BTC USD 36,803.8 Gold USD 1,843.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kisah aku dan Achik

Sila ijtihad (tanya diri sendiri)..nak follow ker tidak..


  • Total voters
    0
  • This poll will close: .

zanuar

Banned
Messages
4,911
Joined
Oct 14, 2009
Messages
4,911
Reaction score
114
Points
33
Semalam aku bagi setengah bulan gaji kat pekerja aku..untuk makluman korang,pekerja aku tu umur baru 15 tahun..nama Achik..pekerja bawah umuq la katakan..dapat gaji jer,terus dia pegi beli seluaq,baju,mp3,cincin..habis kat rm150.Aku tersenyum jer sebab aku baya dia pun dah kena beli kain baju sendiri.Bapak aku dah kata..anak2 yg tak mau sekolah,terputus tanggungan dia..so kena ikhtiar sendiri...

Walaupun achik ni sekolah sampai ting 2,tiap2 pagi..time nak tutup gerai,aku nasihat dia..macam2 gak aku nasihat dia.Aku motivate dia..kekadang aku ajar dia bahasa omputih.Sampaikan semalam org arab mai gerai aku..Achik ni yg melayan pak arab dengan speaking omputih.Alhamdulillah...terbit keberanian dalam diiri dia untuk berbahasa omputih dengan pelancong asing.

Aku selalu gak nasihat Achik pasal agama..aku cakap kat Achik yg kebanyakan melayu dah sesat.Banyak melayu yg dah tak beriman dengan Allah sebab depa tak yakin dengan Allah.Depa tak yakin Allah yg beri rezeki.Kalau depa yakin,dah lama depa berniaga dan tak makan gaji ngan org/kerajaan.

Banyak org melayu dah tak beriman pada Nabi dan Rasul.Sebabnya depa anggap kisah para nabi hanya dogengan.Pastu aku suruh Achik pikir..Nabi Nuh menasihati kaumnya beriman pada Allah tetapi kenapa sedikit bilangan yg ikut Nabi Nuh masuk dalam kapal?Macam tu gak kerajaan wat macam2 ajak org melayu berniaga tapi kenapa sedikit bilangan yg berani sahut seruan kerajaan?Ini disebabkan mentaliti yg rosak akibat di pengaruhi rakan sebaya di sekolah menegah hingga university dan juga ibu bapa.Mengaji tinggi2 untuk dapatkan kerja yg bagus.

Banyak org melayu dah tak beriman pada malaikat.Depa anggap tugas malaikat catit baik buruk amalan,tukang pukul kat neraka dan alam kubur,tukang tarik nyawa tapi depa lupa bila depa p tuntut llmu,malaikat kembangkan sayap iringi kita...kalau Achik tak percaya,suruh member melayu pergi china sorang diri untuk timba ilmu memborong.Berani ker tidak dia nak pergi tu??Aku cakap kat Achik..aku pergi mana pun lone ranjer sebab aku percaya malaikat iringi aku dan jaga keselamatan aku...alhamdulillah..Demi Allah dan rasul,selama aku pergi luaq negara memborong barang,cuaca elok..takde pun cuaca buruk...dan alhamdulillah perjalanan aku sentiasa lancar seperti yg dirancang.

Banyak org melayu tak beriman kitab2 Allah.Org melayu anggap kitab ni sebagai penghalau setan.Dan depa anggap kitab ni hanya ulama saja layak membaca.Tapi kalau Achik selami apa itu IKHLAS dan KEYAKINAN,InsyaAllah,Achik akan jadikan kitab sebagai panduan hidup Achik.Dan hidup Achik berlandaskan pada quran dan hadis nabi.

Banyak org melayu dah tak beriman pada Qada dan Qadar.Melayu dah tak percaya pada ketentuan Allah.Melayu lebih suka keadaan yg selesa.Bangun pagi,pegi keja,balik keja,hujung bulan dapat gaji.Kalau achik nak tau apa itu Qada dan Qadar,Achik masuk dalam kampung sorang diri di Thailand atau kemboja atau china dengan sumber dan kewangan yg terhad.Disitu baru Achik tau adakah Achik berjaya keluaq dengan hidup atau separuh hidup.

Banyak org melayu tak percaya pada hari pembalasan.Melayu banyak menganiaya sesama lain.Tak bayaq hutang,di beri amanah tapi banyak pula merungut,buat kerja halai balai sampai susah org len.Melayu wat macam tu macam akhirat tak ujud.Achik tau tak,dulu aku kerja kilang cina singapore,cina singapore angkat aku jadi leader dalam production walhal dalam production tu ada ramai budak cina yg kerja lebih lama dari aku.Sebab apa cina sngapore lantik aku jadi leader..sebab itu semua kerja Allah.Allah yg lembutkan hati cina singapore,lantik aku urus production.Sebab nya aku ni jenis bila wat kerja,aku kerja sungguh2...kalau aku kerja main2,confirm2 di akhirat kelak,cina singapore tu ungkit gaji yg dia bagi tak setimpal dengan kerja aku buat.Bagi aku...perkara di dunia,kita settle di dunia.Bukan apa Achik..ditakdirkan Achik masuk syurga,takut di sana nanti,kalau yg ungkit tu kepala batu,mau mati keras achik berbalah kat padang masyar nanti.

Tiap2 pagi aku nasihat Achik benda yg sama tanpa aku jemu....tak tau la Achik tu jemu ke tidak.... ~X:)))

http://lapan-tapak.blogspot.com/2011/12/kisah-akusejarah-aku.html#comment-form
 
Sponsored Post

Hitman™

Legendary Member
gem
Messages
12,286
Joined
Apr 27, 2010
Messages
12,286
Reaction score
163
Points
128
di CG nie sendiri ada yang pegang hati kena hitam baru dapat rezeki lebih.:p
 

locos

Active Member
Messages
1,647
Joined
Apr 2, 2008
Messages
1,647
Reaction score
26
Points
30
Masih boleh dibentuk..
tak mustahil dia umo 25 dah kaya raya.
dah banyak contoh budak melayu mcm tu.
membe dulu supply ayam kat restoran.
umo 18 dia dah mampu pakai wira sendiri.
org bank pulak gelak..kene cari guarantor
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,967
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,967
Reaction score
2,367
Points
266
Awards
1
den blajo niago ebay dulu, hati mau kering baru untung....
 

zanuar

Banned
Messages
4,911
Joined
Oct 14, 2009
Messages
4,911
Reaction score
114
Points
33
achik tu pompuan ka bang?

laki....yg pompuan kerja ngan bini aku..sekolah tak habis gak...aku lebih senang urus budak tak sekolah..depa pun dengaq cakap aku...tapi yang hampeh sekali....grrrrrrrrr...cikgu2 yg sembang kata kerja ikhlas,dah ngajar budak sekolah berpuluh tahun pun tak boleh nak atasi budak nakal di sekolah...sedangkan budak nakal di sekolah saban tahun tu ada...agak2 cikgu wat kerja apa kat sekolah?? :-?

Kesian cikgu sekolah..dalam hati ingat kat sana nanti nak ungkit ilmu yg diturun..tapi dalam hati anak murid/mak bapak nak ungkit apa yg cikgu kerja selama ini sampai tak boleh tangani masalah nakal budak2..kalau setahun dua kerja,boleh la di maafkan tapi kalau berpuluh tahun dah kerja...sendiri pikir la perbalahan yg menarik di sana nanti.. :p
 

shah_ae

Legendary Member
gem
Messages
16,520
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,520
Reaction score
995
Points
171
keje kerajaan tak yakin dgn Allah???
camtu pulak ye...
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,438
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,438
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
achik mesti sengih je sambil tangan mereply whatsapp Munah anak Bedah jiran selang 3 rumah
 

alpine_star

Legendary Member
gem
Messages
13,885
Joined
Oct 3, 2010
Messages
13,885
Reaction score
117
Points
123
habis aku baca cite tt..sedey jugak cite ko bro..tp xderla sedey sgt...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register