CL's
Legendary Member

- Messages
- 14,094
Paid Membership
- Joined
- Apr 28, 2009
- Messages
- 14,094
- Reaction score
- 246
- Points
- 128
suka la citer ko nie nazim.....dimalamnya napi telah berbincang untuk meminta bantuan ustaz tersebut dengan isterinya dan disetujui oleh isterinya
pada hari yang dijanjikan napi telah berkunjung kerumah sahbat nya ustaz tersebut
menurut ustaz didalam rumah napi itu ada satu keluarga jin yang tinggal dirumah tersebut
napi meminta bantuan ustaz itu untuk menghalau jin tersebut
namun ustaz tersebut menyatakan sukar kerana menurutnya jin tersebut adalah jin islam agak sukar untuk diselesaikan kerana bagi mereka rumah itu adalah seperti rumah mereka
namun menurut ustaz itu gangguan itu mungkin berlaku seketika kerana keluarga jin itu belum mengenali napi sekeluarga
jika mereka melihat napi sekeluarga kuat mengamalkan perintah tuhan kelak mereka tidak akan mengganggu napi lagi kerana mereka suka dengn orang yang kuat beramal ibadat tuhan
sebelum napi beredar dari rumah tersebut ustaz telah menyuruh napi sentiasa mengamal kan bacaaan selawat tafjariah sebanyak 313kali setiap hari
napi telah bersetuju untuk mengamalkan bacaan selawat tersebut
pada satu malam ketika mengamalkan amalan selawat tafjariah atau selawat nariyah tersebut napi telah ternampak satu lembaga aneh berwarna hijau berkepala gondol dan mempunyai wajah yang amat buruk
muluut lembaga itu menyenget dan telingga nya seperti telinga lembu dan bibirnya amat tebal sekali sedang mencangkung dihadapannya
napi mengucap salam"assalamualaikum"
lembaga tersebut terkejut kehairanan "mcmner kau boleh lihat aku"
napi terus berkata"kot yer pun takkan lah tak jawab salam tak baik tau orang islam tak jawab salam saudara yang lain"
lembaga tersebut lebih terkejut lagi langsung bertanya"mcmner kau boleh tau agama aku"
napi terus berkata"jawablah salam dulu"
lembaga tersebut terus menjawab salam"waalaikum salam"
belum sempat lembaga tersebut bertanyakan soalan napi terlebih dulu bertanya"kau buat apa dalam rumah aku nie lebih elok kau tinggalkan rumah akuni?"
lembaga tersebut menjawab"bila masalak rumah nie rumah kau ini rumah aku aku dulu yang duduk dalam rumah nie dah tu kau sekeluarga tumpang kat rumah aku nie kalau nak keluar kaulah yang keluar"
napi terus berkata"mana boleh bila masalak aku tumpang rumah kau nie aku menyewa kat sini baik kau keluar dari rumah aku nie"
lembaga itu berkata lagi"itu aku tak tau tapi aku dok sini dulu dari dan kau kacau tempat tinggal aku patut kau yang sepatutnya keluar dari sini"
mereka terus bertengkar berkenaan status empunya rumah yang sedang mereka huni akibat tiada kata sepakat yang dicapai napi telah memberikan satu cadangan "mcmnilah kalau kau nak sangat tinggal dalam rumah nie kita bayar sewa separuh separuh"
lembaga itu yang tadinya menunjukkan keras kepalanya mula berlembut"aku mana ada duit nak bayar sewa rumah nie"
napi terus berkata "kata nak duduk kat sini aku pun menyewa kau pun bayarlah sewa biar adil separuh separuh"
lembaga itu dengan sedihnya berkata"mana aku ada duit nak bayar sewa"
napi menjawab"kot takder duit jangan dok rumah"
lembaga itu berkata lagi dengan sedihnya"aku takder tempat tinggal lain inilah tempat tinggal aku dah lama aku tinggal kat sini sekeluarga kot kau halau aku mana aku nak tinggal"
selepas ia separuh merayu ia pun terus menghilangkan diri
selepas malam itu napi telah membuat kenduri doa selamat dirumah tersebut dan semenjak kenduri doa selamat itu beliau sekeluarga tidak lagi diganggu oleh jin rumah tersebut
semasa beliau menceritakan kejadian tersebut kepadaku aku sempat bertanya beberapa soalan kepada beliau
"napi kau tak takut ker nampak benda tu"
beliau menjawab"mau tak takut pelik semacam rupa mahkluk tu aku punya remang bulu roma kat leher sampai rasa kepala aku besar kepala gajah"
aku terus bertanya "sekarang nie jin tu ada lagi ker"
napi menjawab"ada cuma lepas aku buat doa selamat tu mereka tak kacau aku lagi sebab mungkin mereka rasa aman tinggal dengan aku yelah keluarga kami pun bukan pernah buat apa apa masalah dengan melakukan apa apa maksiat lagipun setiap lepas maghrib anak anak aku memang belajar ngaji dnegan bini aku tu sebab mereka tak kacau sebab mereka pun golongan islam gak"