BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

khusyuk je ak bca thread ni.. nak letak2 create page page cite seram CG kat fb lah gini.. best2... hambe ambik noh.. citer2 kalian.. tq.. :)

eh bro, mane bleh amik.. kena mintak permisi dlu..:(scam:(scam:(scam
 
bio le dia nak kongsi... femes lagi nanti tread kita dak gitu yop...
yg lain tu moh le kongsi2 citer lagi..
 
eh bro, mane bleh amik.. kena mintak permisi dlu..:(scam:(scam:(scam

salam bro,maaf.... ambe ambik citer dri awal2 je sejak tahun 2009 ni.. thread ni pun skrg nmpk mcm xmeriah je mcm dulu, jadi ambe buat la page pasal ni n xde bayar pon... lagi pun tahun 2009 dedulu fb ni xberapa nk femes lagi.. jadi ambe saje la nak 'UP' kan balik thread ni dengan page fb.. ambe link la balik ke thread ni..


boleh klik link page ambe buat ni.. https://www.facebook.com/Koleksi2CeritaSeramForumCariGoldTerbaikk n 'like' je..

ambe xclaim citer ni ambe punya, cuma nak kongsi dri thread CG ni je.. huhu :):D

p/s : kalau majoriti otai2 or tuan punya cerita nak suh ambe delete je page tu nanti xde hal lah.. ok je.. :D
 
salam bro,maaf.... ambe ambik citer dri awal2 je sejak tahun 2009 ni.. thread ni pun skrg nmpk mcm xmeriah je mcm dulu, jadi ambe buat la page pasal ni n xde bayar pon... lagi pun tahun 2009 dedulu fb ni xberapa nk femes lagi.. jadi ambe saje la nak 'UP' kan balik thread ni dengan page fb.. ambe link la balik ke thread ni..


boleh klik link page ambe buat ni.. https://www.facebook.com/Koleksi2CeritaSeramForumCariGoldTerbaikk n 'like' je..

ambe xclaim citer ni ambe punya, cuma nak kongsi dri thread CG ni je.. huhu :):D

p/s : kalau majoriti otai2 or tuan punya cerita nak suh ambe delete je page tu nanti xde hal lah.. ok je.. :D

:D aku gurau je bro.. maafkn ambe..:)cgrock
 
Salam..ak org baru kat sini..sj nk coment..best sngat..bca story korang sume...ak bace start page 1 lg..mmg best dpt bca sume..and hope dpt baca lg stori dari korang.hehe
 
Hai CGians, saya newbie kat sini..Ade beberapa cerita yang nak kongsi tapi tak seram mana pon.Tapi bila dah baca macam2 cerita ni kalau tak kongsi rasa selfish pulak kan, so here goeslah bak kata orang Banjar..hahaha.

Masa:3 pagi
Tahun:1991/1992
Tempat:Selayang
Orang Terlibat:Mak saya
Entiti:Anjing jelmaan?

Masa ni umur saya dalam 4-5 tahun. Kami tinggal menyewa dalam rumah setingkat di Selayang yang kawasan belakangnya ada tanah lapang yang jadi semak samun. Ada pokok betik, kari dan lain2lah tapi mostly memang semak. Di dalam rumah kami pula ada pintu yang memisahkan dapur dan ruang tamu.Pada malam yang 'bertuah' tersebut mak saya terbangun dalam pukul 2-3 pagi dengan rasa nak buang air kecil yang sangat2. Kebetulan ketika beliau terjaga, sekeliling rumah riuh dengan bunyi anjing menyalak. Seolah-olah rumah kami dikepung oleh berpuluh-puluh ekor anjinglah senang cakap.Cukup riuh. Mak saya, antara cuak dan keperluan untuk ke tandas mulalah bergegas ke dapur.

Sebaik pintu dapur dikuak,mak saya terlihat seekor anjing hitam dengan telinga yang panjang dan meruncing ke atas sedang melihat ke atas sinki sekaligus memandang ke luar tingkap. Seolah-olah anjing ni lari masuk ke rumah untuk mengelak anjing2 yang mengepungnya dari luarlah. Tingginya sahaja dah sampai paras pinggang! Mak saya yang amat terkejut cepat2 tutup pintu dapur, terus duduk di ruang tamu dan baca segala apa Surah yang patut. Lama kelamaan bunyi anjing semakin surut dan bila dapur diperiksa semula, anjing tersebut dan bunyi telah hilang. Apabila kami bangun pada keesokan paginya, kecoh satu rumah dengan ibu kami bertanyakan ada tak sesiapa yang mendengar apa yang didengarinya semalam. Terus terang saya sendiri tak mampu bagi jawapan yang pasti, ada terdengar ke tidak.

Masa:1996, tambah tolak 2 tahun.
Tempat: Kamunting, Perak.
Orang Terlibat: Saya, makcik, moyang.
Entiti: Susah nak cakap

Semuanya start bila moyang perempuan saya yang berumur terjatuh dalam tandas. Beliau duduk berseorangan dalam rumah yang mana beliau membesarkan mak saya dan adik-beradiknya (beliau pinjam anak2 nenek sayalah senang cakap). Sejak terjatuh, moyang saya memang hilang keupayaan untuk berdiri. Macam2 cara dah cuba, moden dan tradisional, bomoh dan doktor tapi dia masih tak mahu berjalan semula. Kami dan doktor syak yang moyang saya ni sakit psikologi semata2. Kakinya dah pun baik, tapi sebab terlalu takut akan kesakitan maka tidak mahu mencuba berdiri semula. Maka dalam tempoh 3 tahun sebelum kematiannya moyang saya tidak pernah berjalan. Dalam 2 tahun pertama beliau selalu tidur seorangan di dalam rumahnya dengan ahli keluarga datang melawat setiap hari untuk memberi makan dan membasuh apa yang terdaya. Keadaan kebersihan Allahyarham memang senang cakap sangat menyedihkan, tak sampai hati saya nak tulis kat sini. Setiap kali ditawarkan untuk dipindahkan ke rumah anak2, pelawaan ditolak bulat2. Tak tahulah apa sebabnya. Yang menjadi penemannya sepanjang masa hanyalah rokok dan air kopi. Memang otai arwah moyang saya ni.

Kadangkala keluarga kami balik kampung dan tidur di rumah moyang. Terus terang saya cakap saya sangat2 tak suka tidur di sana. Rumah sangat gelap dan lama. Cat terhakis, sangat sunyi dan suram. Tambah seksa pulak bila tidak ada hiburan kecuali TV lama yang selalu buat hal. Apapun malam tu kami sekeluarga tidurlah dalam 1 bilik. Hampir tengah malam saya terjaga, sebab pundi kencing dah penuh (apalah nasib kami anak beranak, masa nak ke tandas aje ade benda jadi). Jadi saya melangkah masuk ke ruang tamu tempat moyang saya terbaring atas katilnya. Tiba2 moyang saya bersuara:

"Kalau kau haus pergilah ambil kopi dalam peti ais tu.". Saya pun reply "Takpelah nek, tak haus pun" sambil menuju ke tandas. Sebenarnya ada lagi yang dia cakapkan, tapi saya tak dengar atau memang malas nak dengar. Balik dari tandas dia masih berceloteh. Saya tak ingat apa yang dia cakapkan tapi adalah saya reply dengan "Ya, ya, ya" sahaja. Kemudian saya masuk bilik, cuba lelapkan mata. Pelik, moyang saya terus bercakap. Takkan dia tak sedar saya dah masuk bilik tidur? Kalau dia perasan saya keluar dan tegur saya takkanlah dia tak perasan saya dah masuk bilik dan sambung tidur? Saya pasang telinga dan pada masa itu baru saya sedar yang nenek tak pernah bercakap dengan saya pun! Sepanjang masa tu dia sedang bercakap dengan benda lain..yang tak nampak dengan mata kasar.

Bila dibaca peristiwa ni sahaja mungkin ada yang buat kesimpulan yang moyang saya ni nyanyuk aje kan..Tapi kemudiannya saya terdengar kisah yang serupa dari makcik saya dari peristiwa yang berbeza.

Makcik saya tidur di rumah moyang saya pada malam peristiwa ni berlaku. Petang tu dia ada bawak minyak urut untuk urut kaki moyang saya, dengan harapan mungkin satu hari nanti mahulah beliau berjalan semula. Masuk waktu tidur, seperti biasa moyang saya mula berceloteh seorangan. Antara perkara yang disebutkannya adalah "Ada minyak urut dalam almari tu, kau tolonglah urutkan kaki aku ni". Makcik saya mendengar saja dari dalam bilik tidur sambil tunggu lelap. Apabila tiba hari esok makcik saya terkejut apabila melihat minyak dalam botol berkurangan sedikit! Masalahnya siapa yang mengurutkan moyang saya yang tidak mampu berjalan tu?
 
Last edited:
Satu lagi cerita dengan cerita bonus untuk CGians semua! hahaha..

Tempat: Bagan Serai, Perak
Masa: Malam raya
Orang Terlibat: Seluruh keluarga kot
Entiti: Entahlah

Sebelum start cerita memang saya mengakulah, saya ni memang penakut, padahal jantan. Dalam family saya ni pulak, orang perempuan lebih berani bab2 paranormal ni. Paling saya cemburu dengan kebolehan kakak saya untuk tidur nyenyak walaupon kejadian seram sedang berlaku. Kalau saya ada ability macam tu kan best. Saya ni pulak light sleeper, senang terjaga dan sensitif. Takut sikit mulalah tak nak tidur. Masa tu malam sebelum raya. Kami di kampung, dan rumah tu dipenuhi dengan saudara mara. Keluarga kami dapat bilik sendiri di tingkat bawah. Belakang bilik kami tu ada hutan kecil dikelilingi sawah padi. Masa saya masuk ke bilik untuk tidur, kawasan hutan kecil tu jadi riuh. Bunyi burung2 memekakkan telinga, seolah2 ada pemangsa panjat pokoklah kiranya. Saya jadi cuak. Saya pulak tidur sebelah dinding. Masa saya baring tu, disebalik dinding di luar rumah kedengaran bunyi haiwan mengeluh, seperti sakit yang amat sangat. Bunyi tu bergerak ulang-alik antara 2 sisi bilik tu. Senang cakap sekejap bunyi datang dari dinding sebelah saya, kemudian bergerak ke dinding di hadapan saya. Berulang-ulang. Bunyi seperti haiwan setinggi lutut yang hampir mati. Cukup menegakkan bulu roma. Mungkin anjing, tapi di tempat ini tidak ada anjing pun.

Kemudian bunyi sesuatu berjalan atas atap zink pulak. Saya fikir mungkin musang kot..cuba sedapkan hati. Jadi sepanjang dalam 2 jam tu saya tak dapat tidur sebab 3 bunyi tu datang bersilih ganti. Ada kedengaran ahli keluarga yang lain bertanya bunyi apakah itu, tapi lama kelamaaan semuanya membisu. Kakak saya dalam setengah jam terlelap, tinggal saya seorang berpeluh-peluh dan terkuma-kamit baca doa. Lama kelamaan bunyi semakin surut dan bila sudah reda barulah saya dapat tidur. Entah apalah yang jadi malam tu. Kalau ada anak kampung yang boleh clarify bunyi apa sebenarnya tu, bagus jugak. Saya memang cukup seram tapi tak berani kata tu memang hantu.


Cerita Bonus.

Tempat: Gombak
Masa: Hujung 90an, malam ketika semua masuk tidur.
Orang terlibat: Saya dan kakak.
Entiti: Makhluk berbulu

Masa ni saya dalam 9-10 tahun kot. Still kongsi bilik dengan kakak lagi. Setiap malam, bila semua orang masuk tidur pintu bilik kami akan diketuk. Ketukan kuat pulak tu, tak berhenti-henti. Pintu bergegar-gegar jadinya. Memang sangat cuakla, tapi saya tak berani bukak. Entah apalah di luar sana. Lebih teruk lagi saya asyik dengar pergerakan di luar tingkap bilik. Kadang-kala bila sudah terlelap saya akan dikejutkan dengan bunyi kaca tingkap disentuh dengan sesuatu yang keras, kemudian terlihat kelibat sesuatu bergerak pergi. Memang susah nak tidur malam masa tu. Kakak saya pulak tidur selamba aje..memang kurang asam.

Setiap pagi bila saya bukak pintu untuk mandi dan ke sekolah, di bawah pintu penuh dengan serbuk kayu. Pelik, mana datang serbuk kayu ni..Sepanjang gangguan pada pintu tu berlaku akan ada serbuk kayu di bawah pintu pada pagi esoknya. Bunyi mencakar pintulah, bergegar-gegarlah. Paling ketara bunyi tu pada penjuru kiri bawah pintu.

Satu malam saya nekad. Malam ni saya nak tengok sendiri makhluk yang selalu dekat tingkap tu. Jadi saya buat-buat tidur dan tunggu ia datang..Tak lama kemudian bunyi "ting!" Seolah2 ada benda keras tersentuh dengan tingkap tu kedengaran. Bila saya bukak mata saya terlihat makhluk berbulu sebesar tapak kaki cuba masuk bilik saya melalui tingkap! Nasib baik tingkap ditutup.Saya sangat2 panas hati. Sekarang saya tahu identiti makhluk yang gegarkan pintu bilik dan tingkap saya itu.

Tidak lama kemudian bapa saya panggil orang Pest Control dan racun rumah saya tu. Padan muka kau tikus! Gigit pintu bilik aku malam2 sampai berlubang bawah dia! Buat aku cuak aje.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register