BTC USD 83,009.6 Gold USD 4,135.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Benar Edisi Seram

OK, ni cerita terkhirlah ye. Cerita ni asalnya berlaku kepada abang kepada kawan sekolah saya, X. X ceritakan pada saya lama dulu, so ingatan saya samar-samar pasal cerita ni. Peristiwa berlaku sepanjang hampir 8 bulan kot, rasukan ni kira on and off lah, kejap dia jadi, kejap dia hilang.

Tempat: Kediaman sekitar UPM Bangi.
Masa: Hujung 90an
Orang terlibat: Abang dan family X.
Entity: Jin yang berdendam.

Alkisahnya masa abang kepada X masih bersekolah rendah atau awal sekolah menengah, dia selalu lepak bersama kawan-kawan di kawasan kolam di sekeliling UPM. Suatu hari dia berkejar2 dengan kawan-kawannya di sekitar sebuah kolam pada waktu senja atau malam apabila dia terasa seperti terlanggar sesuatu, tetapi tidak ternampak apa-apa. Balik sahaja pulang ke rumah, abangnya terus hilang sedar dan kena rasuk. Apa lagi, menggelabah seluruh keluarga dibuatnya. Macam mana boleh jadi macam ni? Kemudian seorang ustaz/bomoh dibawa datang, dan makhluk yang merasuk pun mulalah bersuara. Katanya dia adalah jin yang abang X telah cederakan. Semasa dia berlari2 dengan tidak sengaja abang X telah terlanggar lengannya hingga patah. Sekarang dia mahu nyawa abang X sebagai ganti.

Setiap kali dirasuk, lambat laun jin tersebut akan keluar juga. Tapi dia memang tak pernah putus asa. Dia memang serius nak bunuh abang X. Pernah suatu pagi Ahad abang X buka pintu rumah, ambil motor dan cuba pergi ke tasik seorang diri. Nasib baik sempat ditahan bapa X. Kalau tidak, sudah pasti jin tersebut dah bawak masuk abang X ke dalam tasik tu.

Pada waktu yang lain suatu malam semasa seisi keluarga di ruang tamu Abang X tiba-tiba terpaku memandang sesuatu di lantai. Kemudian dia berkata "Kucing hitam siapa ni?" Yang membuatkan semua orang meremang bulu roma sebab tiada kucing di dalam rumah!

Setiap jumaat apabila terdengar azan atau khutbah dia akan terdengar bisikan yang mengajaknya keluar masjid. Ada masa-masa jin ni cuba buat dia gila terus dengan bagitahu dia benda-benda yang tak masuk akal contohnya bola sepak main dengan tangan, hahaha.

Sampai masa family X memang dah fed up dan bawak X pergi melawat atuknya di Negeri Sembilan yang juga berkebolehan merawat. Abang X memang pernah dibawa sekali berubat dengan atuknya tetapi kemudian dibatalkan kerana teknik berubat agak kasar, tak sampai hati ayah X tengok. Sedang dalam perjalanan Abang X asyik pandang jalan raya di belakang kereta. Ayah X yang curiga pun tanyalah, asyik tengok apa belakang tu, diapun menjawab "Mak aku tengah kejar kitala, korang bawak aku ke mana ni?" Rupanya2 anak jin ni ada mak dia jugak!

Dalam 8 bulan jugaklah abang X tidak bersekolah dan terpaksa dirawat. Alhamdulillah tak tahulah macamana, abang X akhirnya sembuh dan tak cuba lari ke lombong lagi setiap kali orang di rumah leka.
 
Tempat: Rumah lama aku
Masa: Tengah malam
Mangsa: Mak aku...aku tgh tido mase kejadian
Suspek: syaitan


mase umur aku 12tahun..aku dok kampung...satu malam tu mak aku tgh masak rempeyek pukul 12malam...mase tu aku ngn akak aku tido kat tingkat atas...tetibe mak aku menjerit....pangil akak aku..kuat2 plak tuu....tp aku tak bngun mase tu...mak aku citer..mase dia tgh masak rempeyek...ade makluk hitam kuar dr bawah meja..mukenye hitam...mata merah...dah berambut kerinting...dan Tidak berkaki...lepas mak aku jerit..lembaga tu rus hilang masuk ke bawah meja bali...sebijik macam jin dalm citer Aladdin...hahhah...time dia masuk bawah meja tu...dia bertukar jd asapa hitam...pahtu akak aku datang ke dapur...tanye kenapa...pahtu mak aku citer....akak aku trus bace ayat2 suci....esok nye cite ngn bapak aku..kate nye...ade org hantar barang ke rumah.....lahanat btol...lepas kejadian tu...bapak aku pasang pendiding kat rumah...pahtu dah xde keadian pelik...
 
setiap kali aku baca cerita seram terutamanya tread nie, aku rasa kelakar la.
 
haha siuman ke tak siuman ni bro.. atau tukar rase takot kepade klaka..:D:D:D gurau2 jer. jgn mare

klu nak cerita pasal hantu nie aku memang banyak lalui pasal aku duduk asrama selama sejak from 1 ke from 5 (awal tahun 1990 an), dan asrama yang aku duduk antara asrama perintis di sekolah biasa di panggil "asrama desa" yang sememangnya penuh dengan misteri dan pelbagai cerita dari orang kampung berkenaan kawasan asrama kami duduk. selama 5 tahun aku duduk kat asrama tue, tak putus pelajar kena histeria dan diganggu ketika sendirian. pelbagai hantu la, dari hantu raya sampai hantu bilik air pun ada ha ha ha. mula2 memang seram tapi lelama jadi kelakar pun ada ha ha ha. tapi aku masih belum jumpa dengan hantu lagi :)) :))
 
ni ceritan adik aku plak..

Tempat: Jalan 2 hala sebelah padang bola kt umah aku
Masa: petang
Mangsa: adik aku ngn kawan dy(org panggil Bulat)
Suspek: hantu kuil XXXXX


waktu kejadian Bulat ngn adik aku tgh bersiar2 di waktu petang dengan sebuah moto..Bulat rider,adik aku penumpang..
Tengah2 syok tu tetiba dy org terpelanting cam terlanggar 'sesuatu'..
Tapi yg pelik nye dy org x nampak pe pn ape yg dy org langar..tp syukur xde sape2 yg cedera..dalam 2 jam kemudian kaki adik aku bengkak masa kt umah..terus jalan terjengkit2..dy takut nk bagitau mak ngn bapak aku..

3 hari lepas tu aku ngn kawan aku lepak la kat umah seorang imam ni sembang kosong dan bertanya khabar imam tu..tetiba tengah rancak bersembang adik aku dtg nk berurut ngn imam tu..sbb dy citer kt kawan dy masalah kaki dy yg bengkak tu..kawan dy ni anak imam tu..

Imam tu pun urut kaki adik aku pakai telur..dy baca ayat suci kt telur tu..pastu terus gosok telur tu kat kaki adik aku..perghhh..punya la sakit adik aku cakap..telur tu cam melekat kt kaki dy..cam magnet..tapi aku tgok slow je imam tu buat..dy tanya aku "rumah kamu berdekatan ngn kuil india ke?"..aku jawab "a'ah"..bile imam tu pecah kan telur tu kt dlm mangkut, telur tu berbuih2 pastu ada tompok hitam..

dy cakap adik aku da terlanggar hantu kuil XXXXX tu..
 
Last edited:
otai2 yg lain mana menghilang??..aku follow forum seram ni dari first page lg..start 2 mggu lepas..best gak baca tapi time malam jd takut..hahaha

kepada sesiapa yg nk share sila kekal kan format yg sama(ni amanah dari owner forum ni)haha

Tempat:
Masa:
Mangsa:
Suspek:
 
Cerita Bonus.

Tempat: Gombak
Masa: Hujung 90an, malam ketika semua masuk tidur.
Orang terlibat: Saya dan kakak.
Entiti: Makhluk berbulu

Masa ni saya dalam 9-10 tahun kot. Still kongsi bilik dengan kakak lagi. Setiap malam, bila semua orang masuk tidur pintu bilik kami akan diketuk. Ketukan kuat pulak tu, tak berhenti-henti. Pintu bergegar-gegar jadinya. Memang sangat cuakla, tapi saya tak berani bukak. Entah apalah di luar sana. Lebih teruk lagi saya asyik dengar pergerakan di luar tingkap bilik. Kadang-kala bila sudah terlelap saya akan dikejutkan dengan bunyi kaca tingkap disentuh dengan sesuatu yang keras, kemudian terlihat kelibat sesuatu bergerak pergi. Memang susah nak tidur malam masa tu. Kakak saya pulak tidur selamba aje..memang kurang asam.

Setiap pagi bila saya bukak pintu untuk mandi dan ke sekolah, di bawah pintu penuh dengan serbuk kayu. Pelik, mana datang serbuk kayu ni..Sepanjang gangguan pada pintu tu berlaku akan ada serbuk kayu di bawah pintu pada pagi esoknya. Bunyi mencakar pintulah, bergegar-gegarlah. Paling ketara bunyi tu pada penjuru kiri bawah pintu.

Satu malam saya nekad. Malam ni saya nak tengok sendiri makhluk yang selalu dekat tingkap tu. Jadi saya buat-buat tidur dan tunggu ia datang..Tak lama kemudian bunyi "ting!" Seolah2 ada benda keras tersentuh dengan tingkap tu kedengaran. Bila saya bukak mata saya terlihat makhluk berbulu sebesar tapak kaki cuba masuk bilik saya melalui tingkap! Nasib baik tingkap ditutup.Saya sangat2 panas hati. Sekarang saya tahu identiti makhluk yang gegarkan pintu bilik dan tingkap saya itu.

Tidak lama kemudian bapa saya panggil orang Pest Control dan racun rumah saya tu. Padan muka kau tikus! Gigit pintu bilik aku malam2 sampai berlubang bawah dia! Buat aku cuak aje.

mcm apa dah aku baca.. :)):))
 
Back
Top
Log in Register