ah fan
Super Active Member
- Messages
- 8,156
- Joined
- Oct 29, 2009
- Messages
- 8,156
- Reaction score
- 28
- Points
- 70
baguslah mcm ni..kte yg guna bahasa melayu ptt bangga dgn bahasa sndri..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
ada beberapa perkara aku nak highlight :
1. aku sendiri pun dah tak berapa pasti bagaimana nak guna 'arakian' dan 'sa-bermula' dengan mahir.
2. tentang polemik satu masa tak lama dulu. tentang bagaimana orang agama menegur penggunaan perkataan 'patik'.
kononnya patik itu bermaksud "anjing yang hina".
di dalam artikel di atas antara tak banyak rekod bertulis yang menggunakan perkataan "saya" dalam bentuk lama, iaitu "sahaya".
"saya" berasal dari "sahaya", bermaksud "hamba" seperti dalam frasa "hamba abdi".
ramai yang rasa janggal nak guna kata ganti diri "hamba" sekarang ni, bukan kerana klasik tapi rasa macam terlalu merendah diri. pengecualian bagi orang kelantan, kat sana masih guna "ambo" tu pun rasa janggal kalau guna diksi yang sama (iaitu memilih perkataan "hamba" berbanding "saya" yang lebih sering diguna dalam bahasa baku) dalam loghat baku (johor-riau).
kenapa ya...
sedangkan "saya" itu pun asalnya "sahaya", sama saja ertinya dengan "hamba".
aku pernah dengar sekali je orang guna perkataan "hamba" (dalam loghat johor-riau) bila berbual dengan orang kelantan. itu pun beliau orang lama, zaman kecilnya membesar di kota bharu (di kalangan keluarga bangsawan kelantan).
jika perkataan "sahaya" itu salah, tegakah kita menggunakan perkataan "aku" bila bercakap dengan orang tua kita?
kalau di luar johor (kawasan yang budayanya tanpa pengaruh jawa), jika anak murid di sekolah rendah menggunakan kata ganti diri "AKU" dengan guru rasanya mengundang penampar jepun.
jika perkataan "sahaya" itu tidak salah, mengapakah "patik" itu salah?
apa-apa hal, terima kasih pada TT.
(maaf, jari kelingking kiri kebas, maka tiada capitalization pada huruf pertama ayat).
Bro, aku suka nak highlightkan ayat yg aku bold tu. Kalau bro nak tau, kebanyakan orang generasi muda Johor ni kalau cakap dgn mak, ayah, adik beradik, sedara-mara, kawan2 ganti nama diri yg diguna adalah AKU. Ganti nama AKU oleh si anak kepada kedua orang tuanya digunakan oleh anak2 yg dah berusia 20 tahun ke atas.
Contoh ayat, "Mak, aku nak pegi kedai kejap". Ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Jawa yg kuat di Johor. Contoh ayat dlm bahasa Jawa adalah, "Mak, aku arek mareng gedey diluk". Selain dari ganti nama AKU, ada juga yg guna ganti nama ORANG kepada orang tua. Contoh ayat, "Mak, orang nak pegi kedai kejap". Ada juga orang yg menggunakan perkataan KAWAN sebagai ganti nama saya kepada kawan2nya yg lain. Contoh ayat, "Man, kawan nak pegi keluar kejap". Kawan di sini bermaksud SAYA.
Kalau di negeri Johor, tak timbul isu kurang ajar atau biadap dgn orang tua jika seseorang anak guna ganti nama AKU kepada kedua orang tuanya. Itu biasa. Tapi kalau orang yg luar dari negeri Johor, mungkin akan anggap anak2 ni kurang ajar & takde adab dgn orang tua. Tapi sebenarnya tidak.
Pernah beberapa tahun lepas sorang kawan aku dari Kedah datang kampung aku. Aku cakap dgn mak aku, AKU AKU. Kawan aku yg dari Kedah ni kata, hang ni kughang ajaq tui cakap aku aku lagu tu kat mak hang. Aku gelak jer, pada kawan aku tu, aku seolah macam takde adab tapi pada orang Johor itu biasa sebab pengaruh Jawa.
Jadi, di Johor ada 3 perkataan ganti nama yg biasa digunakan selain SAYA iaitu, AKU, ORANG & KAWAN.
Bahasa melayu...bahasa yang paling lembut kat dalam dunia ni. Patut kita banggakan.
bagus lah!! senang lah awek2 jepun yg kiut miut tu bercakap melayu.. hehehe.