hyde, aKuLaH, hazwanhasbi, amayzz, farid, Zex
hehehehe masih ada yang berminat untuk mendengar cerita seram yer jap saya nak cerita kisah seram dirumah sewa kawan saya hehehehehe tapi takderlah seram sangat seram sikit jer
Tempat = berhampiran tanjung malim
Masa = kejadian berlaku dalam masa sebulan
Ahli = sahabat baik aku dan keluarganya
suspek hantu = jin penunggu rumah tinggal
cerita nie bermula pada satu hari kawan baik aku bernama napi beliau bersama dua orang anak nya yang masih bersekolah rendah dan isterinya telah berpindah rumah baru yang disewa dengan harga yang agak murah
oleh kerana sewa dirumah barunya itu jauh lebih murah dari yang rumah sebelumnya tanpa berfikir panjang beliau telah mengambil keputusan untuk menyewa rumah tersebut
tapi rupa rupanya sewa yang murah yang dikenakan oleh tuan rumah tersebut mengandungi sesuatu yang pasti akan menakutkan sesiapa yang menyewa rumah tersebut
napi nie memang jenis orang warak senang cakap songkok putih memang tak lekang dari kepala dan kaki masjid pula
selepas mula menyewa rumah baru itu beliau dan keluarga beliau telah berpindah kerumah tersebut dengan gembiranya ini kerana rumah yang disewa itu lebih besar dan lebih murah seperti yang saya sebutkan tadi
tetapii rupa rupanya kegembiraan yang disangka akan berkekalan lama itu hanya sementara sahaja kerana belum cukup seminggu mereka berada dirumah itu berbagai kejadian aneh telah berlaku
kejadian aneh ini mula disedari mereka selepas 4 hari mereka menduduki rumah itu
pada suatu pagi anak perempuan bongsu napi telah menangis dan bergaduh dengan abangnya ini kerana buku latihan sekolahnya telah diconteng oleh abangnya napi telah memarahi anak lelaki dan memukul anak nya kerana kenakalannya itu
namun apa yang mula memusykilkan napi apabila anak lelaki nya menafikan bahawa dialah yang menconteng buku adiknya lagipun selama ini napi memang telah mendidik anaknya supaya tidak menipu dan anak nya memang takkan berani berbohong apabila melihatnya memegang rotan
namun napi tidak mengambil pusing perkara tersebut
walau bagaimanapun isteri napi mula mengesyaki sesuatu hal ini kerana menurut anak perempuannya sebelum ia tidur abangnya telah tidur dahulu dan sebelum dia tidur itulah buku latihan yang dibuka olehnya dan masih dalam keadaan yang baik namun selepas bangun tidur pada subuh esoknya sebelum abangnya bangun buku sekolah telah terconteng dengan teruknya
isteri napi mula mengesyaki sesuatu dan pada malamnya isteri napi bercerita berkenaan hal tersebut
namun napi tidak mengambil pusing hal tersebut walaupun napi memang mengesyaki sesuatu yang kurang enak untuk disebutkan kepada isterinya
isteri napi juga seringkali bercerita sebelum dia terlelap seringkali terdengar suara budak perempuan dan lelaki yang sedang bermain main
bagi napi kemungkinan isterinya terlalu letih seharian menguruskan kerja rumah dan anank anak nya sehingga banyak ilusi muncul sebelum tidur
sebenarnya seringkali selepas beliau balik dari masjid selepas menunaikan fardhu isyak beliau sendiri melihat seolah olah kelibat seorang lelaki yang duduk duduk diluar rumah namun apabila beliau menghampirinya kelibat lelaki tersebut ghaib ntah kemana
kadang kadang terlintas juga dihati nya adakah isterinya berbuat curang namun tidak mungkin isterinya boleh berbuat curang dihadapan anak anak nya jika ada seseorang lain sudah tentu anank anaknya akan memberitahu kepada dirinya
namun keletihan bekerja disiang hari telah membuatkan napi terus tidak ambil kisah berkenaan perkara tersebut dan enggan menceritakan kepada keluarganya kerana ia pasti jika ia menceritakan kepada keluarga pasti mereka akan ketakutan
pada satu malam anak perempuan napi telah menangis ketakutan napi dan isterinya telah berlari melihat anak perempuannya menurut anak perempuannya ada seorang wanita yang sangat hodoh berambut panjang berhidung terbalik dan bermata buta sebelah sedang memarahinya kerana ia telah tidur diatas tempat tidur anak lelakinya
isteri napi yang memang sudah sedia ada syak dengan rumah tersebut mula takut untuk duduk dirumah tersebut namun napi mententeramkan hati isterinya dan meyakinkan bahawa tiada apa yang berlakus edangkan dihati kecilnya beliau sendiri memang tidak mempercayai apa yang dikatakan kepada isterinya kerana dihatinya beliau yakin dirumah itu memang ada sesuatu yagn takkena
namun akibat kesesakan hidup diwaktu itu napi tiadda pilihan selain dari rumah itu kerana perpindahan ini telah banyak memakan duit nya dengan membayar pelbagai kos semasa perpindahan lalu
dan lebih sukar lagi kerana bukan mudah untuk mencari rumah sewa yang agak murah dalam kemampuannya yang berpendapatan rendah
napi mula menyiasat berkenaan rumah tersebut
pada paginya napi telah pergi kepada tuan rumah tersebut dan mencerita kan pelbagai cerita pelik kepada tuan rumah tersebut namun tuan rumah itu telah menafikan sekeras kerasnya akan cerita napi itu
napi yang enggan wujud pertengkaran terus meninggalkan rumah tuan rumah nya
namun hal itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus menyiasat akan keadaan rumah itu melalui orang lain
napi cuba mencari sesiapa yang tau masalah rumah tersebut
menurut jiran jiran berhampiran hampir setiap malam semasa rumah itu kosong mereka seringkali mendengar seperti ada satu keluarga tinggal dalam rumah tersebut
sihinggalah satu hari napi terjumpa dengan seorang bekas penyewa rumah itu beliau diberitahu oleh bekas penyewa itu bahawa dia sering diganggu oleh pelbagai lembaga aneh yang menggerunkan dirumah itu
walaupun lembaga itu tidak mencederakan diri dan ahli keluarganya namun tindakan lembaga itu benar benar menakutkan mereka sekeluarga dan hal itu telah membuatkan mereka terpaksa berpindah dari situ
pada satu malam ketika napi sedang menonton televisyen isteri napi menjerit hal itu telah membuatkan napi terkejut dan beliau lantas menuju kedapur dan bertanyakan sebab siisteri menjerit isterinya memberitahu kepada beliau bahawa semua makanan yang disediakan untuk makan malam mereka sekeluarga telah hilang dan apa bila dilihat keluar kesemua makanan itu telah dibuang keluar rumah hal iini berlaku ketika beliau hendak mengambil air sembahyang untuk solat isyak
napi yang memang sudah sedia ada panik terus mententeramkan isterinya supaya bersabar dan beliau berjanji akan cuba melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah itu
boleh dikatakan hampir setiap malam napi sekeluarga sering diganggu oleh berbagai kejadian aneh yang tidak masuk akal dan hal ini sudah semestinya membuatkan mereka sekeluarga tidak dapat hidup aman
sehinggalah pada suatu hari seorang kenalan napi telah berkunjung kerumah tersebut sahabat napi ini adalah seorang ustaz yang pernah mengaji di pesantren di kepualauan jawa
sebaik sahaja beliau masuk kerumah napi matanya meliar memangdang keseluruh rumah napi lantas beristighfar
ustaz bertanya"berapa keluarga tinggal kat dalam rumah nie"
napi menjawab"saya sekeluargalah ustaz"
ustaz menfikan "bukan kau sekeluarga tapi dua keluarga tinggal dalam rumah nie"
beliau bertanya pada napi lagi"napi naper kau bawak anak bini kau tinggal kat rumah mcm nie"
napi menjawab dan cuba menyembunyikan masalahnya"mcmnie mcmner tu ustaz"
ustaz tersebut terus berkata"lapang lapang nanti datanglah kerumah aku kita bercerita panjang"
napi menjawab"baiklah ustaz saya rasa kali nie saya perlu pertolongan ustaz tapi nantilah lapang lapang saya cari ustaz"
kemudian mereka bersembang kosong sambil menghabiskan waktu petang