah rezeki lain bumi tuhan nie luas"

kemudian terlintas pula dalam hatiku ish mungkin sebelum aku cakap mcm tu dia nie tak ingin dnegna daging aku lepas aku cakap tentu dia berselera dengan daging aku

aku menoleh lagi lalu berkata "tok daging anak cucu nie tak sedap tok minta ampun minta maaf tok jangan lah ngap anak cucu"

serasa nak menangis waktu tu punyalah takutnya tapi dalam pelan pelan aku sampai kerumah jua aku terus ketuk pintu sekuat hati apabila telah masuk kerumah serasa tempurung lutut ku hilang arwah ayah ku yang membukakan pintu kehairanan melihat muka ku yang pucat

pada keesokan paginya aku bercerita dengan mak aku dengan nada mengejek mak aku berkata

"tulah dulu mak cakap tak percaya kau kata ngap lah ngip lah sekarang mcm ner"

aku tidak berpuas hati dnegan penjelasan mak aku

pada malamnya aku pergi berjumpa dnegan tuk guru silat aku bersemuka dnegan nya cerita dengan dia

tuk guru aku tersenyum lalu berkata

"tulah tok dah kata jangan balik lebih dari pukul sepuluh tak nak dengar benda tu kawal kau bukan nak cedera kan kau "

sambung beliau

"yang kau takut sangat samapai tak bagi dia ngap kau pehal"

dalam hatiku berkata aik mcm ner orang tua nie boleh tau aku takut dan aku ada cakap jangan ngap aku

bermula dari malam tu dan semenjak malam tu tuk guru aku telah menghapuskan pantang tersebut dan kami bebas untuk balik pada jam berapa sahaja

itulah cerita saya yang selanjutnya

wow...cerita paranormal ni. byknye misteri2 dlm kehidupan ni :o
 
bukanlah para normal cuma nasib saya ditakdirkan ketika kecil dulu seringkali berhadapan kisah kisah misteri cuma menjak dua menjak nie jer aman paling akhir sebulan lepas saya terlihat satu objek warna hijau terbang dilangit jam 1230malam
 
mcm ye nak bersihkan aura kita ?:-?

tak sampai pula ilmu saya kesitu cuma ada sebahagian pendapat ustaz ustaz aura ini adalah cahaya roh kita

jika kita banyak berzikir dan beramal ibadat aura kita akan jadi baik itu pendapat sebahagian ustaz ustaz

kot pendapat reiki ker prana ker apa ker tak pernah pula saya pelajari

begitulah pendapat saya yang jahil nie yang saya petik dari ustaz ustaz
 
bukanlah para normal cuma nasib saya ditakdirkan ketika kecil dulu seringkali berhadapan kisah kisah misteri cuma menjak dua menjak nie jer aman paling akhir sebulan lepas saya terlihat satu objek warna hijau terbang dilangit jam 1230malam

UFO ka tu..................

ko boleh seru ka UFo datang.......

aku nak tengok gak UFO....
 
Back
Top
Log in Register