BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

Tempat: belakang rumah pak cik aku
masa: 11-12 pm
mangsa: aku, kakak aku
suspek: sure,pocong

umur aku time tu 11 tahun, kakak aku lak 12 tahun.. time tu khamis mlm jumaat.. ade marhaban kt rumah pak cik aku ni.. aku duduk satu lorong ngn pak cik aku, selang brapa buah rumah je...

cite nye bermula bila kami bertiga (aku, kakak aku, ngn anak jiran sebelah) nak cari bapak aku... time tu marhaban baru je habis..
so, kami masuk rumah pakcik aku tu ikut pintu depan.. lepas tu, cari cari cari kt dlm rumah xde.. so, aku ajak la yg lain g cari kt blakang rumah gune pintu dapur... time tu, ramai jgk mak mak, jiran2 kat dapur tu, tengah bungkus2 kuih lebihan...

kami pun jalan dengan sopan santun depan mak mak yg kt dapur tu, buka selak pintu dapur, then bukak pintu dapur tu... dah tu, aku ngn kakak cuma keluarkan kepala je, lebih kurang mcm menjenguk la.. (jiran aku tngu kt blakang aku je)...

pergerakan kami serentak, menoleh ke kanan.. tak de sape pon... toleh pulak ke kiri.., pon xde sape jgk.. lepas tu aku toleh lg ke kanan........

time tu la aku terpandang 1 lembaga putih berkain kafan, berdiri tegak dlm jrk 3 meter betul2 dpn mata aku... aku perasan time tu kt kain kafan area dagu ade darah bercucuran ke bhagian dada... tp time tu aku nmpak sekali imbas je.., tp even skali imbas, aku ttp ingt ape yg aku nmpak tu..

lepas tu aku toleh ke kiri, otak aku baru terfikir bnde yg aku baru nampak td, terus aku toleh semula ke kanan... kali ni mmg aku betul2 tengok "benda tu".. dah berubah posisi pulakk... kali ni dlm keadaan "ruku'" tp kepala mendongak ke atas... darah yg aku nmpak 1st td, still ade... merahh.. pekat...

time tu jgk kakak aku tnye, "dik, ape benda tu" .. hahah...
aku terus tarik kepala, tutup pintu, then lari pergi kt mak yg tengan bungkus kuih...

balik je rumah, terus cite kt mak ngn ayah... kakak pon cite bnde yg same.... pas tu mak aku pun bagitau yg jiran blakang rumah pakcik aku baru meninggal sehari sebelum marhaban tu... jrk rumah dieorang dlm 5 meter je jauh nye..

pak cik aku ade gak cite yg pintu rumah die selalu kena ketuk, tp bila di bukak, tak de orang pon... soo, mmg kt blakang rumah pak cik aku tu agak angker.... bila tringat je, rasa serammmm dehh....

skarang aku dah pindah rumah, pak cik aku pon same... dah tak de dengar lg cite2 pelik psl kwasan blakang rumah tuu...

tamatt.... :D
 
Last edited:
BacgrounPocong.gif

Seram wooo.......lari ~X(

hahahahaha natam cissssssss
 
welcome to cg :)cgrock
 
ambe nak citer ... tapi nnt ambe lak yang takut ... huhuhu
 
Jangan Masuk!

Lme giler xjengah thread nie.. ok.. kali nie aku nk citer tentang pengalaman bibik aku sepanjang bekerja as a maid sblm keje ngn family aku…

Tempat : rumah bekas majikan bibik aku di Thailand
Masa: masa majikan bibik aku tengah kerja
Suspek: semestinya bukan aku.. bibik aku..

Bibik Seri memang maid yang rajin.. memang satu rumah akan habislah dikemas dan dibersihkannya. Pagi-pagi lagi dalam kol 5 dia dah bangun dan vacuum rumah. Lepas tue dia akan masak air dan sediakan breakfast. Memang untung ada bibik cekap macam ni. Dahla cekap, pandai, rajin bercerita pulak tu. Kadang-kadang kat rumah dia yang ajar n bercerita kat adik-adik aku. So satu malam tu, kami adik-beradik seperti biasa lepak di dapur sebab aku baru lepas memasak n bibik aku lak sibuk tolong kemas dapur. Adik-adik aku yang lain dah duduk atas lantai n ada yang duduk atas buai sambil bibik aku mula bercerita tentang kisah pengalaman hidupnya.

“Dulu, kalau kamu nak tahu.. bibik pernah kerja sama orang Jepun. Tapi bibik tinggal di Thailand sb suaminya orang sana” bibik Seri memulakan ceritanya. Tuan rumah tu agak tegas dan dia kurang menjaga kebajikan bibik Seri. Hanya anak-anak tuan rumah tersebut yang masih kecil sahaja yang menyayangi bibik Seri. Pernah sekali bibik Seri nyaris termakan daging bab* kerana tidak diberitahu oleh majikannya. Namun sebelum sempat bibik menjamah makanan tersebut anak majikannyanya yang masih kecil melarang bibik dari makan. Dia mengatakan bahawa daging tersebut adalah daging bab*. Bibik terkejut dan terus beristighfar.

Suatu hari majikan tersebut memanggil bibik yang kebetulan sedang sibuk mengemas rumah. Dia telah memberitahu bibik untuk tidak membuka sebuah bilik yang terdapat di dalam rumah tersebut selain melarang bibik untuk masuk dan mengemas bilik berkenaan."Jangan masuk bilik tu ye. Kamu boleh kemas satu rumah tapi ingat.. Jangan masuk bilik tu..Apa-apa hal saya tak bertanggungjawab" majikan bibik memberi peringatan dan amaran untuk tidak memasuki bilik tersebut di dalam bahasa Jepun dan indon.

Namun lumrah manusia.. semakin dilarang, maka semakin kuat keinginan bibik untuk memasuki bilik yang dilarang dan mengetahui apa yang terdapat di dalam bilik terbabit.

Pada suatu hari, sedang asyik mengemas seluruh rumah berkenaan, bibik bagi ditarik-tarik untuk membuka dan melihat bilik itu. Waktu itu hanya tinggal bibik dan anak majikan sahaja kerana majikannya keluar bekerja pada waktu itu.

Bibik mula mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke bilik berkenaan. Perasaannya berbelah bagi antara mengikut arahan majikan atau mengikut rasa ingin tahu yang begitu kuat. Lalu bibik membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik terbabit. Dia kemudian memulas perlahan-lahan tombol pintu bilik dan menutupnya kembali.

Bibik melihat sekeliling bilik tersebut. Bilik itu dipenuhi dengan gambar-gambar moyang dan ahli keluarga majikannya yang sudah mati serta terdapat bekas menyimpang abu di dalam bilik terbabit. Bilik itu turut digunakan sebagai bilik sembahyang dan penyembahan kepada nenek moyang majikannya. Bibik aku tanpa mempedulikan arahan majikannya bertindak mengemas dan membersihkan bilik tersebut. Segala habuk dan debu asap colok turut dikemaskannya. Selepas itu bibik keluar dari bilik berkenaan dengan rasa puas hati kerana Berjaya memasuki bilik tersebut dan membersihkannya.

Namun, tidak beberapa lama selepas mengemas bilik terlarang itu, bibik mula berasa seram sejuk. Tapi dia hanya menganggap bahawa itu adalah mainan perasaannya. Selang beberapa hari kemudian, seluruh badannya terasa sakit-sakit sehingga dia berasa tidak bermaya dan tidak mampu untuk melakukan kerja rumah. Bibik kemudiannya jatuh sakit dan mengalami demam panas.

“Kamu ada masuk ke bilik yang saya larang tue ke?” soal majikannya selepas melihat keadaan bibik. “Ada pak. Saya nak kemas bilik saja” bibik memberi alasan. Majikannya tanpa banyak soal terus membawa bibik untuk berubat bagi memulihkannya. Dia dibawa berjumpa dengan tok sami bagi menghalau segala roh jahat yang telah marah terhadap bibik kerana menceroboh bilik terbabit.
“Ha, tue lah kamu. Lain kali jangan masuk. Itu tempat sembahyang. Mesti nenek moyang ada marah sebab kamu dah usik barang dalam bilik tu” bebel majikannya. Bibik memohon maaf di atas kelakuannya dan semenjak hari tu bibik tidak berani masuk ke bilik berkenaan kerana pengalaman itu cukup memberikan kesan dan misteri kepada dirinya.

*cerita nie aku olah sesedap rasa. Teehee.. :p nxt time aku cerita pasal tunang aku n kisah-kisah misterinya sb dia ader gift.. tapi tunggu la klo ader mse yea.. nie pon menaip dlm ofis.. hehehe... :D
 
cepat sket kumpul masa pls.. :D:D
 
Di sebalik sweater di tepi tingkap...

Ok.. kali nie aku nak cerite psl tunang aku yaaangggg tersangatlah banyak pengalaman misterinya.. Klo aku tulis pengalaman dia nie mau jd buku ni.. Jual pon untung gak ek.. teehee… okies..Let d mystery begin….

Tempat: Rumah lama family tunang aku
Masa: Tengah malam
Mangsa: Tunang aku

“Sayang.. tengah buat aper nie? Sorry abg lambat call sebab td teman sue tgk tv” ujar tunangku sambil meminta maaf.. “Bie bru msk bilik nie. Bru lepas kemas dapur” balasku. Sue nie merupakan adik bongsu tunang aku n baru darjah 2. So, lepas tunang aku teman adik dia main n tengok tv dia pun msk bilik utk call aku seperti kebiasaannya sebelum tido.

Jam di dinding bilikku pada ketika itu baru menunjukkan pukul 12.20 pg. Semua ahli keluargaku sudah lama dibuai mimpi sebab ayah memang xbg tido past 11 since esok hari bekerja tapi time tue tengah cuti semester so aku xkisah la tido lambat. Aku dan tunang aku pon berborak la dari satu topik ke satu topik. Macam-macam yang dibualkan. Maklumlah lepas rindu dalam phone sebab jauh. Tunangku dok kat ganu, aku lak kajang… mne xjauh nye..

“Lepas tue kan bang, bie tak jadi pergi ikot diorg sebab letih sangat.. Bang..? Abang…~! Abang dengar x bie cakap nie..?” marahku. “Hah? Aper dia bie? Abang tak berapa dengar sangat la… cube bie ulang sekali lagi boleh? Abang nk dengar bie cerite” pujuk tunangku.

“Suka tau time bie cakap mesti abg tak dengar. Lepas tue klo bie kata bie lak xdengar abang suruh bie korek telinga” rajukku lagi. Aku agak terkilan kerana tengah asyik bercerita tiba-tiba cik abg tak dengar. Padahal klo dia bercerita aku kusyuk jer dengar.

“Abang buat aper nie? Cube abg cakap ngan bie.. abang dah ngantok ke? Kalau ngantok abang cakap. Kita tido sesame” balasku sambil cuba untuk bertenang. “Bie.. sorry.. tadi abang terkejut sebenarnye” tutur tunangku perlahan.

“Hah? Abang terkejut kenapa lak?” ujarku kehairanan. Setahu aku, aku xder wat lawak or bagi surprise malam-malam buta nie. Persoalanku hanya dibalas dengan dengusan nafasnya yang seolah-olah melepaskan sesuatu yang berat.

“Tak de ape lah bie. Nanti abang cerita esok yea sayang” pujuk tunangku. Aku kalau orang dah cakap separuh jalan nie yang aku tak berkenan nak wat menantu nie. Buat sakit jiwa jer.. suka betul menyeksa perasaan ingin tahu aku yang tinggi nie.

Mendengar aku yang diam sahaja di hujung talian tunangku terus memujuk. “Abang tak nak bie takot nanti. Lagipon dah tengah malam nie” katanya lembut. Aku yang sememangnya xmakan pujuk rayu nie mestilah berkeras nak tahu jugak aper yg dah jadi kan.

So aku memaksa dan terus memaksa. Pujuk rayu x jalan aku buat pulak ugutan. Dua-dua tak jalan so aku bertenang dan buat-buat jual mahal dan guna akal logi untuk memujuknya. “Abang citer sekarang ke esok ke same je. Xder perubahan kan? Cuma cepat or lambat jer. Bie just nak abg cerita dekat bie jer.. bie xnak abang berahsia dengan bie. Abang tak nak cerita kat kawan baik abang jugak ke..? cuba abang cerita je.. bukan abang mati pon kalau bercerita dengan bie” pujukku dengan lembut.

Setelah tidak tahan diasak berkali-kali olehku akhirnya tunangku membuka mulut bercerita tentang apa yang terjadi. “Sebenarnya… kita tengah cakap on d phone.. tiba-tiba abang.. betul nie bie xmenyesal abang cerita?” soal tunangku yang sememangnya arif dengan perangaiku yang ketakutan klo cerita pasal makhluk monster inc nie…

“Arrggghhh~~! Abang nie citer je lah.. potong stim tol.. abang cerita jer.. bie xmenyesal klo dengar citer abang… ok?” pujukku yang masih lagi kebengangn kerana cerita terpotong tiba-tiba.

“Hahaha… yea.. ok ok…Sebenarnya masa kita tengah bercakap tadi abang ader ternampak benda melintas lalu kat tingkap tue. Abang ingatkan sweater abang so abang biarkan je lah.. Tapi lepas tue abang nampak lagi ada benda melintas. Abang ingat nak pergi jenguk la kat tingkap tue. Tapi tiba-tiba abang nampak ader makhluk besar warna hitam tengah menyorok kat tepi tingkap disebelah sweater yang abang gantung” cerita tunangku. Tidak semena-mena bulu romaku meremang… tuelah kan.. nak sangat dengar cerita hantu. Kan dah takot.

“Entah-entah.. tue bayang-bayang” ujarku untuk menyedapkan rasa hatiku walaupon aku xpernah rasa hati sendiri. “Tak bie.. sebab abang mula-mula ingatkan macam tue jugak. Benda tue pandang abang.. lama lepas tue dia berdesup pergi. Sweater abang pon bergoyang-goyang. Sayang rase tue bayang-bayang ke?” tanya tunangku.

“Tak.. Abang dah tutup tingkap ke belum?” soalku kerisauan. “Dah. Abang takut nanti benda tue masuk bilik himpap abang mase tido” balasnya. Nanti kalo ader mase or kalau aku teringat la aku citer psl pengalaman tunang aku yang dia kena serang ngan makhluk dalam mimpi n kena tindih.

“Abang.. jom kita tido nak? Bie dah penat la.. macam-macam aktiviti bie hari ni” kataku sambil mengajaknye tido. “Hahahahahaha… sayang abang nie dah takot yea? Tue lah abang nak citer esok bie degil. Sekarang, saper yg takot?” usikknya tunangku. “Maner ader. Bie betul-betul dah ngantok yea. Lagi pun esok bie nak bangun awal buat breakfast” selindungku lagi.

"Hehehe.. macam abang tak kenal ucuk abang nie. Ok jomlah kita tido. Abang pon dah ngantok dah nie” balasnya. Selepas mengucapkan selamat malam dan meletakkan telefon aku tanpa berlengah terus membuka lampu tido dan melakukan dive in ke atas katil. Aku tengok jam dah pukul 2.40 pagi..

Ngeri aku mendengar cerita tunangku itu. Bayangkanlah.. dia kata benda tue memang sengaja lalu lalang depan tingkap blk dia. Lepas tue ley lak intai tunang aku wat aper.. Klo aku lak ader makhluk hitam besar intai aku camtue.. mau berbuih-buih gak lah mulut aku kne sawan kan sb terlihat monster inc ni.. Tapi dia dah biasa siap ley kejar benda tue lagi ngan parang sebab marah sangat kat benda tu. Nie pon aku citer next time yea… nak sambung wat keje lak.. Nanti bos marah.. Teehee..

*btw citer mestilah aku kne olah blk kan...:D
 
Back
Top
Log in Register