BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

Ok la, setelah setahun aku layan thread ni. Sampai masanya aku sumbang 1 ke 2 cerita yang bagi aku seram, bagi korang

tak tahu la...layan je k.



Tempat = Rumak famili aku di Kampung
Masa = 10 mlm - 4 pagi
Ahli = aku sorang je
suspek hantu = tak tahulah...


Kisah aku terlibat dengan kewujudan makhluk halus ni berlaku sejak aku kecik lagi. Kejadian pertama yang aku ingat

berlaku masa aku umor 5@6 tahun tapi tempat kejadian tu bukan dirumah sekarang, masa tu famili kami duduk di pahang.

Nanti la aku cerita.



Kisah yang aku nak cerita ni berkisar tentang rumah kami sekeluarga sekarang ni. Kami berpindah kesini masa aku darjah 6. Rumah ni bapak aku bina dalam dusun ayah dia so memang rumah terakhir dalam kampung kami.



Masa mula-mula nak pindah, orang kampung ada juga la bertanya bapak tak takut ke duduk situ kan ada rimau la, hantu la dan macam2 lagi..Bapak aku sengih je.:D



So bermulalah kisah kami sekeluarga duduk di tanah dusun yang memang terkenal keras kerana mengikut kata atok aku ada
perkampungan bunian kat situ. (ada masa nanti aku cerita pasal dusun ni).


EPISOD 1


Aku tak ingat malam ke berapa..


Malam tu macam malam2 sebelumnya aku rasa tak sedap tidur dalam bilik..almaklumlah rumah terakhir takde lampu jalan. Bapak aku plak hanya buka lampu dibelakang bilik tidur aku supaya bilik aku tak gelap sangat. Budak2 kan takut tidur dalam gelap..hehehe:p



Katil aku tidur tu mengadap pintu, pintu plak aku bia terbuka agar aku tak terasa sorang2 sangat padahal adik perempuan aku ada tidur kat katil sebelah..



Tengah sedap2 tidur tetiba aku terjaga, taktau plak kul berapa masa tu. Aku pandang ke pintu bilik yang terbuka tu
aku nampak adik lelaki aku yang baru berumor dalam 4 tahun berdiri kat situ.



Aku pun tanya la dia nak apa? Dia jawap kak, teman adik gi tandas. Masa tu memang aku malas sangat2 nak bangun, so aku ajak adik aku masuk dalam bilik. Mula2 dia nak masuk, dan aku ada perasaan masa tu kepala dia dongak ke atas pintu bilik aku. (atas tu bapak aku gantung nama Allah). Tup2 dia taknak masuk plak dan sekali lagi ajak aku teman dia pergi toilet. Aku plak masa tu langsung taknak bangun dan terus2 pujuk dia supaya masuk bilik..



Setelah beberapa minit sesi pujuk memujuk tu akhirnya adik aku pergi sendiri ke toilet. Sebagai kakak yang baik, tak
sampai hati aku biarkan dia sorang2 berjalan dalam gelap, so aku pun bangun dan pergi ke toilet rumah kami yang terletak di dapur. Dari bilik aku tu aku kena lalu ruang tamu, pastu jumpe bilik makbapak aku dan lalu dapur kering untuk sampai ke toilet.


Masa berjalan tu aku langsung tak ingat nak buka lampu. Sampai je depan toilet, aku tengok adik aku takde. aku pandang keliling pun tak nampak dia.


Bersambung.....
 
Last edited:
Masa berjalan tu aku langsung tak ingat nak buka lampu. Sampai je depan toilet, aku tengok adik aku takde. aku pandang keliling pun tak nampak dia. Masa tu tak pikir apa, aku takut adik aku hilang je...

Aku pun pergi la kat bilik makbapak aku tuk pastikan adik aku ada. Adik aku memang tidur dgn dorg. Aik, bilik makbapak aku kunci?? Masa ni la baru aku terpikir. Camne adik aku yang baru 4 tahun tu boleh keluar bilik yang berkunci berjalan dalam gelap ke bilik aku tuk teman dia pergi toilet?? Nape dia tak kejutkan mak aku? Kan toilet dekat je dengan bilik makbapak aku berbanding dengan bilik aku...


Aku pun cabut cepat masuk bilik..sebelum tu abis lampu aku buka. Terus aku tidur 1 katil dengan adik perempuan aku.
Esoknya aku tanya mak, memang adik aku takde bangun pun. Mak aku siap cakap aku mimpi agaknya. Cess…aku konfiden sangat yang aku tak bermimpi. ~X( Lagipun lampu yang aku buka tu pun terbuka sampai lah pagi.


Nasib baik lepas tu ‘adik’ aku tak pernah muncul lagi. :-?
 
perghh
bole tahan seram gak cite ko phreak.
sebaik die tak ajak buang air kat luar umah
 
sedang kembali ...... insyaallah nantikan kisah saya ... sekarang saya tengah hubungi kawan kawan lama untuk mengingati kembali kisah kisah lama kami....

peh siap bleh call balik kwn2
mesti berbuku2 cerita tuan ni
nanti kena vote otai of the year ni
 
Ok la, setelah setahun aku layan thread ni. Sampai masanya aku sumbang 1 ke 2 cerita yang bagi aku seram, bagi korang

tak tahu la...layan je k.



Tempat = Rumak famili aku di Kampung
Masa = 10 mlm - 4 pagi
Ahli = aku sorang je
suspek hantu = tak tahulah...


Kisah aku terlibat dengan kewujudan makhluk halus ni berlaku sejak aku kecik lagi. Kejadian pertama yang aku ingat

berlaku masa aku umor 5@6 tahun tapi tempat kejadian tu bukan dirumah sekarang, masa tu famili kami duduk di pahang.

Nanti la aku cerita.



Kisah yang aku nak cerita ni berkisar tentang rumah kami sekeluarga sekarang ni. Kami berpindah kesini masa aku darjah 6. Rumah ni bapak aku bina dalam dusun ayah dia so memang rumah terakhir dalam kampung kami.



Masa mula-mula nak pindah, orang kampung ada juga la bertanya bapak tak takut ke duduk situ kan ada rimau la, hantu la dan macam2 lagi..Bapak aku sengih je.:D



So bermulalah kisah kami sekeluarga duduk di tanah dusun yang memang terkenal keras kerana mengikut kata atok aku ada
perkampungan bunian kat situ. (ada masa nanti aku cerita pasal dusun ni).


EPISOD 1


Aku tak ingat malam ke berapa..


Malam tu macam malam2 sebelumnya aku rasa tak sedap tidur dalam bilik..almaklumlah rumah terakhir takde lampu jalan. Bapak aku plak hanya buka lampu dibelakang bilik tidur aku supaya bilik aku tak gelap sangat. Budak2 kan takut tidur dalam gelap..hehehe:p



Katil aku tidur tu mengadap pintu, pintu plak aku bia terbuka agar aku tak terasa sorang2 sangat padahal adik perempuan aku ada tidur kat katil sebelah..



Tengah sedap2 tidur tetiba aku terjaga, taktau plak kul berapa masa tu. Aku pandang ke pintu bilik yang terbuka tu
aku nampak adik lelaki aku yang baru berumor dalam 4 tahun berdiri kat situ.



Aku pun tanya la dia nak apa? Dia jawap kak, teman adik gi tandas. Masa tu memang aku malas sangat2 nak bangun, so aku ajak adik aku masuk dalam bilik. Mula2 dia nak masuk, dan aku ada perasaan masa tu kepala dia dongak ke atas pintu bilik aku. (atas tu bapak aku gantung nama Allah). Tup2 dia taknak masuk plak dan sekali lagi ajak aku teman dia pergi toilet. Aku plak masa tu langsung taknak bangun dan terus2 pujuk dia supaya masuk bilik..



Setelah beberapa minit sesi pujuk memujuk tu akhirnya adik aku pergi sendiri ke toilet. Sebagai kakak yang baik, tak
sampai hati aku biarkan dia sorang2 berjalan dalam gelap, so aku pun bangun dan pergi ke toilet rumah kami yang terletak di dapur. Dari bilik aku tu aku kena lalu ruang tamu, pastu jumpe bilik makbapak aku dan lalu dapur kering untuk sampai ke toilet.


Masa berjalan tu aku langsung tak ingat nak buka lampu. Sampai je depan toilet, aku tengok adik aku takde. aku pandang keliling pun tak nampak dia.


Bersambung.....

kisah ni lebih kurang aku punya pengalaman...malas je nk cite kt sini baca org punya je....hhihihihi
 
Back
Top
Log in Register