jumatmajid
Super Active Member
- Messages
- 8,074
- Joined
- Jun 5, 2012
- Messages
- 8,074
- Reaction score
- 337
- Points
- 86
Hg kata aku tabur fitnah..tapi hang sendiri tak faham ayat yang hang bawa sebab mata hang buta sebelah..kalau hang tanya ulama,ustaz hang pun depa sama buta sebelah macam hang....
sabar sedara, x perlu nak marah2, bawa bertenang, bawa bertenang, berhenti jap dr aper yg sedara sdg kerjakan & beristighfar byk2...
Mai aku faham kan hang akan ayat tersebut biaq menjadi nyata dan jelas.. contoh :-
Si Ali kerja pomen kereta di kampung dia..ada seorang customer india datang hantaq keta pukul 12.00 pm...masa tu Ali hnya seorang je dalam bengkel sebab tokey cina p China beli barang..Masa tu pula ada bnyak kereta yg Ali kena pomen.Customer india tinggalkan kereta kat ali untuk di pomen..Ali berjanji pada customer india bahawa kereta tu boleh siap seperti yg di janjikan.Iaitu siap pada sebelum pukul 7pm.
Banyak kereta yag Ali kena siapkan sebab Ali telah berjanji untuk siapkan kereta2 mereka tu semua..so Ali pun pulun pomen satu persatu..sampai pukul 6pm..Ali terpaksa jamaq solat zohor dan asar..Ali buat 4 rakaat dan 4 rakaat..selepas solat,Ali wat keluaq nos turbo untuk siapkan kerja seperti yg di amanah kan dan di janjikan..
Masa Ali duduk pasang tayar,Allah ingatkan Ali supaya ingat pada Allah..takut Ali lupa diri sehingga buat kerja cin cai cin cai...
masa Ali baring pasang filter,Allah ingat Ali supaya ingatkan pada Allah..so bawa bertenang...
masa Ali berdiri masukkan minyak enjin,sekali lagi Allah ingatkan Ali supaya ingat kat Allah...takut2 Ali masuk minyak masak cap murni kat dalam enjin kereta.
Pada pukul 7 pm..semua kereta telah berjaya di pomen oleh Ali..lalu Allah perintahkan Ali dengan firmannya :-
Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
bkn nak memperlekehkan pendpt sedara, tp di sini sy lihat kecetekan ilmu sedara berbanding para ulama...
semasa mengulas ayat di atas, sedara x mengulas berdsrkan konteks yg diberikan dlm Al-Quran ttp mengada2kan konteks sedara agar sesuai dgn ayat tersbt...
konteks sebenar ayat yg sedara ulas di atas adalah dlm situasi darurat iaitu "perang", cuber lihat konteks ayat ini bermula dr An-Nisaa', 101 - 104, semuanyer menceritakan perihal perang...
101 Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.
102 Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh) dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.
103 Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
104 Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

percanggahan timbul dgn dalil di atas apabila Ibnu Abbas meriwayatkan hadis yg Nabi Muhammad SAW menjamakkan solat wlupon dlm keadaan x darurat, x hujan & x ketakutan...
kendian percanggahan ini ditambah lg dgn berapa byk hadis Baginda yg menekankan solat pd waktunyer selain sesuai dgn penghjg ayat An-Nisaa' 103 tu sendiri...
"...Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya..."
sbb itu sy dh kater dlm post sy yg awal, disbbkan percanggahan2 ini maka para ulama menetapkan syarat2 yg ketat utk memblhkan solat jamak semasa x bermusafir...
bg solat qasar plak takder dalil yg sy jumpa memblh ia dilaksanakan semasa x bermusafir spt yg sedara ajarkan kat achik...
Qasar pula contohnya..contoh achik dah solat maghrib..pastu ikut pakcik buka gerai..achik boleh solat isyak 2 rakaat sebab tuhan dah kata tak mengapa klau kita pendek kan solat bila kita berkelana...lagipun achik bila dah ada kat gerai pakcik,achik kena pegang amanah yg pakcik serahkan..kena set kan masa dan jadual agar tak terganggu dengan kerja kat gerai nanti...
Aku nasihatkan hang..jangan masuk dalam thread aku ini...banyak fitnah hg dah bawa dalam thread aku...aku kena bersih satu persatu...Thread religious amat sesuai untuk hang tunjuk jaguh agama..
![]()
sy fitnah sedara atau sedara fitnah diri sendiri dgn fatwa2 yg lbh hebat dr fatwa para ulama, takper dlm hal nih kiter tunggu hasil poll nnt...
jika sy membawa dalil membantah pendpt sedara dikatakan nak tunjuk jaguh agama...
bgimana pula dgn sedara yg mentafsirkan ayat2 Al-Quran tanpa ilmu yg sepatutnyer, aderkah itu x termasuk dlm nak menunjuk2 kejaguhan dlm agama???...
mestiler sedara kater tak, betul kan, jrg ader org yg nak mengaku kesilapan sendiri, lbh2 lg klu dah rasa diri dier dah berjaya dlm hidup...
teruskan memberi nasihat kpd achik, tp peringatan dr sy dlm bab agama berikan nasihat setkt pengetahuan sedara & x lbh dr itu, jgn memandai2 buat fatwa sendiri...
nasihat kpd achik spt pegang amanah, laksanakan tgjwb, jgn menipu, tunaikan solat, dll tuh takder slhnyer, teruskan...
Last edited: