phreak.kid
Fun Poster
- Messages
- 273
- Joined
- Oct 7, 2011
- Messages
- 273
- Reaction score
- 31
- Points
- 20
Fuh abis jgk bace utk kali kedua..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
)
)
) hebat mung boh


sedang kembali ...... insyaallah nantikan kisah saya ... sekarang saya tengah hubungi kawan kawan lama untuk mengingati kembali kisah kisah lama kami....
Ok la, setelah setahun aku layan thread ni. Sampai masanya aku sumbang 1 ke 2 cerita yang bagi aku seram, bagi korang
tak tahu la...layan je k.
Tempat = Rumak famili aku di Kampung
Masa = 10 mlm - 4 pagi
Ahli = aku sorang je
suspek hantu = tak tahulah...
Kisah aku terlibat dengan kewujudan makhluk halus ni berlaku sejak aku kecik lagi. Kejadian pertama yang aku ingat
berlaku masa aku umor 5@6 tahun tapi tempat kejadian tu bukan dirumah sekarang, masa tu famili kami duduk di pahang.
Nanti la aku cerita.
Kisah yang aku nak cerita ni berkisar tentang rumah kami sekeluarga sekarang ni. Kami berpindah kesini masa aku darjah 6. Rumah ni bapak aku bina dalam dusun ayah dia so memang rumah terakhir dalam kampung kami.
Masa mula-mula nak pindah, orang kampung ada juga la bertanya bapak tak takut ke duduk situ kan ada rimau la, hantu la dan macam2 lagi..Bapak aku sengih je.
So bermulalah kisah kami sekeluarga duduk di tanah dusun yang memang terkenal keras kerana mengikut kata atok aku ada
perkampungan bunian kat situ. (ada masa nanti aku cerita pasal dusun ni).
EPISOD 1
Aku tak ingat malam ke berapa..
Malam tu macam malam2 sebelumnya aku rasa tak sedap tidur dalam bilik..almaklumlah rumah terakhir takde lampu jalan. Bapak aku plak hanya buka lampu dibelakang bilik tidur aku supaya bilik aku tak gelap sangat. Budak2 kan takut tidur dalam gelap..hehehe
Katil aku tidur tu mengadap pintu, pintu plak aku bia terbuka agar aku tak terasa sorang2 sangat padahal adik perempuan aku ada tidur kat katil sebelah..
Tengah sedap2 tidur tetiba aku terjaga, taktau plak kul berapa masa tu. Aku pandang ke pintu bilik yang terbuka tu
aku nampak adik lelaki aku yang baru berumor dalam 4 tahun berdiri kat situ.
Aku pun tanya la dia nak apa? Dia jawap kak, teman adik gi tandas. Masa tu memang aku malas sangat2 nak bangun, so aku ajak adik aku masuk dalam bilik. Mula2 dia nak masuk, dan aku ada perasaan masa tu kepala dia dongak ke atas pintu bilik aku. (atas tu bapak aku gantung nama Allah). Tup2 dia taknak masuk plak dan sekali lagi ajak aku teman dia pergi toilet. Aku plak masa tu langsung taknak bangun dan terus2 pujuk dia supaya masuk bilik..
Setelah beberapa minit sesi pujuk memujuk tu akhirnya adik aku pergi sendiri ke toilet. Sebagai kakak yang baik, tak
sampai hati aku biarkan dia sorang2 berjalan dalam gelap, so aku pun bangun dan pergi ke toilet rumah kami yang terletak di dapur. Dari bilik aku tu aku kena lalu ruang tamu, pastu jumpe bilik makbapak aku dan lalu dapur kering untuk sampai ke toilet.
Masa berjalan tu aku langsung tak ingat nak buka lampu. Sampai je depan toilet, aku tengok adik aku takde. aku pandang keliling pun tak nampak dia.
Bersambung.....