Kisah Bahasa Melayu Di Jepun...

CG Sponsors




ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123

SEBILANGAN orang Jepun mula belajar bahasa Melayu 100 tahun lalu, demikian menurut Moriyama dalam sebuah esei. Buku pertama terbit pada awal 1900-an dan kini jumlah pelbagai buku dan kamus Melayu lebih dari 200 buah.

Beliau mencatat hal tersebut ketika mengisahkan perjalanan Marquis Yoshichika Tokugawa (1886-1976), seorang pembesar Jepun yang disebut sebagai pelopor pelajaran bahasa Melayu di negeri Jepun setelah menjelajah Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Jawa. Beliau kemudian menjadi ketua Muzium Singapura dan Botanical Gardens semasa Perang Pasifik.

Essei tersebut terbit dalam buku berjudul Lost Times and Untold Tales from the Malay World (NUS Press Singapore 2009). Lalu disiarkan gambar salah sebuah buku pertama bahasa Melayu itu yang terbit pada tahun 1912, berjudul Marai-go Dokusyu, lengkap dengan tulisan Jawi.

Moriyama mulanya bercerita mengenai sebilangan kecil warga Jepun merantau ke negeri-negeri sebelah selatan kepulauan Jepun. Antara mereka ialah peniaga-peniaga kecil dan juga pelacur.

Sebilangan dari mereka berjaya memiliki ladang-ladang getah dan ada juga yang melabur dalam industri bijih timah. Kerana itu pengetahuan bahasa Melayu digalakkan.

Seperti dicatat oleh Moriyama: "Bahasa Melayu menjadi bahasa terpenting kerana digunakan secara meluas di negeri-negeri yang dijajah oleh Inggeris dan Belanda."
Lalu, antara yang mula terbit ialah kamus dwibahasa Melayu dan Jepun. Pada peringkat permulaan disiarkan seruan: "Marilah kita pergi ke Selatan". Pada peringkat persekolahan pula bahasa Melayu diajar bagi kali pertama pada tahun 1908 di dua buah sekolah di Tokyo.

Moriyama menambah: "Oleh kerana tiada guru Jepun boleh mengajar bahasa Melayu di sekolah maka guru-guru Melayu dipelawa datang ke negara Jepun untuk mengajar bahasa Melayu. Mereka mungkin menggunakan bahasa Inggeris ketika menyampaikan pelajaran. Sekurang-kurangnya lima guru Melayu datang dari Semenanjung Tanah Melayu untuk mengajar para pelajar Jepun di Tokyo."

Lantas disebut nama salah seorang dari mereka. Bachee bin Wan Chik (atau Bachik bin Wan Chik) yang kemudian menyusun sebuah kamus dwibahasa Melayu-Jepun. Beliau mengajar selama 19 tahun dan kemudian dikurnia bintang kehormatan kerana sumbangannya itu.

Antara buku pelajaran Melayu yang paling laris ialah Marai-go yon shu-kan (bahasa Melayu dalam Ampat Minggu) yang terbit pada tahun 1937. Ia kemudian diulang cetak hingga 30 kali.

Turut menyusun buku tersebut ialah Marquis Yoshichika Tokugawa bersama gurunya Sumitake Asakuri, seorang professor bahasa Melayu di Universiti Tokyo.
Pelajaran bagi dua hari pertama ialah bunyi sesuatu perkataan dan perbezaan antara sebutan bahasa Melayu dan bahasa di negeri-negeri yang dijajah oleh Belanda.

Diperturunkan

Pelajaran bagi hari ke-24 ialah bagaimana mahu menggunakan perkataan-perkataan seperti alkisah, arakian, sa-bermula.

Pelajaran bagi hari ke-27 dan 28 mengandungi cerita-cerita dari Hikayat Pelandok, Dari Hal Tuan Raffles Hendak Pulang dan Pantun Melayu.

Pada satu peringkat lain diperturunkan kata-kata mengenai harimau: "Untung sekali sahaya sudah lihat harimau lebih dulu dia lihat sama sahaya dan dengan satu peluru boleh sahaya matikan dia."

Kata-kata tersebut ialah dari Marquis Tokugawa yang gemar memburu beruang dan harimau. Menurut yang empunya cerita beliau akhirnya memilih Tanah Melayu dan Pulau Jawa kerana kegemarannya itu.

Juga diceritakan betapa beliau menjalin hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim Negeri Johor setelah bersama-sama memburu. Dalam surat menyurat kedua menggunakan tulisan Jawi.

Pada 7 Februari 1929, dalam surat Sultan Ibrahim dari Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru. Baginda menulis: "Sahabat saya Marquis Tokugawa." Selanjutnya pujian dari Baginda pada Tokugawa kerana menggunakan bahasa Melayu yang baik.

Tokugawa memang menyedari pentingnya bahasa Melayu ketika perantauannya di Tanah Melayu dan Jawa. Hubungan mesra dengan Sultan Ibrahim mendorongnya mempelajari bahasa Melayu yang baik dan tulisan Jawi kerana dalam surat Sultan Ibrahim disebut mengenai warga kulit putih juga belajar bahasa Melayu, tetapi mereka lebih gemar menulis rumi.

Seperti diketahui semasa pemerintahan tentera Jepun di Malaysia setelah tewas tentera Inggeris dan Belanda, bahasa Jepun (Nippon-go) diajar di sekolah-sekolah yang dulu mengajar bahasa Inggeris.

Oleh Mazlan Nordin
Sumber Utusan Malaysia ( ARKIB : 09/05/2010 )




Kulit Buku Marai-Go Yon Shu-Kan​
 
Sponsored Post

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
ada beberapa perkara aku nak highlight :

1. aku sendiri pun dah tak berapa pasti bagaimana nak guna 'arakian' dan 'sa-bermula' dengan mahir.

2. tentang polemik satu masa tak lama dulu. tentang bagaimana orang agama menegur penggunaan perkataan 'patik'.

kononnya patik itu bermaksud "anjing yang hina".

di dalam artikel di atas antara tak banyak rekod bertulis yang menggunakan perkataan "saya" dalam bentuk lama, iaitu "sahaya".

"saya" berasal dari "sahaya", bermaksud "hamba" seperti dalam frasa "hamba abdi".

ramai yang rasa janggal nak guna kata ganti diri "hamba" sekarang ni, bukan kerana klasik tapi rasa macam terlalu merendah diri. pengecualian bagi orang kelantan, kat sana masih guna "ambo" tu pun rasa janggal kalau guna diksi yang sama (iaitu memilih perkataan "hamba" berbanding "saya" yang lebih sering diguna dalam bahasa baku) dalam loghat baku (johor-riau).

kenapa ya...

sedangkan "saya" itu pun asalnya "sahaya", sama saja ertinya dengan "hamba".

aku pernah dengar sekali je orang guna perkataan "hamba" (dalam loghat johor-riau) bila berbual dengan orang kelantan. itu pun beliau orang lama, zaman kecilnya membesar di kota bharu (di kalangan keluarga bangsawan kelantan).

jika perkataan "sahaya" itu salah, tegakah kita menggunakan perkataan "aku" bila bercakap dengan orang tua kita?

kalau di luar johor (kawasan yang budayanya tanpa pengaruh jawa), jika anak murid di sekolah rendah menggunakan kata ganti diri "AKU" dengan guru rasanya mengundang penampar jepun.

jika perkataan "sahaya" itu tidak salah, mengapakah "patik" itu salah?







apa-apa hal, terima kasih pada TT.

(maaf, jari kelingking kiri kebas, maka tiada capitalization pada huruf pertama ayat).
 

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
bagus lah!! senang lah awek2 jepun yg kiut miut tu bercakap melayu.. hehehe.
 

Burhanuddin

Active Member
Joined
Sep 29, 2008
Messages
1,768
Reaction score
43
Points
30
sekarang kat jepun apply lagi tak bahasa melayu?
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
sekarang kat jepun apply lagi tak bahasa melayu?
emm... abang aku masa kerja kat jepun, nak beli kamera. tokey kedai tu boleh cakap melayu.

member aku cerita, masa dia belajar kat jepun... masa naik keretapi, waktu tu sesak. ada jepun terlanggar member dia, member dia pun mencarut, "***** punya jepun". bila pintu keretapi tu buka, jepun tadi cakap, "minta maaf, jepun ***** tumpang lalu...".

aku pernah chatting, ada jepun tegur aku ajak berbual. dia cakap melayu dengan aku. dia kata dia pernah turun KL... aku tanya pergi mana kat Kl, dia kata yang dia ingat dia pernah pergi "Bukit Bintang... tempat yang banyak pelacur tu...".

Kat Shah Alam, aku pernah tengok satu perlawanan bola persahabatan. Awek Jepun yang duduk sebelah aku boleh cakap Melayu dengan fasih. Tapi itu aku tak hairan sebab dia staf JAICA.
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81

ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
masa aku buat kerja2 oberhaul kat edimitsu annual maintenance dulu ade gak jepun cakap melayu..
 

surfer957

Super Active Member
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
uchiha madara cakap melayu kat atas ni... :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register